Ini cerita malam kelmarin sebelum aku mc. Sebenarnya tidak bertujuan ke sini pun. Kita orang keluar malam tue atas satu tujuan. Tujuan akulah. Tukang melayannya adalah siapa lagi kalau bukan asben. Gigih teman bini cari yang bini nak. Tapi perasaan dan harapan aku punah. Remuk-redam. Macam mana aku boleh tak tahu benda tue sudah tiada di situ. Memang sedih gilerlah.
Punyalah semangat bila asben kata nak bawak aku. Wah bukan senang dia nak melayan karenah bini dia nie. Aku nie kan ala-ala 'mam' gitu. Mesti nak berteman laki. Cuma sekarang nie ada tempat yang aku kena pergi sendiri. Dulu lagi best memang 'mam' besarlah.
So dek kerana nak menghilangkan kesedihan si bini, maka si laki pun bawaklah kami jenjalan. Dah alang-alang keluar maka kami meneruskan perjalanan kami ke Mahkota Parade. Memandangkan si bini tidak boleh menerima kenyataan. Ooucchhhh...Harus redha. Sudah terang-terangan bukan rezeki aku.
Lepas sudah tawaf satu MP tue otw nak balik rumah asben ajak gi lepak-lepak kat dataran. Sebelum ke dataran aku request nak beli nugget kat McD. Drive thru jea. Tetibe jadi lapar pulak bila apa yang dicari tidak ketemui. So jalan penyelesaiannya adalah MAKAN!!!Hilang stress, hilang sedih!!Dahlah jom tengok gambar. Rasanya dah panjang benor aku membebel nie.
Anak-anak yang keseronokan. Ammar 1st time kot sampai dataran nie.
Dulu adriana datang sorang jea kat sini. Kini dengan adiknya. Lama sudah kmai tidak lepak-lepak kat sini. Last sekali kat entry ini. Adriana kecik lagi.
Ammar berjalan sendirian. Sebenarnya dia sedang confuse dengan bayang-bayangnya. Tak tentu arah tengok ammar.
Tue hah. Kan ada bayang-bayang. Boleh pulak ammar nak kuis-kuis bayang-bayang dia. Dik, tua bayang-bayang awaklah. Awak tak pernah tengok erk?Geli hati mama tengok adik ammar nie.
Drive thrulah apa lagi. Beli nugget yang 9 ketul, kentang dan air.
Tinggal 4 ketul jea. Aku yang lebih makan sebab sedih kan.
Jam menunjukkan 9.30 malam. Pa, jom balik. Lagi setengah jam Adam dan hawa nak start. Asben aku kata dia dah siap-siap rekod untuk aku. Tahu jea kesukaan bini dia.
Mama dan Nana. Adriana dah nampak tinggi.
Mama bergambar dengan papa. Adriana yang snap picture nie. Ammar duduk sebab takut dengan bayang-bayangnya. Masih confuse budak kecik tue. Jangan jadi penakut yea nanti macam mana nak jadi pilot. Eh sejak bilalah mak ko nie suka benor anak jadi pilot. Penangan seseorang nie.
Last sekali gambar sebelum balik haruslah gambar aku dan anak-anak. Patern anak aku kalo bergambar memang suka lentok kepala. Tengoklah ammar tue sudah ikut jejak langkah si kakak. Anak oh anak. Telatah korang buat mama happy bila nengoknya.
1 comment:
sedey napa fida?
Post a Comment