Monday, November 19, 2012

~Cerita Di hujung Minggu~

Dua hari blog tidak berupdate.  Alhamdulillah line streamyx kat rumah dah ok.  Tapi aku tak berkesempatan nak bersiaran langsung dari rumah sebab lappy masih tidak elok lagi.  Aku on pun dari tab jea.  Macam tak puas jea kan.  Setakat nak update simple2 entry bolehlah.  Ini semua gambar dari kamera.  Bersabarlah.  

Hujung minggu yang lalu tidak ke mana lebih-lebih lagi hari sabtu.  Memang terperok abis kat rumah.  Adriana pun tak sihat.  Demam dia on and off.  Risau jugak tengok dia.  Bila bagi ubat oklah dia habis jea dalam tempoh 8jam tue badan dia panas balik.  So aktiviti kami hanya di rumah.  Asben pun keje kejap jea jadi ada sedikit kelegaan di situ.  Boleh aku tengok anak-anak sementara laki aku masak.  Dah dia nak masak.  Masak nasi goreng.  Betulkan kereta aku sekali sabtu hari tue.  Alhamdulillah settle satu perkara.  Patah kaki bila tak ada kereta.  Wah ayat tak boleh blah.  Dulu boleh jea ko tak berkereta.  Hikhikhik..Jangan kufur nikmat.

Malamnya kami anak-beranak layan AIM.  Memang catat rekod hari tue tak ke mana.  Best jugak AIM malam tue tambah-tambah lagi dengan pengacara dia.  Yang best lagu Muara Hati nyanyian Siti Nurhaliza dengan Hafiz. 

Budak demam nie.  Nampak aku pegang kamera suruh aku amik gambarnya pulak.
 
Ammar pun dah sengih.  Amiklah jugak.  Kesian adik.
 
Hari ahad pulak pagi memang tak kemana.  Sepanjang masa dok depan tv.  Macam-macam cite kita orang tengok.  Tapi kartun jea memanjang.  Kita orang tunggu orang pasang lampu kat belah depan rumah.  Petang barulah keluar itu pun punya liat masing-masing nak bersiap.  Gambar ammar nie masa kat Tesco.  Adriana tak ikut.  Aku hantar pi rumah mak aku.  
 
Dalam masa nak berjimat memborong jugaklah.  Sebenarnya tujuan utama nak ke Tesco nak beli pampers dan susu jea.  Tapi macam biasalah kalau nak ke Tesco mesti tersasar benda lain.  Malas dah nak pikir.  Beli jealah.  Itulah terjadinya penuh satu troli.  Sekian entry yang entah apa-apa untuk pagi nie.  Taip dari pagi sampai sekarang baru sudah. 






                                                                                              

No comments: