Gambar kat atas nie aku google jea. Kang ada pulak yang kata aku lukis saat boring di opis. Aku lonely di opis dan bila tidak ada si Mira Mokhtar memang susah. Sebab telefon bunyi kenalah jawab sendiri. So bila aku dah sensorang kat opis nie maka kenalah aku yang jawab setiap panggilan. Jaga suara sebab sampai serak-serak basah suara aku nie menjawab telefon. Hahahaha. Tak boleh blah. Suara boring pun ada jugak aku buat.
Rupanya bukan senang jadi operator nie. Patutlah ko selalu stress Mira Mokhtar. Hehehe. Selalu muka ko berkerut. Hari ini dah banyak kali jugak aku berkerut dahi. Macam-macam memek muka aku buat saat aku menjawab telefon. Macam-macam karenah orang nak kena layan. Telefon lepas tue marah-marah orang satu hal pulak. Dahler telefon kita tak boleh ke cakap elok-elok?Kang hilang sabar mahu tertinggi suara pulak aku nie. Sabar yea. Boleh ngadu tak?Soal ngadu lain hal pulak. Salah jawab ada pulak yang mengadu. Yang tetibe cakap terus letak telefon pun ada jugak. Eh, pendek kata memang macam-macam karenah. Aku pun manusia jugak yang tak lari daripada kesilapan. Hehehe..
Nota Kaki>>>Saat ini menaip entry sambil menjawab telefon.
No comments:
Post a Comment