Friday, November 2, 2012

~JUMAAT Pengulu Segala Hari~

Salam Jumaat buat semua sahabat.  Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup daripadaNya.  Hari Jumaat adalah hari yang paling paling aku suka.  Sebab utamanya adalah hari Jumaat adalah hari terakhir di dalam hari kita berkerja.  Lepas tue 2 hari kita boleh berehat bersama keluarga di rumah dan melakukan aktiviti yang sangat berkauliti bersama suami dan anak-anak.  Sebab keduanya masa rehat untuk hari Jumaat lama sedikit dari hari lain.  So waktu itu banyak benda yang boleh diperuntukkan.  Kalau tak pegi shopping pun duduk opis boleh blogging!!Kikiki..Gunakan waktu itu sebaik mungkin.

So marilah kita sama-sama melakukan yang terbaik pada hari ini.  Ingat semula segala kesilapan yang kita lakukan pada minggu ini dan minggu-minggu lepas agar kita boleh perbaiki diri untuk minggu-minggu akan datang.  Setiap apa yang baik datang daripadaNya dan segala keburukan dan kesalahan datang daripada diri kita sendiri.  Sama-samalah kita beringat.  InsyaAllah.

6 Kelebihan Hari Jumaat

1. Berlakunya Hari Qiamat
  • Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
    ''Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya''
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
  • Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
''Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga'' 
3. Penghulu Segala Hari.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.







                                                                                               

No comments: