Friday, November 9, 2012

~KiSah Hari Cuti Aku~

Dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan tugas.  Dari pagi hingga ke petang.  Bangun pagi siapkan sarapan untuk diri aku sendiri memandangkan asben kerja dan adriana ke sekolah.  Asben aku yang hantar adriana ke sekolah.  Sementara ammar tidur bolehlah aku buat sikit-sikit kerja rumah.  Itu yang gigih buat sarapan.  Mulanya suruh asben tapau tapi gerai depan rumah tak jual pulak.  Itu yang gigih jugak masak.

Settle semua ammar pun bangun tidur.  Aku siapkan dia, mandikan dan bagi dia susu.  Kemudian aku pulak bersiap sebab nak jemput adriana balik dari sekolah pukul 11.30 pagi.  Aku kena kuar dar rumah pukul 11.30 pagi sebab adriana kuar sekolah dalam pukul 12 tengahari.

Ammar menjadi teman aku pagi itu.  Kakak sekolah barulah dia boleh pegang tab si kakak.  Kalau kakak ada jangan harap yea.  Ikut mood adrianalah.


Aku sudah sampai di sekolah adriana.    Sedang menunggunya di luar.


Ammar layan benda nie.  Kucing nie ajuk balik kita cakap.  Pandai pulak dia ajuk cakap aku bila aku panggil 'Ammar Qayyum.'  Ammar geli hati bila tengok kucing nie ajuk balik.


Kakak dah kuar.  Tab sudah bertukar tangan.  Kakak dah konker balik.  Adik tengok jealah.  Hihihi..


Lepas jemput adriana, balik rumah mak aku tukar baju.  Tunggu mak aku balik dari klinik then bawak dia orang semua pi makan di Mydin.  Adriana kelaparan so aku orderkan nasi ayam.


Ammar pun aku suapkan nasi ayam tapi banyak dia nak buat sendiri.  Tak padan kecik semua nak buat sendiri.


Sementara tunggu budak ini datang.  Dia kol 1 baru boleh kuar opis.  Time keje kan.  Aku call mira mokhtar suruh datang makan kat Mydin.

Settle makan aku nak beli groceries.  Naik tingkat atas dulu sebab mak aku nak beli barang.  Ammar bila ada datuk memang suruh datuknya dukung.  Aku nak letak dalam troli dia tak nak.


Ini dia troli aku yang penuh dengan barang-barang dapur.  Aku memang suka spare bahan-bahan masak kat rumah.  Teragak nak masak bahan dah ada.  Kalau masak tanpa bahan yang lengkap tak best.


Inilah barang-barang yang aku beli.  Penuh bonet dalam kereta comelku ini.  Fail tue adriana punya.  Cikgu suruh bawak balik.  Itu jealah kisahnya untuk hari semalam.  Sampai rumah dapat parcel daripada 7 eleven.  nanti aku cerita kemudian.  Sekian dulu entry pagi ini. ;D







                                                                                                                    

No comments: