Sejak kebelakangan ini, aku terasa diri ini memerlukan senaman. So keputusan ini telah aku ambil sejak minggu lepas untuk beraerobik. Hehehe. Mengamalkan kehidupan yang sihat. Sampai bila aku boleh bertahan?Harap aku mampulah untuk melakukan. Dalam seminggu aku harap aku dapat buat.
So start sabtu lepas aku ajak adik ipar, biras dan sepupu sepapat aku untuk beraerobik. Dengan semangat waja yea aku nak beraerobik. Aku cari balik kasut sukan dalam stor rumah mak aku. Asben aku yang ingat aku ada kasut sukan pemberian opis aku. Aku belum pernah pakai lagi. Nasib jumpa pulak kasut tue. Syukur alhamdulillah, jimat duit aku tak payah beli kasut lain. Kan aku nie dasar kedekut. Sebenarnya kena berjimat cermat. Selagi ada memang nak guna tak payah keluar duit.
Oklah jom tengok gambar. Dalam nak beraerobik sempat ko nak bergambar kan. Haruslah kan. Gambar kena ada. Baru best skit nak bercerita. Dalam masa 1st time nak beraerobik ada kejadian tragis berlaku. Dan-dan tuelah kasut sukan yang tak pernah aku guna tue tapak dia tanggal. Ishhh, betul memalukan. Nasib bukan time aku tengah aerobik. Rosak program hari tue. Sudahnya aku tengok jealah sebab dah tukar pakai sandle jea.
Hari sabtu lepas. Best tengok dia orang beraerobik. Sabtu lepas kena pakai t-shirt warna merah.
Aku dan biras aku. Ty, akak baru dapat upload gambar. Nurul amik gambar kita dalam tab terbalik.
Ini sepupu-sepupu aku yea.
Syoknya. Datang awal dapat banyak lagu. Lama sikit boleh aerobik.
Aku dan adik ipar aku. Walau kecewa sebab tapak tercabut, tetap senyum. Pasrah ok. Nampak kasut aku tue kat sebelah.
Ini adriana dan alya. Dia orang berjogging.
Ini pulak gambar semalam. Selesai aerobik terus bergambar. Poyonya ko. Hehehe. Nasib mak uda aku ikut dia yang tolong pegangkan kamera. Letih giler semalam. Baru satu lagu aku dah mengah. Inilah akibat dah lama tak bersenam. Aku suruh adriana buat dia tak nak. Sudahnya nana duduk dengan mak uda aku. Dia kata 'Ma, janganlah lompat.' Terperanjat ke ko tengok mak ko, nak?' Itulah cerita aku mengenai aktiviti tambahan untuk diri sendiri.
Petang nie tak ada aerobik, esok petang ada. Esok kena pakai baju kaler hijau pada sesiapa yang ada. Excited nak pi nie esok. Semalam balik rumah sampai kejung-kejung kaki. Tak apa nak bersenam punya pasal. Nanti lama-lama biasalah kan.
4 comments:
seronok bila ada kengkawan n sedara mara yang meneman
dulu memang selalu aerobik kat sini....la dah kawen ni,jarang gi..tp memang dah berazam tuk setat berexercise balik sejak medical cek up hr tu hehe.....kalau ada jodoh,leh jumpe fida =)
kat stadium bkt piatu tu ekk?
asben aida suka gi situ. last aida gi sebulan sebelum beranak kan izzat :-) asben & anak2 jogging, aida lepak makan keropok lekor 2 plastik ha ha ha...
kakakakaaaaa..bam2nye akuuuuu..
Post a Comment