Hai blog.
Hai readers.
Hai bloggers.
Amboi. Kemain ber'hai' bagai. Selamat datang Mei. Sudah masuk hari kedua bulan Mei. Lebih kurang 24 hari saja lagi kita akan menyambut Ramadan Al-Mubarak. Auranya sudah terasa-rasa sebenarnya.
Pembukaan Mei biasa-biasa aje. Penutup April merangkap cuti hujung minggu, kita orang adakan kenduri arwah dan malam bbq. Kemudian hari ahadnya pula ke PWTC. Berpesta buku. Hari raya untuk peminat buku.
Aku cuba mencari masa dan menyusun jadual harian. Aku sedang cuba untuk menulis secara konsisten. Walau pun tak banyak tapi aku cubalah untuk menulisnya jugak.
Bulan ini banyak nak kejar. Aku dah kena sambung tulis artikel untuk Zalora. Rasanya dah berbulan aku tinggalkan sebabnya fokus sudah lari ke lain. Ada lagi beberapa projek yang perlu disiapkan. Semua dalam perancangan. Setakat ini yang nampak Buku Antologi Tribunal Cinta.
Dalam proses cetak. InsyaAllah. Semoga urusan untuk antologi ini dipermudahkan. Dalam buku ini, cerpen aku bertajuk 'Bayangan Cinta' dan puisi 'Luahan Cinta'.
Perasaan ini sudah tidak keruan. Untuk orang baharu seperti aku, perasaan terujanya melampau-lampau.
Normal.
Aku tanya seorang kakak yang baru mula menulis balik dan terlibat dengan antologi. Jadi perasaan aku ini tidaklah salah. Hahaha.
Nanti akan aku update perkembangan buku antologi ini. Kalau sudah siap dicetak, ada sesiapa yang mahu beli?
Jika ada yang berminat untuk dapatkan buku antologi Tribunal Cinta itu nanti, boleh tinggalkan komen atau emel pada aku di alfidah83@gmail.com.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
penulis hebat fyda ni..
- Hernee Nazir -
Post a Comment