Sunday, May 7, 2017

Majlis Meraikan Cik Aishah

Assalamaualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat malam semua. Hari ini seharian menulis. Sambil menulis sambil buat kerja rumah sambil melayan dua orang budak tu. Entri ini sudah agak lama terperap dalam folder draf. Banyak jugak entri yang macam tu. Kekangan masa. Tapi nak juga dicoretkan di sini sebagai kenangan. Tak ingat kejadian ini bulan berapa dan berapa haribulan. Cuma yang aku ingat harinya adalah hari jumaat.

Cik Aishah adala bos kami di Bahagian Khidmat Pengurusan. Dia dapat naik pangkat dan berpindah ke Putrajaya. Itu yang diadakan majlis untuknya di Hotel Kings. Sepakat daripada bahagian kita orang.

Bertiga berbaju oren. Memang berjanji sebab ada function.

Kakak yang diapit oleh adik-adik.

Deko daripada urusetia.

Ketibaan Pengarah Kebajikan Masyarakat yang berbaju melayu oren.

Kemudian ketibaan beberapa penolong pengarah.

Ketibaan Cik Aisyah yang berbaju kurung hitam itu.

Gambar candid. Tekun mendengar ucapan.

Pelbagai juadah yang terhidang.

Ini santapan aku.

Amira dan Nurul.

Kaum lelaki kena cepat makan masa tu sebab nak kejar solat jumaat.

Di suatu sudut yang lain.

Swafoto aku dan adik-adik. Sesekali dapat makan di hotel memang momen yang menyeronokkan. Meraikan seseorang akan mengajar kita untuk lebih menghargai. Bukan susah sangat pun nak berkasih sayang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: