Monday, May 15, 2017

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat petang. Mari bersantai dengan entri ini. Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati adalah drama yang menggantikan drama Cik Serba Tahu. Siapa ikut drama ini?Aku sukalah drama yang konsepnya tidak memberat sangat. Aku ikut jugak drama ni. Jumaat lepas, aku bermaraton dari episod satu sampai dua belas. Gigih ke tidak? Sejenis kegigihan. Haha. Alif Satar punya pasal. Dulu aku tak minat sangat dia tapi sejak drama Dia Semanis Honey aku minat dia berlakon.

Aku kalau nak tengok drama kena tengok siapa heronya dan siapa heroinnya. Kalau tidak memang aku tak tengok pun. Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati aku ada beli tapi belum baca sebab kawan aku pinjam. Heroin drama ni Nabila Razali. Sejak tahu dia, aku asyik dengar lagu dia bertajuk Cemburu. Cantiknya dia. Suka tengok.
Kalau tidak silap, minggu ni minggu akhir drama ni. Aku dah tengok sampai episod 12 di mana Si Rayyan sedang koma. Val dan ayahnya meninggal sebab kemalangan. Wafeen dah mengandung. Si Elhan tu biasalah psiko dengan si abang Tengku Zaryn. Jahat sungguh si Tengku Muiz.

Tak sabar nak tahu episod akan datang. Aku sempat tanya kawan aku yang dah habis baca novel ini, nanti si Wafeen lari tinggalkan Rayyan. Syarat si Elhan kalau nak dia derma buah pinggang untuk si Rayyan. Ish, nak derma derma ajelah. Boleh pulak request gitu. Geram. Emosi kalau tengok drama. Laki aku cukup menyampah kalau aku beremosi. Haha. Itu namanya menonton sepenuh hati.

Okaylah, sesiapa yang mengikuti drama ini tengoklah kesudahannya. Aku ada selak muka surat terakhir novel itu. Dah semestinya happy ending tapi aku tak tahu bagaimana mereka akan bertemu kembali. Itu yang tak sabar nak tahu. Selamat menonton!

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: