Wednesday, May 17, 2017

Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Sambutan hari guru masih lagi berlangsung. Sesetengah sekolah ada yang sambut semalam. Ada sekolah yang sambut hari ni. Sekolah anak-anak semalam dah sambut. Hari ini sekolah petang Adriana pula yang sambut. 

Semalam petang sebaik sahaja si Ammar masuk dalam kereta, dia sudah membuka cerita.

"Tadi kat sekolah Ammar duduk kat dewan. Ammar nyanyi lagu negaraku."

Lebih kurang gitulah dia memulakan bicara. Dia bercerita penuh kegembiraan.  Aku yang memandu memasang telinga dan sesekali mengajukan soalan.

Ini hadiah daripada Adriana untuk ustazah-ustazah dan ustaz di sekolah petang. Kali ini bagi brownies. Hadiah untuk sekolah pagi aku boleh lupa nak amik gambarnya. Kadang dah kalut gambar lupa amik. Haha. Tapi ada masa dalam kekalutan sempat aje bergambarnya. Hadiah untuk cikgu-cikgu sekolah pagi aku belikan tempat letak pen. Biasa aje hadiah.

Itulah sahaja. Sekadar menggembirakan hati anak-anak. Dari sini mereka boleh belajar menghargai orang lain. Asalkan hadiahnya ikut kemampuan diri masing-masing. Jangan paksa diri.

Aku pernahlah ada pengalaman menjadi guru ganti. Ganti pulak jadi guru kelas. Pernahlah ada pengalaman menjadi cikgu. Seronok walaupun adakalanya darang stres. Tapi itu memang pengalaman manis. Tak ada rezeki untuk bergelar pendidik. Rezeki aku sudah ke jalan yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: