Sunday, May 14, 2017

Berjimba Adik-Beradik

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Sekali lagi muncul dengan entri keempat hari ini. Selesai kerja semuanya. Jadi bolehlah sambung menulis. Sebenarnya mata minta lelap tapi sebab tak nak layan sangat untuk tidur aku pun gigihlah menahan mata. Pagi tadi bangun awal. Lima belas minit mahu ke jam enam. Asben pun dah mula kerja. Jadi aku bangun solat dan tengok asben pergi kerja. Kononnya lepas asben pergi kerja, aku nak menulis. Bila terpandangkan anak-anak yang sedang lena diulit mimpi, aku pun merangkak naik atas katil.

Sudahnya lelap sampai jam lapan. Rosak sungguh program bila dah dilayankan dengan tidur. Bangun, siap-siap. Tulis satu entri dan aku terus masuk dapur. Itu pun lambat sebab aku melengah masa. Letih sebenarnya. Jadi tadi berjaya masak nasi ayam sempena hari ibu. Masak sendirilah kan. Sambut hari ibu dengan anak-anak aje.

Berbalik kepada tajuk, ini pun kisah yang sudah beberapa minggu kejadiannya. Yang ingat hari jumaat malam sabtu. Biasalah bila esoknya hari cuti bolehlah kita berjimba-jimba. Aku yang ajak adik aku. Sebabnya kita orang dah lama tak outing bawak mak aku sekali. Ayah aku sejak sakit memang dia tak nak ikut.

Adik aku serta anak-anaknya dan mak.

Bersemangat budak-budak ni.

Itu coach mengajar sampai terbongkok-bongkok jadinya.

Penuh gaya si apak. Malam tu penuh jadi tak dapat land budak-budak. Jadi kenalah dia orang main land orang tua.

Nenek duduk bersantai. Menjaga anak adik aku yang nombor dua.

Mak aku jenis cepat risau. Budak tu ke tempat bola dah dijerit. Takut boleh tergolek. Sudahnya dikepitnya budak tu. Biasalah nenek.

Kami berlawan berempat.

Masa ni dah nak balik. Bergambar dulu sebelum pulang.

Wefie dulu sebelum pulang. Bukan senang nak outing macam ni. Bila dapat keluar macam ni memang seronok. Kalau belah aku memang susah. Kalau belah asben berkumpul memang sudah perkara biasa. Aku pun adik beradik tak ramai. Berdua aje. Yang meriah budak-budak berlima tu. Cucu-cucu mak ayah aku. Itu sahaja kisahnya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: