Friday, May 5, 2017

Adriana Ke Klinik

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Hai bloggers.

Sekejap sudah hari jumaat. Masa berjalan dengan pantasnya. Sekejap sudah nak habis minggu pertama bulan Mei. Bulan ini tidak banyak program. Cuma mahu menyiapkan fizikal dan mental untuk menunggu kedatangan Ramadan Al-Mubarak. Tahun kedua nampaknya aku berpuasa secara berjauhan dengan suami. Tidaklah jauh mana pun. Dua jam perjalanan aje pun. Hujung minggu insyaAllah suami ada bersama aku dan anak-anak.

Cuma hari-hari biasa aku kena berdikari sendiri. Nasib baiklah, puasa kali ini sekolah cuti dua minggu. Tidaklah aku kalut di awal pagi dan juga di petang hari. Mungkin lebih santai harinya. Cuma bersiap mahu ke kerja saja. Semoga dipermudahkan hari-hari mendatang.

Sejak rabu, Adriana demam. Dia ni kalau demam aku susah hati sikit. Sebabnya?Dia susah makan ubat. Menurun perangai aku. Macam mana aku hadap dia sekarang, macam itulah mak aku hadap perangai aku dulu. Berposak nak suruh makan ubat.

Kalau mak aku tengok perangai si Adriana. Mak aku akan cakap.

"Nana macam mak kau. Susah makan ubat."

Memandangkan hari ini suami ada, aku minta dia bawakkan ke klinik. Semalam makankan ubat demam tapi malam tadi badan dia panas balik. Pukul 4.00 pagi aku bangun bagi dia makan ubat, Dah lama tak melayan macam tu. Malam tadi Adriana tidur dengan aku sebab aku nak pantau panas dia.

Gambar ini suami hantar melalui whatsapp. Dia ni berani sikit berbanding si adik.

Tengoklah tangan dia yang kurus ni. Pernah ada orang tegur cakap aku tak bagi anak makan. Ermmm. Suka-suka aje nak menegur gitu. Dia tak tahu aku berposak, bertekak-tekak nak makankan dia. Itu lagi satu perangai menurun perangai aku jugak. Mak aku dulu sampai belikan vitamin tambah selera makan untuk aku. Tengoklah aku sekarang membesar bagaikan juara. Hahaha.

Biasalah, mulut orang ni mana kita boleh tutup. Eh, tiba-tiba pula terluah perasaan. Ni entri berkaitan anak ke berkaitan emosi. Kahhhh. Bersambung lagi di lain entri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: