Sunday, May 14, 2017

Empat Beranak Berbowling

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Hai pembaca.

Cerita ini dah lama. Kejadian berlaku pada penghujung bulan Mac. Masa ni aku lepas habis sukan jabatan. Buat julung kalinya aku menyertai sukan anjuran jabatan. Ceritanya ada di SINI. Boleh baca pada sesiapa yang belum baca cerita aku yang baru nak bercampur orang. Hahaha. Lepas saja aku habis bowling, kononnya nak terus balik. Tunggu asben dan anak-anak tak kungjung tiba. Dalam kereta, aku call asben. Dia kata dia orang tengah bersiap nak ke bowling sebab anak-anak merengek mengajak dia ke sana.

Jadinya, aku suruh tunggu. Aku balik dulu kemudian keluar sama-sama. Aku malas nak tunggu aje sebab nanti balik naik kereta asing. Lagi pun tempat bowling tidaklah jauh pun dari rumah. Itu yang aku suruh asben tunggu.

Seronok cik kak ni dapat main bowling.

Kita orang main kat land budak. Apaknya dah rupa coach.

Si keding ni. Aku cakap pada dia. "Na, larat ke nak angkat bola tu?" Hehe...

Mama memang akan kalah dengan papa. Ammar lagi tinggi daripada kakak.

Swafoto kami.

Berdua pulak. Setelah sekian lama tidak berbowling empat beranak, malam itu dapatlah luangkan masa bersama. Seronok. Nanti lepas-lepas ni bolehlah pergi lagi. Masa anak-anak dah besar gini bestlah bawak dia orang. Itu sahaja entri ringkas dan lapuk ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Warisan Petani said...

Aktiviti yang dapat menyihatkan badan dan mengeratkan hubunga kekeluargaan.