Friday, June 13, 2014

~Sponsored Post : Mamee Chef - Malacca Factory Visit~

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad & FB Nuffnang

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Entri kali ini aku mahu menceritakan kisah pengalaman aku menyertai lawatan ke Kilang Mamee yang terletak di Melaka.  Lawatan ini adalah anjuran daripada pihak Nuffnang telah diadakan pada 30 Mei 2014.  Apa itu Nuffnang? Mari aku terangkan sedikit tentang Nuffnang.  Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan yang berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah komuniti untuk blogger. 

Dua minggu lepas aku dapat kiriman emel daripada pihak Nuffnang atas jemputan lawatan ini.  Setelah mendapat keizinan suami untuk menyertai lawatan ini, aku pun membalas kiriman emel tentang persetujuan untuk menyertai lawatan itu.  Pada mulanya agak hampa sebab aku minta daripada pihak Nuffnang untuk tunggu di Kilang Mamee memandangkan aku tinggal di Melaka tetapi mereka tidak membenarkan atas sebab-sebab yang mereka putuskan.  Tapi sebelum beberapa hari lawatan itu diadakan pihak Nuffnang menghubungi aku dan membenarkan aku untuk menyertai lawatan tersebut.

Marilah memulakan penceritaan kisah sepanjang satu hari aku menyertai lawatan itu.  Aku sampai di Kilang Mamee dalam jam 10.30 pagi bersama seorang lagi blogger Mira Mokhtar.  Sepanjang tinggal di Melaka belum pernah lagi aku melawat ke Kilang Mamee.  Inilah pertama kalinya.  Lebih kurang 45 minit juga menunggu ketibaan rombongan dari Subang.

Inilah antara blogger-blogger yang menyertai lawatan tersebut pada hari itu.  Seramai 60 blogger yang menyertai lawatan pada hari itu.  Sesampainya mereka di perkarangan Kilang Mamee, sesi bergambar beramai-ramai.  Malangya gambar aku tidak kelihatan kerana terselit di belakang.

Papan tanda besar ini terletak di bahagian depan kilang.  Masing-masing sibuk bergambar sebelum di bawa masuk ke dalam.  Sebahagian lagi blogger yang masing-masing sibuk bercerita dan ada yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

Selesai di luar, kami di bawa masuk ke dalam bangunan untuk mendengar sedikit taklimat.  Masing-masing mengambil tempat.  Ada juga yang hanya berdiri.  Senang untuk bergambar. Permulaannya kami diberi sedikit penerangan oleh orang yang dari Nuffnang.  Kemudian sedikit ucapan daripada Marketing Manager iaitu Sham Mee.

Sambil mendengar ucapan kami diedarkan dengan minuman kultur ini.  Sorang sebotol.  Dapatlah membasahkan tekak yang sudah kehausan.  Kemudian sedang mendengar ucapan aku dipanggil oleh Sam, wakil daripada Nuffnang.  Aku dan blogger Mira Mokhtar diminta untuk daftar terlebih dahulu memandangkan kami menunggu mereka di sini.  Selepas sesi daftar, aku diberi tag kuning ini.  Maknanya aku dalam kumpulan kuning.

Kemudian kami diberi sedikit demo untuk membuat mi tarik oleh La Mien Sifu yang datangnya dari negara China.  'La Mien' bermaksud mi tarik.  Betapa halusnya mi yang telah dibuat.

Di hadapan yang kelihatan meja itu adalah bahan-bahan untuk memasak.  Kami diberi demo memasak rempah maggi perisa tomyam dan kari.  Semerbak baunya apabila sudah siap dimasak.  Di suatu sudut dalam dewan kecil itu terdapat almari berkaca yang dipamerkan barang-barang keluaran Kilang Mamee.

Selesai sesi demo, kami diberi minum pagi. Kami dihidangkan sandwich telur dan tuna serta minumannya iaitu nescafe dan teh o.

Usai minum pagi, kami telah dipanggil dalam kumpulan mengikut tag warna masing-masing untuk melawat kawasan kilang.  Waktu ini aku sudah pun berada dalam kumpulan aku iaitu kumpulan kuning.  Mereka berdua ini adalah pekerja dari Kilang Mamee yang ditugaskan untuk membawa kumpulan kuning.  Lelaki yang memakai t-shirt kuning adalah Mr Ng iaitu Operation Manager.

Kami dibawa untuk melalui susur di atas kilang yang membolehkan kami melihat cara pemprosesan mi segera Mamee menerusi cermin.  Kemudian kami memasuki ke kawasan cara membuat mi baik dalam cawan mahupun bungkusan.

Inilah mesin yang digunakan untuk membuat mi tarik.  Kawasannya nampak bersih kerana menggunakan tenaga mesin.  Pelaburan untuk mesin sebanyak RM80 Million yang diperuntukkan oleh Mamee Double Decker adalah untuk menghasilkan tekstur mi tarik yang lebih baik.

Kemudian kami masuk ke bahagian untuk membuat snek.

Ini antara apa yang aku dapat lihat cara keropok mamee dibuat.  Keadaan perkitaran kilang memang bersih.

Memang sangat mengujakan.  Pekerja-pekerjanya juga kelihatan kemas.

Inilah ruang susur yang kami lalui untuk melihat persekitaran tempat pemprosesan.

Ini adalah sijil HALAL dari JAKIM.  Ini penting ye untuk mengetahui status sesuatu produk makanan yang dikeluarkan.

Selesai melawat kawasan kilang, kami dihidangkan dengan makan tengahari pula.  Hidangnya memang menarik.  Nasi ayam bebola yang didatangkan kkas dari Mamee Jonker House.  Kek ini memang sedap.

Kemudian kami bergambar di sini yang terletak di bahagian tepi dewan tadi.

Sebelum melangkah keluar aku sempat bergambar di sini.

Bas ini yang kami naiki.  Aku dan Mira Mokhtar berpeluang menaiki bas ini untuk ke Jonker Street.

Dalam setengah jam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Banda Hilir akhirnya kami diturunkan berdekatan dengan Bangunan Merah.  Berjalan beramai-ramai untuk ke Mamee Jonker House.

Akhirnya setelah beberapa minit berjalan kami tiba di Mamee Jonker House.  Barangan yang dijual di dalam Mamee Jonker House.

Kami diberi sedikit penerangan oleh pengurus di Mamee Jonker House.  Serba sedikit mengenai penubuhannya.

Kemudian kami dibawa ke tingkat atas yang digantung papan tanda Noodle Doodle.  Di sini kami diberi peluang untuk menghias cawan mi segera.  Diberi cawan yang tidak diwarnakan pada mula-mulanya.  Di atas meja ada pen yang berwarna-warna.  Hiaslah cawan itu mengikut kreativiti masing-masing.  Aku takler kreatif mana pun.

Tengok tu.  Bersungguh-sungguh aku mewarna.  Seronok juga waktu ini.

Selesai mewarna kami disuruh ke bahagian ini.  Di sini kami diberi peluang untuk memilih bahan-bahan untuk diletakkan ke dalam cawan.  Kemudian dibungkuskan sekali.  Kemudian kami ke Monster Kitchen,  Di sini adalah tempat belajar untuk membuat mee.  Ada kelas-kelas yang disediakan.  Kemudian ada sesi bergambar di atas.  Masing-masing bergambar di dinding yang sudah dihiaskan dengan gambar Mamee Monster ini.  Memang cantik.

Selesai semuanya kami turun semula.  Ada sesi penyampaian hadiah bagi blogger yang berkongsi gambarnya di Instagram.  Gambar siapa yang paling kreatif dikira pemenang.  Gambar aku tak berapa nak kreatif.  Pengakhiran lawatan ini berakhir di sini.  Aku dan blogger Mira Moktar pulang sendiri.

Inilah cenderahati yang aku dapat daripada pihak Mamee.  Apa-apa pun terima kasih kerana diberi peluang untuk menyertai lawatan ini.  Terima kasih Nuffnang! Terima kasih Mamee! Sekian...

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Mamee atau info-info lain bolehlah layari website ini :

www.mamee.com atau like facebook Mamee Chef www.facebook.com/mymameechef.


Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

3 comments:

Hanisah Mat Azit said...

bestnya... belum pernah lagi masuk kilang MAMEE...

Mar Mansor said...

seronoknye dapat join...best kan..

cindyrina said...

cantik photo...seronokkan pegi melaka hari tu..great experience for all of us!