Assalamualaikum.
Hai semua.
Mei membuka tirai. Tiga hari lagi kita bakal bertemu dengan
Ramadhan. Semoga kita diberi peluang untuk bertemu dan menjalani ibadah dengan
sempurna sepanjang bulan Ramadhan nanti. Semoga kita diberi kesihatan yang baik
sepanjang Ramadhan.
Dua puluh lapan hari aku dan anak-anak berhijrah ke bumi Johor
Bahru. Melaka kami tinggalkan dengan penuh kesedihan. Demi tuntutan di bumi ini
kami melangkah dengan pelbagai rasa di hati.
Allahuakbar.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan yang aku lalui sekarang ini.
Penghijrahan ini tidak pernah sesekali terlintas dalam kepala. Tidak pernah
sama sekali. Tak mengapa. Aku harap ini hanyalah sementara. Semuanya akan
kembali asal suatu hari nanti.
Tak perlu diperjelaskan rasa ini. Orang kata dah tinggal sebumbung
dengan suami sedih lagi? Hal itu memang tidaklah sedih. Yang menjadi sedih bila
berjauhan dengan mak ayah. Bayangkan hampir 13 tahun duduk di Melaka, tinggal
berdekatan dengan mak ayah selepas aku dapat tukar dari Putrajaya itu yang
menambah sebak di dada.
Allah Maha Mengetahui.
Selagi terdaya berdoalah agar kami empat beranak akan kembali ke
buni Melaka. Di situ semuanya ada. Mana mungkin aku lupakan.
Panjang sangat mukadimah aku. Itu yang malas nak mula menulis
mesti panjang lebar akan terluah daripada isi hati.
Sempena cuti Hari Pekerja, kami menghabiskan masa empat beranak.
Dari pagi sampai ke malam tidak berhenti dengan bermacam aktiviti.
Usai beriadah kami pulang ke rumah dan bersiap untuk membeli barang basah. Balik membeli aku sibuk di dapur untuk prep barang-barang basah.
Malam itu aku masak makaroni sup bersama cili kicap.
Inilah makaroni sup bersama cili kicap.
Begitulah pembuka Mei aku dan keluarga di perantauan. Sesungguhnya hati ini tersangatlah sayu bila Ramadan semakin menghampiri. Aku harap akan ada keajaiban yang berlaku untuk kami pulang ke kampung halaman kami semula.
Ingin menulis?
Namun tiada masa?
Aku ada tawarkan perkhidmatan menulis (Ghostwriter) dengan kadar yang berpatutan. Semoga aku akan peroleh semangat di tempat orang.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
Selamat bermastautin ke JDT
Post a Comment