Thursday, May 9, 2019

Kenduri Dan Bersantai

Assalamualaikum.

Selamat petang. 

Cerita ini juga cerita sebelum aku berpindah ke JB. Kami sempat mengadakan kenduri arwah untuk arwah Obek Nah. Kami buat secara kecil-kecilan sahaja. Genap 100 hari tanpa bekna. Untuk satu hari itu macam-macam aktiviti sebenarnya. Pagi itu aku ke taklimat UPKK. Kemudian hantar Adriana ke Kem Kepimpinan. Usai menghantar Adriana, bergegas ke rumah kakak sepupu aku.

Keluarga kami. Sepupu-sepapat. Ini sahaja yang ada. Pusing-pusing kita orang sahaja yang ada.

Aku dan anak-anak buah.

Kenduri ini kira kita orang berkumpul sebelum aku berangkat ke JB minggu depannya.

Merekalah yang selalu menghiburkan.

Bila berkumpul kenalah bergambar kenangan.

Lepas kenduri bawa mak ayah aku balik rumah. Sebab aku nak pindah, ayah aku nak tidur rumah aku. Kalau tidak, ajaklah macam mana pun dia takkan mahunya. Sebelum balik kita orang singgah makan dulu. Ammar yang tukang tangkap gambar.

Aku makan bihun sup Kg Tun Razak.

Pagi ahad aku bawa mak ayah bersarapan di kedai.

Petangnya pula menjemput Adriana balik dari kem.

Sebelum hantar mak ayah balik, ayah ajak singgah makan. Dia nak belanja. Kami makan di Old Town Aeon Ayer Keroh.

Kami berlima malam itu.

Seronok masing-masing.

Aku dan ayah. Waktu ini tunggu mak beli barang. Ayah tak larat nak jalan jadi kita orang melepak kat luar sahaja.

Adriana dan atok.

Inilah dia Pakcik Adim.

Aku rindu.
Aku ingin kembali.
Semua ada kat sana.
Biarlah cepat berakhir semua ini.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

Warisan Petani said...

Nanti2 dan serasi duk JB tentu seronok