Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Hari ini ahad. Aku bekerja maklum kerja di Johor kenalah kerja hari ahad. Ahad keberapa entah aku sudah bekerja. Mula-mula memang terasa awkward. Selalu ahad boleh bergolek depan televisyen menonton Melodi. Kini tiada lagi.
Kata kawan, "Tak apa. Kurang dosa nak bergosip pasal artis."
Banyaklah ko punya gosip. Hahaha.
Bila ahad, kawan-kawan kat Melaka membahan aku. Siap hantar whatsapp.
"Kerja ke sis?"
"Selamat bekerja akak."
Aku balas, " Tunggu hari jumaat aku hantar whatsapp macam ni."
Balas dendam kekdahnya. Begitulah rutin baharu.
Baiklah, mukadimah panjang sangat. Ini pun entri draf. Gambar sudah siap diupload tapi aku malas nak menulis hari itu. Jadi aku tulis sekaranglah. Sayang gambar-gambar yang ada. Penat aku tangkap. Ceritanya memang sudah berkurun. Yang dimakan pun sudah selamat menjadi bahan kumbahan.
Ayah aku memang suka makan kat Old Town. Kadang dia tanya, "Along nak makan kat mana? Mama belanja."
Aku keturunan bawean. Memang panggil mama. Sebenarnya 'Rama' tapi aku panggil 'ma' je. Jadi bila dipanggil dua kali kedengaranlah bunyinya mama.
Kami.
Naura. Anak adik. Cucu manja mak aku. Mengikut saja mana nenek pergi. Ko tunggulah tahun depan ko tadika Naura oi. Nenek tak ada tau. Obek mendengki. Masa ini sebenarnya dia merajuk dengan aku sebab dia sentap bila aku cakap dengan dia.
"Naura mana boleh ikut. Obek tak nak bawak. Obek nak bawak nenek."
Dia pandang aku tak puas hati saja. Hahaha. Obek jahat. Suka mengusik.
Itu sampai tak nak duduk. Obek panggil dia jeling-jeling aje.
Ini menu si Ammar.
Tengok siap posing.
Lepas makan mari bergambar di luar.
Aku tak tahu kenapa budak bertiga ini nak mencangkung.
Bila cakap nak bawa pi tempat mainan baru dia okey. Pandai ye. Obek belanja naik mainan.
Dah naik tak nak turun pulak tu.
Tengok tu. Kepenatan aku mengejar dia pusing satu tempat mainan. Balik lepas hantar mak ayah aku, aku pengsan. Hahaha. Sudah lama tak ada anak kecik, letihnya lain macam. Aku sampai tertidur depan televisyen. Semoga ada peluang macam ini lagi. Bila sudah duduk jauh terasa masa sangat terhad.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment