Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Kisah masak-memasak masih lagi diteruskan seperti biasa. Permintaan daripada seisi rumah menambahkan kerajinan untuk aku meneruskan tugasan masak-memasak. Selalunya aku masak ikut permintaan. Malas nak masak ikut tekak sendiri nanti syok sendiri. Aku seorang sahaja yang makan.
Dah lama teringinkan oden. Tak tahu pun rasanya macam mana tapi sebab tengok ramai yang kongsi resipi jadi aku teringin juga nak mencuba. Jadi aku usulkan pada suami. Kena tanya dia dulu takut dia tak berkenan pula.
Bila suami kata on dan dia setuju untuk cari barang-barang nak masak barulah aku pun on memasaknya. Yelah, tekak orang dengan tekak kita mana nak samakan.
Bila suami kata on dan dia setuju untuk cari barang-barang nak masak barulah aku pun on memasaknya. Yelah, tekak orang dengan tekak kita mana nak samakan.
Bahan-bahannya.
Perencah Adabi Tomyam dan Asam Pedas.
fishball yang telah dicucuk.
Kemudian masukkan dalam kuahnya.
Aku goreng maggi goreng.
Inilah menu kami untuk 17 Ramadan 1440.
Esoknya pula, 18 Ramadan 1440 aku masak asam pedas ayam.
Dan juga makaroni tomyam. Murtabak itu suami beli Kampung Melayu Majidi. Sedap. Aku suka murtabaknya.
Itu sahaja coretan untuk dua hari. Aku coretkan di sini supaya akan dibaca kemudian hari bila ada yang merinduinya. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment