Monday, May 13, 2019

Kisah Ramadan: 7 & 8 Ramadan 1440

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Semalam tak ada entri sebab aku keletihan dan kesibukan. Semalam memang betul-betul letih. Biasalah. Ada hari-hari yang kita terasa sangat bertenaga. Kadang macam kagum dengan diri sendiri bila satu hari boleh buat macam-macam kerja. Memang tak kenal erti letih.

Tapi ada masa yang kita rasa nak bergolek sahaja. Memang tahap kemalasan yang paling tak boleh bawa bincang. Waktu itu terasa menyampah dengan diri sendiri. Sebelum orang menyampah baik kita menyampah dulu. Huh.

Semalam cuti memasak tapi masih lagi makan di rumah. Suami dah siap masak sebelum pergi kerja. Kemudian aku panaskan mee basah yang lebih semalam. Sayangkan. Jangan membazir.

Inilah menu semalam. Kuih-muih beli kat bawah flat.

Kueteow basah untuk aku.

Hari ini goreng nasi saja. Suami dah siap masak nasi. Jadi balik aku goreng sahaja. Mudahkan kerja.

Nasi goreng perencah ikan bilis. Aku tumis juga dengan cili kisar dan juga sambal belacan. Sedap. Angkat bakul pula kan. Bolehlah untuk tekak sendiri. Tekak orang lain aku tak jamin. Aku beritahu adik-adik aku yang aku nak balik minggu ini.

"Dik, minggu ni akak balik. Berbuka kat rumah mak hari sabtu. Nanti akak masak. Nak makan apa?"

"Masak nasi goreng."

"Apa nasi goreng je?"

"Tu baik ko je masak sendiri."

Begitulah bila sudah berjauhan. Mujurlah sekarang ada aplikasi whatsapp. Rindu-rindu boleh video call. Hari-hari pun sebenarnya aku video call dengan dia orang.

Mak aku macam biasa. Macam mana aku kat Melaka. Macam itulah bila aku jauh dari dia. Kalau kat Melaka setiap kali balik kerja memang dia tanya aku.

"Along dah balik belum? Sini hujan. Sana hujan tak?"

Satu perkara yang aku rindu masa bulan puasa, bila waktu sahur ayah aku yang akan kejut aku. Masa itu suami pun jauh. Memang sejak aku duduk rumah sendiri macam itulah ayah aku buat bila bulan puasa tapi sejak ayah aku sudah tak dengar, aku sudah tidak rasa suasana itu lagi. Kadang tu, adalah dia telefon sesekali tapi sekadar telefon. Akulah yang dengar suara dia saja. Aku cakap bukan ayah dengar pun.

Bila aku kat Johor pun mak masih juga hantar whatsapp kat aku. Begitulah kisahnya. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Dahlah, tak nak cerita panjang-panjang. Boleh merembes air mata. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
bersyukur rezeki yang ada