Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua. Holaaa..Hari ini badan terasa sejuk kerana penghawa dingin betul-betul kat atas aku ni. Dapat bayangkan tak? Bayangkan...Sejuk bukan main. Dah sejuk-sejuk mata pun melayu je tapi kerja jalan jugak. Bukanlah dok melangut.
Menyusul entri kedua untuk hari ini. Nak cerita mengenai novel yang aku cari-cari pada minggu lepas. Entrinya ada. Carilah sendiri kalau nak baca ye. Mood tak sampai nak letakkan linknya. Akhirnya setelah meredah MPH namun balik dengan kehampaan, keesokkan paginya aku dapat call daripada MPH kata novel itu sudah sampai. Apa lagi tengahari tu waktu lunch aku terjah dengan Mira Mokhtar. Sebenarnya entri mengenai Kabus Rindu telah diceritakan dulu di blog Mira. Ini entri dia yang tak agak-agak mengata aku. Dush dush dush...
Jom tengok novel apa yang aku cari?
Ini dia novel Kabus Rindu yang ditulis oleh Monalita Mansor. Aku kenal penulisnya melalui ebook competition tahun 2013 yang aku turut serta. Kami berkawan di alam maya. Boleh dikatakan selalu juga berchatting dengannya.
Okey, gambar selfie tak ingat. Sesekali menonjolkan diri. Kak Mon, oleh sebab saya menyokong akak saya sudah dapatkan novel akak ye. Banyak ayat-ayat yang baru aku pelajari di dalam novel ini. Ayat yang baru loliah-loliah, tetek-bengek. Ke aku yang ketinggalan? Apa-apa dalam proses menghadamkan novel itu sebab banyak sangat kekangannya. Baru nak berbaring sambil melayan Kabus Rindu, datang ammar. "Ma, nak susu." Sudahnya novel ke mana aku pun ke mana. Tapi jangan risau akan aku habiskan juga. Itu sahaja cerita dalam entri kedua ini. Bersambung lagi. Sekian..
Wassalam...
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment