Assalamualaikum...
Selamat hari rabu. Selamat tengahari semua. Hari ini agak sibuk seperti biasa tapi awal sedikit dapat menulis di sini. Tengahari nak keluar untuk menjayakan misi bersama Mira Mokhtar. Hahaha...Harap-harap berjayalah dan tercapailah misi kami berdua. amin..amin..amin...
Okeylah, pasal tajuk di atasa..Siapa itu Kiki?Uhuk uhuk uhuk..Eh ni batuk ke nangigs. Sedih pulak. Kiki adalah seekor binatang peliharaan di rumah. Ari tu asben beli sugar glider. Yang pertama tu pun namanya Kiki dah besar sikit dalam 5 bulan tapi tak lama lepas tu mati. Entah mana silapnya.
Kemudian beberapa minggu lepas, asben ajak beli lagi. Kami beli di Tesco. Harga seekor RM160. Aku memang tak pernah pegang tapi pernahlah kejap Kiki ni duduk belakang aku dah terjerit-jerit. Huhuhu...Itu sebab aku tak boleh pelihara kucing. Serba serbi penakutnya.
Tapi yang ni baru dua bulan. Beli dekat Tesco. Memang manja. Tapi yang sedih semalam baru mati. entah apa silapnya. Dah dua ekor sugar glider mati.
Tengok tu.
Kiki dalam kenangan. Siapa pernah jaga sugar glider?Apa silap kita orang aku pun tak tahu. Dia tak makan ke?Baru beli vitamin kat Kiki kelmarin tengok dia bertenaga sikit dari sebelumnya. Sudahnya semalam mati juga. Itu sahaja kisah untuk tengahari ini tentang sugar glider kita orang bernama Kiki. Sekian.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment