Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Hollaaaa...Hari ini tak sempat nak menulis entry. Kesibukan melanda. Hari ini datang mood nak makan je. Stress ke apa aku ni?Oh iye, hari ini sudah gaji untuk kakitangan kerajaan termasuklah aku.
Seperti biasa, bila hari gaji macam-macam benda yang ada dalam fikiran ni. Nak beli itu, nak beli ini. Tapi kena tolak ketepi dulu segala hutang piutang. Tiap bulan kira apa yang nak dibayar. Begitulah kebiasaannya bila hari gaji.
Oleh itu, pada semua belanjalah secara berhemah. Peringatan untuk diri sendiri supaya tidak menjadi terlalu boros. Aku kalau membeli tak adalah nak beli baju tiap bulan. Kalau buku dan novel tu memang tak bolehlah nak elak. Mesti nak terbeli. Pujuk diri sendiri pun tak jalan.
Oklah, itu sahaja untuk cerita petang ini. Bersambung lagi di lain entri. Perut macam nak meletup makan yong tau fu banyak sangat ni. Sekian...
Wassalam...
Aku Penulisnya,
1 comment:
Selamat hari gaji:)
Post a Comment