Monday, February 24, 2014

~Sambutan Ringkas Buat Ammar~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Hola..Menyusul entri kedua untuk hari ini.  Dalam pada tengah sibuk jengah kejap blog.  Mahu menghilang rasa kebosanan dalam diri.  Hari ini macam biasa buat kerja yang melambak-lambak atas meja.  Bilalah kerja-kerja ni nak susut? Habis tu memang tidakler.  Kalau kerja habis maksudnya dah tak ada kerja.  Apa aku merapu ni?

Berbalik kepada tajuk sebelum aku merapu lebih panjang lagi.  Jumaat lepas kan hari lahir hero kecilku yang ke tiga tahun.  Petang tu setelah berbincang dengan asben, bawalah birthday boy makan macam bawa kakaknya tempoh hari.  Sambutan hanya empat beranak je.  Memandangkan asben kerja petang kenalah tunggu waktu makan asben yang boleh keluar.  Aku jemput asben di pejabatnya.  Kemudian kami ke MarryBrown.

Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku ambil untuk dijadikan kenangan buat kami sekeluarga.  Nak dijadikan cerita aku terlupa beli cupcake untuk dia.  Nantilah mama belikan.  Kalau rajin mama buatkan kek.

Wajah-wajah kesayangan saya.
 
Nana dan ammar dengan tabungnya.
 
Ini menu untuk aku.  Aku memang tak lari dengan nasi.
 
Anak-anak order kiddy meals.
 
Satu untuk nana, satu untuk ammar.
 
Ini dia birthday boy.  Janji dia happy, mama pun sudah cukup happy.  Ini sahaja yang mampu mama dan papa buatkan untuk gembirakan hati kamu berdua.  Sekian sahaja entri kedua untuk pagi ini.  Bersambung lagi.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

1 comment:

lovely said...

alahai.. tomeinya tabung tu..