Tuesday, February 18, 2014

~Urusan Jumaat Lepas~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...Hola!!Pagi ini baru mempunyai kesempatan untuk menitip sesuatu di sini. Semalam, seharian berkejaran menyiapkan sesuatu tugasan. Sebelah malam baru boleh menarik nafas panjang. Lega...Tawakkal sahaja kerana telah diusahakan sebaik mungkin. Aku dan mira Mokhtar cukup tertekan. Pagi ini barulah mendapat ketenangan sepenuhnya.

Okeylah, berbalik kepada tajuk di atas. Lari tajuk itu aku. Mukadimah mesti panjang berjela. Nak cerita urusan aku bersama suami jumaat lepas. Aku dan suami cuti atas sebab mahu menguruskan beberapa perkara.

Urusan utama


Kami ke Tabung Haji. Dikira bernasib baik kerana tidak terlalu ramai orang. Masa dapat nombor giliran, ada 6 dalam barisan.


Alhamdulillah, urusan mahu mendaftar haji telah selamat dilakukan. Semoga ada rezeki aku dan suami mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci.


Selesai urusan di TH, singgah makan di tepi sungai. Makan dekat Kg. Jawa. Makan apa?


Aku makan rojak.


Suami makan mee rebus.


Ini persekiraran kedai makan yang kami singgah.


Teh 'o' untuk suami, limau suam semestinya untuk aku.


Usai solat jumaat, kami terus ke Peringgit Jaya. Terjahan dilakukan di kedai ini.


Memandangkan rumah sedang diubahsuai, pilihan jubin dilakukan. Rambang mata. Semuanya cantik pada pandangan. Mula terfikir 'Kalau Aku Kaya...'


Akhirnya setelah membelek dan menilik ini pilihan untuk garaj.


Ini pula untuk beranda. Macam rajin si isteri pilih yang warna terang. Tak apa, bab menyapu suami memang rajin.


Urusan terakhir hari itu, mencuci kereta comelku yang sudah berbulan tidak dicuci. Selesai semua urusan aku dan suami terus ke rumah mak menjemput anak-anak. Sebelum itu, jumpa tukang dulu untuk beritahu design susunan jubin di garaj. Jenuh memikirkan dan nantikan hasilnya.

Itu sahaja urusan untuk hari jumaat lepas. Sekian dulu untuk pagi ini. Bersambung lagi...

Wassalam

Love,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

No comments: