Wednesday, May 2, 2018

Empat Hari Bercuti

Assalamualaikum.

Cuti empat hari adalah tersangat nikmatnya hingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Seronok bercuti. Perasaan tidak seronok ini makin menjadi-jadi. Nampaknya aku kena ubah angin ke tempat baru. Mula cuti hari sabtu, aku ke pesta buku di PWTC. Itu memang hari yang ditunggu-tunggu. Nanti akan diceritakan di lain entri.

Ahad berehat di rumah. Memandangkan aku memikul 10 buah buku balik dari pesta buku, sakit-sakit badan dibuatnya. Terasa membadang sangat. Mana tidaknya, beg belakang, beg tepi, beg silang dan pegang beg plastik. Berat yang amat.

Jadi ahad tu, bersantai di rumah. Sakit badan pun kerja di rumah tetap perlu dilakukan. Masuk juga dapur. Kenalah masak untuk isi rumah yang ada. Sat lagi kebulur pula depa tiga beranak. Haha. Mak kalau tak sihat kena juga bersilat. Sakit sikit-sikit disuruh lawan. 

Aku masak kari udang aje. Ayam goreng encik suami yang masak.

Kemudian keluar beli barang dapur. Baliknya suami buatkan buah lai dan jambu yang digaul bersama mayonaise dan kulit limau yang diblender. Sedap sangat.

Isninnya aku sambung cuti. Pagi hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian terus balik ke rumah. Siap tapau makan sebab tak nak sentuh dapur. Gitu kononnya. Pagi itu lepas sarapan aku layankan novel Mr. Grey dulu. Kemudian bila selesai barulah aku memulakan operasi mengemas kain baju yang berlambak. Ada baju yang memang tak pakai dan jarang dipakai. Aku masukkan dalam kotak untuk dihantar ke rumah anak-anak yatim.

Kemudian ke Family Store untuk beli barang kering rumah anak-anak yatim dan selepas itu aku serbu kedai makan dek kerana kelaparan yang amat sangat. Aku pekena pecalele. Kemudian dalam perjalanan pulang, jiran telefon. Rupanya ada sambutan hari lahir anaknya. Makan lagi. Memandangkan dia tunggu anak-anak aku untuk potong kek, memang kenalah ke rumahnya. Alhamdulillah rezeki perut semalam. 

Semalam hanya keluar hantar segala barang ke rumah anak-anak yatim.

Selebihnya di rumah. Aku masak kari ayam dan telur dadar. Kemudian sambung berkemas lagi. Kemas lagi almari baju dan susun baju yang dipakai serta tudung.

Aku sempat kemas bilik kecil aku merangkap bilik buku, bilik menulis dan bilik stor. 

Tempat baru untuk novel-novel aku. Walaupun kecil nasiblah dia belum rupa stor sangat. Akan disisihkan lagi barang-barang dalam bilik ini nanti. Semalam buat setakat mana yang termampu saja. Dari hari sabtu asyik mengangkat barang berat aje. Badan pun sakit-sakit rasanya. Kena berhenti dululah nampaknya bagi badan elok sikit.

Sekian dulu entri untuk pagi ini. 
Bersambung di lain entri.

Salam pena,
Fyda Adim



3 comments:

Warisan Petani said...

Selamat bercuti panjang.

Kay said...

peminat Jemari Seni juga! sep sekali!

Hans Hanis said...

seronok lah lama cuti
dapat masak menu-menu yang sedap-sedap
heheh