Showing posts with label Kelantan 2011. Show all posts
Showing posts with label Kelantan 2011. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

~Pulang Ke Melaka~


Salam...

Oklah nie last entry untuk trip ke Kelantan.  Perjalanan yang sangat jauh maka entry pun berjelar-jelar panjangnya.  Kalau aku boring menaip pembaca udah tentu-tentu boring dan bohsan membaca entry nie.  Tapi oleh sebab udah ada gambar dan sudah diupload maka haruslah di postkan jugak entry nie. 

Jadi para pembaca haruslah menahan rasa bohsan yea ketika membaca.  Aku tak nak membebel begitu panjang.  Just see the picture hokey....

Lepas kenduri kami terus balik ke Melaka.  Terpaksa meninggalkan majlis awal sebab kami nak singgah di Pasar Payang Terengganu...

Jom tengok beberapa keping gambar yang telah diambil sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka...

Meneruskan perjalanan kami ke Terengganu...

Yeaaaahhhhh sudah sampai..Menuju ke Pasar Payang

Ammar pun sudah bangun dari tidurnya.


Sempat pulak jumpa kawan sekolah aku kat sini.

Beristirehat selepas membeli-belah di Pasar Payang

Kami bergambar di sini aje..Masing-masing kepenatan.

Pic yang diambil oleh my bro
Suasana di dalam Pasar Payang
Otw ke kereta di parking
Sempat melambai-lambai yea...
Adriana dengan atok..
Mak dan ayahku...
Berhenti rehat dekat stesen pminyak petronas..Dah tengah malam. 
Tak tahulah stesen kat mana..
Berhenti lagi untuk mengisi minyak..
Alhamdulillah.  Kami selamat sampai di rumah jam 3.40 pagi (ahad).  Masing-masing turun kereta kuarkan barang yang patut jea.  Barang-barang nie dipunggah di siang hari.  Semua terus tidur.  Memang kepenatan.  Family aku tidur kat rumah aku dulu esok siang baru balik...

Sekian, akhirnya selesai jugak aku bercerita perihal perjalanan kami ke Kelantan sehinggalah pulang ke Melaka.

Friday, September 23, 2011

~Sesi Petang Di Kelantan -Day 2~

Salam pagi jumaat..

Berusaha gigih untuk cuba menghabiskan jugak cerita di Kelantan.  Kisah di Kelantan haruslah ada di sini untuk dijadikan kenangan buat diriku dan anak-anak pabila besar nanti.  Hehehe..Nanti ammar tahulah yang dia sudah sampai ke Kelantan masa berusia 6 bulan. 

Bila dah banyak sangat gambar jadi banyaklah amik masa untuk memilih gambar-gambar yang menarik.  Rasa macam nak upload semua tapi banyak bebenor.  Idakler larat aku nak menunggu diupload gambar-gambar tue.

Sambung balik cerita aku nie...Petangnya pulak kami ke rumah mak cik sebab dua pupu aka kupu-kupu aku nikah selepas sembahyang jumaat.  Katanya dalm pukul 3 petang.  Alih-alih ditunda sebab mak andam tak sampai lagi sebab kereta mak andam rosak kat mana ntah.  Aku pun tak tahu.  Jadinya dia orang nikah pukul 5 petang.

Ok..jom tengok gambar.
Inilah rumah makcik aku.  Yang ada orang berbaju biru.
Ini pulak mak cik aku.  Dari Melaka jugak.  Masa nie dia orang baru sampai.
Senyum!!!
Nasiblah ada orang yang sudi menjaga ammar.  Kipaskan ammar.  Belajar dari sekarang hokey...
Aku bergambar bersama dia. :-) Aku suka gambar nie.  Adriana yang snap pic papa dan mama.  Tq sayang.
Kami dah sampai di masjid.  Menunggu pengantin.
Bergambar dulu yea adik-adik..
Inilah pengantinnya,  aku panggil Kak Zila
Pengantin bersama makciknya.
Kami bertiga.
Selesai nikah kami ke Pantai Cahaya Bulan.  Saje jalan-jalan melihat pemandangan yang indah.
Aku dan adik ipar
Mak dan ayak aku duduk.  Kepenatan tue.
Dua beranak berbaju oren..
Mama dan adriana.
Kami berempat..
Pose daripada mama dan papa..I like!!
Atok dan ammar...


Sebelum nak balik, berlakulah kejadian yang tidak diinginkan.  Tayar kereta terbenam kat pasir-pasir tue.  tak leh nak kuar.  Terpaksa mintak tolong orang ramai tolakkan.  Tapi masih tak boleh jugak.
Inilah keadaannya.  Akhirnya kenalah korek sikit pasir-pasir tue.  Nasiblah ada yang sudi membantu.  kami pun pulang ke hotel untuk bersiap-siap.  Malam tue kami ke Wakaf Che Yeh.  Tapi maaflah non ado gambar.  Memang tak teringat langsung pasal nak amik gambar.  Sebab terlampau ramai orang.  Dok sibuk bergambar ada pulak anak hilang. Aku pulak dukung ammar.  Papa dengan adriana.  Adik aku pulak cari barang yang nak dibelinya.  Itu pun gilir-gilir dengan asben dukung ammar sebab lenguh tangan aku.  Kita orang terlupa bawak carrier sebab naik keta adik aku.

Settle di Wakaf Che Yeh, masing-masing dah berjinjit sorang satu beg kita orang baliklah.  Dah tak larat badan nie.  Pada hal memang ada lagi macam nak cari barang.

Note>>Dari pagi karang entry nie baru sekarang siap...settle..Selamat Membaca!!!:-)

Wednesday, September 21, 2011

~Cerita Kami di Kelantan - Day 2~

Salam dan selamat petang. 

Kembali lagi di sini untuk menyambung cerita aku dan family di Kelantan.  Dari pagi tadi upload gambar tapi tak terkarang.  Tak tahu mana nak mula cerita sebab hari nie mood aku agak kurang ok. 

Dah nak balik nielah baru ada feel untuk menaip.  Mari aku mulakan cerita aku untuk hari kedua di Kelantan.  Pagi-pagi tue aku dah bangun.  Malam tue letak jea kapala terus lelap.  Punyalah mengantuk dan letih.  Macam aku pulak yang jadi drebar.  hehehe. 

Mak ngan ayah aku dah turun untuk breakfast dulu.  Family aku seperti biasaler memang lambat.  Mana nak kejutkan si adriana, 'nana, tak nak bangun.  nana nak tido.'  Sabar jealah.  Penat gak nak bangunkan adriana.  Dah bangun tak mahu jalan sendiri ke toilet.  Mangsa dukung mamaler.  Tapi idak jugak mamanya kurus.  huhuhu

Then, kami semua siap-siaplah.  Adik aku call kata dia orang breakfast kat luar sebab makanan yang disediakan sikit bebenor.  Oklah kita orang pun memang nak minum kat luar.  Tapi dia orang pi minum dululah.  Bila dah siap semua berkumpul di lobi.

Kami semua berkumpul untuk ke destinasi pilihan
Inilah tempat penginapan kami semasa di Kelantan.  Bolehlah.  Selesalah jugak.  Kami dapat duduk hotel murah-murah jea.  Semalam harga RM98.  Tapi dapat RM88 sebab guna gov rate.
Pandang sini semua!!!
Dari tadi gambar aku tak ada, haruslah ada yea.  Penulis blog kenalah ada kan???
Kami pergi breakfast dulu.  Mak, ayah, adik dan adik ipar aku melencong ke Pasar Siti Khadijah.
Turn mama pulak jaga ammar.
Kemudian, kami menuju ke sini.  Apa nama tempat nie?Mak dan ayah aku seiring sejalan..hehehe
Tengok-tengok port yang menarik untuk bergambar
Adriana dan nenek.  Tengoklah adriana.  Berkaca mata kepunyaan neneknya.  Dialog mak aku 'Mama xpandai bergaya anak pulak yang pandai' :-)
Ok, kami bergambar di sini.  Gambar family.  Nasib ada mr tripod bolehlah cukup korum.
Kami berempat pulak.
Kami bergambar bersama mak dan ayah aka atok dan nenek.
Kemudian, kami singgah di jeti.  Dah lama tak bergambar berdua-dua sejak ada handbeg.  hehehe
My adik and his wife.  Pose sangat menarik.
Kemudian kami ke Pengkalan Kubor.  Dalam perjalanan nampak perarakan untuk Merdeka.
Jalan jammed.  Kete kat depan kete aku.  Nie adik ipar aku snaplah sebab masa nie kamera ada kat dia.
Tesco Kelantan.  Tahun 2007 aku datang belum ada lagi.  Baru nak buat sekarang dah siap dah.
Kami ke sini untuk membeli apa yang patut.  Aku adalah beli periuk gak.  Maklumler dah duduk rumah sendiri kenalah beli sendiri.  Lupa pulak nak snap barang-barang tangkapan di sini.
Papa dan anak-anak.
Aku dah selesai membeli.  Sedang menunggu mereka-mereka.  Kereta biru di parking kereta adik aku.
Otw balik ke hotel.  Ini untuk sesi pagi.  Kami pulang ke hotel sebab sebelah petang mahu ke rumah makcik.  Nikah selepas solat jumaat.  Harus bersiap-siap.  Ketua rombongan (asben aku) suruh siap pukul 3 petang dah kena gerak.

Sekian dulu untuk sesi pagi kami pada hari kedua kami di Kelantan.  Nanti smabung lagi yea.  Gambar banyak sangat pening nak pilih.