Tuesday, May 22, 2018

Rahsia Kita Nyanyian Khai Bahar & Fatin Husna

Assalamualaikum.

Selamat petang semua.

Semoga semuanya berada dalam keadan baik-baik sahaja. Sudah masuk 6 Ramadhan. Sekejap sahaja rasanya dah enam hari kita berpuasa. Pagi tadi ada meeting bahagian. Jadi kepala agak serabut dan benak. Aku memang tak minatlah meeting-meeting bagai ni. Itu sebab aku tak dapat jadi acah-acah bos. Meeting mula pukul 9.00 pagi. Kejap-kejap aku kerling jam di tangan sambil dalam hati berkata-kata.

'Bilalah meeting ni nak habis.'

Okeylah, berbalik kepada tajuk entri. Korang ada pernah dengar tak lagu Rahsia Kita. Penyanyinya Khai Bahar dan Fatin Husna. Lagu ini juga turut dijadikan ost drama Rahsia Hati Perempuan. Aku minat lagu ni. Mendayu-dayu. Sempatlah aku ggogle siapa Fatin Husna ni. Rupanya dia penyanyi smule. Merdu juga suaranya.

Pada sesiapa belum dengar cuba cari kat youtube. Dengarlah. Aku kongikan liriknya di sini. Selamat mendengar.

Hasil carian imej untuk lirik lagu rahsia kita
sumber: google


Lirik Lagu Rahsia Kita ( Khai Bahar dan Fatin Husna )
Komposer : Harris Yusoff
Lirik : Jim Bimasakti

Angin perlahan menyentuh jantungku 
bercerita tentang kita
Tak ku temukan sebuah jawapan 
dalam ketenangan

Haruskah ku simpan semuanya 
rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
Indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Hati meruntun mencari pandangan
akhirnya tak kelihatan
Tak ku temukan sebuah jawapan
dalam kepalsuan

Haruskah ku simpan semuanya
Rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
Hilang mencari jawapan
Cintamu pada diriku
Terhenti buat seketika

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
hilang mencari jawapan
cintamu pada diriku
terhenti buat seketika

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: