Showing posts with label I Love Islam. Show all posts
Showing posts with label I Love Islam. Show all posts

Thursday, May 9, 2019

Ikhtilat, Biarlah Kena Dengan Caranya

Assalamualaikum.

Imej yang berkaitan
Sumber: Google

Definisi ikhtilat : Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan muhrim) sama ada di tempat sunyi mahupun di tempat terbuka.

Pada masa sekarang, ikhtilat ini seolah-olah tidak dapat dielakkan. Baik di tempat kerja, sekolah, universiti dan lain-lain lagi. Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada kita, apakah dibolehkan hubungan sebegitu??

Hubungan secara bebas antara lelaki dan perempuan ini merupakan suatu ciri bentuk pergaulan pada zaman jahiliyyah dahulu dan juga berasaskan nilai-nilai dan sistem hidup masyarakat jahiliyyah. Apabila datangnya Islam yang dipimpin oleh Rasulullah, hubungan seperti ini ditolak dan suatu bentuk sistem dan nilai hidup yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah diperkenalkan untuk menjaga diri manusia itu sendiri.

Tetapi, pada masa sekarang ikhtilat dilihat memang tidak dapat dielakkan. Saya pernah terbaca suatu artikel yang membicarakan soal hubungan antara lelaki dan perempuan, dan dalam artikel tersebut penulisnya telah menukilkan pendapat Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam masalah ikhtilat.

Katanya : pertemuan/perjumpaan dan perhubungan antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak. Dalam keadaan yang lain, perhubungan seperti ini diharuskan jika tujuannya adalah mulia (spt menuntut ilmu), memberi manfaat, dan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ia juga diharuskan dalam keadaan di mana terdapat sesuatu perkara yang berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan), tetapi dengan syarat mestilah berlandaskan batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak, tujuan yang betul dan pelaksanaannya yang berkesan.

Ikhtilat terbahagi kepada dua bentuk :

a) ikhtilat ghoiru syar’ie (tak ikut syariat Islam)

b) ikhtilat syar’ie (berlandaskan syariat Islam)

Ikhtilat ghoiru syar’ie :

Percampuran yang boleh menjatuhkan maruah.
Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah, seperti perhubungan antara lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi.
Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam, seperti bergurau senda antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.
Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat yang perlu melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan.
Tidak ikut adab Islam.
Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.
Ikhtilat syar’ie :

Mempunyai hajat, iaitu ada perkara yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.
Menjalankan tuntutan dakwah, yakni amar makruf nahi mungkar.
Menghadiri jemputan, contohnya : kenduri kahwin dan lain-lain.
Menunaikan haji dan umrah.
Bermesyuarat atau pembentangan, yakni yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.
Dan, setiap ikhtilat pula mestilah mematuhi syarat berikut :

Tidak bersentuhan
Menjaga aurat
Menjaga adab bercakap
Mengasingkan tempat (pada tempat2 tertentu).
Terdapat batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang telah digariskan dalam Islam. Batas-batas ini harus diikuti dan dan dipatuhi demi menjaga hubungan itu sendiri daripada hukum harus menjadi haram. Antara batas-batas pergaulan yang mesti dijaga ialah :

1. Elakkan berurusan dengan lelaki selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal-hal yang di luar kemampuan wanita seperti dalam hal baiki kereta, baiki laptop dan sebagainya. Disebabkan keterbatasan kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. Dalam keadaan ini ia diharuskan.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunalah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mel atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, dan bukannya bahasa pasar. Contoh : maaf (bukan sorrie..), terima kasih (bukan time kacih). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =), gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Dan elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul terdesak. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan bernama lelaki. Buktinya sampai Allah menasihati kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran Surah Al-Ahzab, ayat 32 :

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.”

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih.

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, “make eye contact with the person you’re talking to..”. Ianya dapat diaplikasikan kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar boleh berlaku.

Kita juga mestilah tidak memandang kepada aurat dan tidak memandang dengan syahwat. Dari panahan mata sahaja, sudah cukup untuk membawa ke arah perkara-perkara yang lebih besar. Kita doakan agar kita dijauhi daripada perkara-perkara tersebut.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :

“…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…”.

Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, mestilah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contohnya :   “Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..”. Isk,isk..tak layaknya..

5. Sentiasalah berakhlak muslimah dalam semua perkara, terutamanya ketika bermuamalat dengan lelaki. Contohnya : percakapan, mestilah tidak melunakkan suara sehingga dapat merangsang dan membangkitkan perasaan.

6. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai di rumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

7. Jangan sesekali membiarkan  hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram di sisi mereka, ianya ditegah dalam sebuah hadis sahih mengenainya, (sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin terbakar la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

8. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth : mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan ataupun perkara yang boleh melalaikan dari tujuan sebenar perjumpaan tersebut.

9. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin dapat diaplikasikan kepada para pelajar atau orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak…TAK PERLU! Siapkan kerja cepat2, then go.

10. Tempat perbincangan pula buatlah di tempat yang terbuka dan berurusanlah secara profesional.

Hasil carian imej untuk iktilat maksud
Sumber: Google

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Nasihat ini bukan sahaja ditujukan kepada kaum wanita, kaum lelaki turut dapat mengambil manfaatnya. Patuhilah semua peraturan-peraturan dalam berikhtilat supaya tidak timbul perkara-perkara maksiat yang dimurkai Allah. Dan nasihat saya, kalau boleh dijauhkan ikhtilat, maka jauhkanlah kerana itu yang lebih utama. Wallahua’lam.

Sekian, terima kasih.

Sumber: https://wasyafiq.wordpress.com/2011/08/26/tips-untuk-muslimah-ikhtilat-biarlah-kena-dengan-caranya/

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, August 20, 2018

Jangan Dikhianati Status Perkahwinan Kita

Assalamualaikum.

Selamat petang semua.

Tinggal sehari sahaja kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Petang ini aku mahu kongsikan sebuah status yang pernah aku kongsikan di laman muka buku. Status yang menyentuh sebuah status perkahwinan. Status Puan Fadhlina Sidek yang membuatkan aku tertarik. Masyarakat sekarang sudah tidak ambil sensitif tentang perkara ini. Lebih-lebih lagi yang bekerja di bawah sebuah organisasi yang bercampur lelaki perempuan.

Yelah, bila disebut tentang perkara ini orang akan kata macam itu tak payah bercampur. Tak payah kerja. Bukan tak boleh tapi biarlah berpada-pada. Tahu menjaga batas antara lelaki perempuan. Tahu menjaga batas antara suami orang dan juga isteri orang.

Jaga ikhtilat.

Defini ikhtilat adalah merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan muhrim) sama ada di tempat sunyi mahupun di tempat terbuka.

Zaman sekarang, memang dapat dilihat perhubungan suami orang dan isteri orang juga terlampau ketara dan mesra berlebih-lebihan. Itulah sekarang seperti sudah menjadi suatu trend hubungan 'terlarang' antara suami orang dan isteri orang ini terjadi.

Adakalanya seperti tiada apa-apa perasaan bersalah mahu pun berdosa wujudnya perasaan itu. Ditambah lagi ada pula isteri orang yang menghantar mesej 'bersayang-sayang' pada suami orang. Tidak malukah kita?

Di manakah letaknya maruah kita sebagai seorang perempuan?

Bukan sahaja isteri orang, malah ada juga suami orang sebegitu. Seolah-olah seperti melayari zaman-zaman bercinta. Takutlah pada Allah. Janganlah terlampau mengikut nafsu. Dunia sudah semakin tua, takutlah andai kita tidak sempat untuk bertaubat.

Suami, jagalah perasaan isteri.
Isteri, jagalah maruah suami.

Suami adalah cermin pada isteri begitu juga isteri adalah cermin pada suami. Baik suami, baiklah isteri. Begitulah sebaliknya. Apa yang kita lakukan, bukan sahaja memberi kesan negatif pada pasangan kita malah memberi kesan juga pada anak-anak.

Jagalah sensitiviti pasangan kita.

Pernah yang aku lihat, perempuan (isteri orang) kawan dengan suami orang tapi dengan isterinya bagai dibuat musuh. Dengan suaminya bukan main mesra, alih-alih dengan si isteri tiba-tiba menjadi bisu.

Ada juga perempuan, minta tolong dengan suami orang. Tapi biarlah berbatas. Kalau memerlukan sangat biarlah kita beritahu isterinya juga. Bukan apa, tidak mahu menimbulkan fitnah dan juga syak wasangka bagi sebelah pihak isteri.

Sebagai contoh, pernahlah dengar cerita daripada seseorang. Ada seorang kawan suaminya, perempuan dan juga isteri orang. Suaminya kerja jauh kekdahnya. Rumahnya masuk binatang. Alih-alih telefon suami dia. Rumahnya dengan rumah suami orang itu bukanlah dekat pun. Katanya takut.

Motifnya nak tolong halau binatang. Tak boleh minta tolong jiran ke atau hubungi kawan perempuan dulu. Semestinya isteri orang itu memikirkan bermacam-macam kebarangkalian.

"Kenapa telefon laki aku?"

Kalau aku dah lama aku sound. Hahaha. Berani ke? Kalau terasa hilang sabar sound aje kut.

Kita tak tahu tindak-tanduk kita adakalanya memberi kesan pada orang lain.  Kita tak tahu adakalanya tindak-tanduk kita membuatkan orang terasa hati. Kita hidup ini kenalah menjaga juga sensitiviti orang sekeliling seperti mana kita juga mahu orang menjaga sensitiviti kita. Belajarlah untuk peka terhadap sekeliling.

Jadi, hati-hatilah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka mata kita semua. Apa yang aku tulis sekadar pandangan daripada diri sendiri. Terpulang nak terima atau tidak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, January 12, 2016

Hilang Keberkatan dan Rezeki Dalam Keluarga

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Semoga pagi ini semua baik-baik sahaja. Begitulah yang diharapkan. Entri pagi sedikit perkongsian yag aku baca dalam laman sesawang ini. Satu perkongsian yang bagus untuk kita semua. Tentang sebuah keberkatan dan rezeki dalam keluarga.

Mudah-mudahan setiap rezeki yang kita perolehi sentiasa diberkati. Hasilnya daripada keberkatan itu kita akan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia.

1. Sering bergaduh.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.
2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
4. Kikir dengan pasangan dan anak-anak.
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. Gagal mengawal emosi dan amarah.
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. Kurang sabar.
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.
7. Kurang berdoa.
Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama . Kongsikan kepada sahabat-sahabat anda !
Salam pena,



Thursday, October 15, 2015

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Selamat melangkah ke tahun baru hijrah 1437. Semalam tidak sempat langsung nak mengadap komputer. Minggu ini agak sibuk dan bertambah sibuk menjelang minggu depan. Mana sibuk anak mahu menduduki peperiksaan hujung tahun, mana sibuk dengan persiapan perkahwinan adik ipar. Semuanya mahu disiapkan secepat mungkin. Walaupun persiapan sudah dibuatkan beberapa bulan yang lalu tetapi masih ada perkara lagi yang belum dapat disiapkan sepenuhnya. Biasalah selagi tak habiskan, macam-macalah yang perlu dibuat.

Tentang kedatangan Awal Muharram. Semoga kita semua dapat melangkah ke tahun baru dengan azam yang baru dan dapat merealisasikan azam-azam yang masih belum tercapai. Janganlah azam itu terkubur begitu sahaja.

Semoga kita dapat mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Mudah-mudahan hendaknya kita dapat memperbaiki diri kita sentiasa. Sentiasalah ingat bahawasanya umur semakin meningkat, jadi biarlah perangai kita seiring dengan umur kita. Sentiasa tunjuk perangai yang baik-baik supaya anak-anak juga dapat menjadi seorang anak yang baik.

Kisah semalam, andaikata ada yang menyesakkan dada harus perlahan-lahan melupakan. Belajar untuk melupakan walaupun sesekali bila teringat akan datang sakit hati. Tidak perlu dikenang dan berdendam walaupun perasaan marah, geram, benci dan sebagainya datang menganggu emosi diri. Buat kata putus, mahu cari sinar yang baru. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Moga bila dipujuk selalu hati itu yang terluka, akan diberikan ketenangan pada diri. Memaafkan bukan bererti melupakan, parutnya tetap ada walaupun lukanya sudah sembuh. Sekian dan wassalam.

Salam pena,







Tuesday, May 12, 2015

Tiga Golongan Yang Di LAKnat Allah

Sumber : http://myblogsantai.blogspot.com
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam pembuka bicara untuk pagi ini. Semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya dan semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Itulah hendaknya. Hari ini sampai awal sedikit di pejabat. Tidaklah terkejar-kejar mahu cari parking, mahu naik tangga supaya punch card tidak merah. Masih boleh relax lagi. 

Awal pun dalam 5-10 minit begitu. Bukanlah terlalu awal memandangkan aku perlu selesaikan hal suami dan anak-anak terlebih dahulu. Jadi pagi ini sempat aku blogwalking dan terjumpa artikel ini. Aku kongsikan untuk makluman supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah. Wallahuallam...

 3 Golongan Yang Di Laknat Allah

Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 3 Golongan Yang Di Laknat Allah.  Pengisiannya diolah dari Facebook salah seorang rakan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu:

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya. Di dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah. Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT. 
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  (Hadis riyawat Bukhari )
Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Ianya mungkin berlaku apabila ada seorang wanita mengadu kepada seorang lelaki lain mengenai masalah rumahtangganya. Sebagai seorang mukmin, lelaki tersebut perlu menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Semoga kita tidak termasuk dalam mana-mana 3 golongan yang di Laknat Allah. Aminn...

Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Salam pena,



Friday, November 7, 2014

~Ikhlaskan Hati Memaafkan~

Teks : Fyda Adim
Foto : IG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang. Salam jumaat yang sudah menjengah ke petang. Baru sempat mahu menjengah blog kesayangan. Semalam ketiadaan masa dan juga emosi. Huhuhu...Tengahari tadi sempat mencuci mata di luar. Adalah membeli sesuatu yang menjadi kesukaan.

Berbalik kepada tajuk, memaafkan orang yang menyakitkan hati. Berdoa supaya sentiasa bersabar dan ikhlas memaafkan orang-orang itu.

Ya Allah, lembutkan hatiku supaya dapat memaafkan mereka. Dia dan dia yang pernah melukakan hatiku ini. Hanya Allah yang mengetahui hati dan jiwa mana yang disakiti. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Friday, September 12, 2014

~Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB Mingguan Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Salam jumaat. Hari yang paling indah. Diharapkan keindahan hari ini dapat dikekalkan sewajarnya seperti pelangi yang boleh mewarnai hari-hari yang akan mendatang. Hamboi. Bukan main tak mengagak ayat. Saje nak memanjangkan penulisan dalam entri ini. :D

Aku sering memujuk diri dengan ayat-ayat ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hikmahnya pasti manis berkat daripada kesabaran yang kita lalui. Jika kita tenang saat menerima takdir yang ditentukan olehNYa sama ada yang kita sukai atau tidak, Allah pasti akan memberikan ganjaran mahupun hikmah terbaik buat kita. Oleh itu, sentiasa berlapang dada. Memang berat, memang payah. Cakap memang senang, cuba jika kita betul-betul berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan pasti hati berasa sedih. Semoga kita diberikan kenikmatan hidup yang diberkati. Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Blog,







                                                                                                        

Friday, July 11, 2014

~Aurat Seorang Wanita~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Salam jumaat dan salam 13 Ramadhan.  Hari ini agak lambat menitipkan sesuatu di blog ini.  Kemalasan melanda sejak pagi tadi.  Entah kenapa.  Aduh! Baru sahaja mahu mempositifkan diri dengan kerajinan tapi tahap kemalasan hari ini melimpah ruah menganggu diri.  Jangan sampai mahu suap makan pun malas itu memang tahap kemalasan yang kritikal.  

Okeylah utnuk tidak mahu ketinggalan update blog untuk hari ini, aku kongsikan di sini mengenai aurat.  Aurat seorang wanita dengan lelaki ajnabi dan mahram.  Mari kita lihat.

Semoga dapat dijadikan panduan buat kita semua.  Ada kalanya kita terlepas pandang hal-hal sebegini.  Bukan kata diri ini baik tapi berusaha menjadi yang terbaik.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

Friday, June 27, 2014

~Ujian, Tanda Allah Rindu Mendengar Rintihan Dan Doamu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Instagram

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Salam jumaat.  Salam pembuka bicara buat semua.  Hari ini ada buat makan-makan sebelum berpuasa.  Jadi tatkala jari jemari ini sedang mengetuk-ngetuk papan kekunci, perut sudah terasa sendat.  Makan tak ingat.  Makan nasi, koktel, kuih-muih.  Huh! Memang sendat.  Alhamdulillah rezeki untuk hari jumaat yang indah ini.

Benar, Allah menguji hambanya dengan musibah dan nikmat untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar dan siapa yang berputus harap.  Mudah-mudahan kita dapat menempuh ujian yang diberikan pada kita.  Ujian itu tanda Allah rindu mendengar rintihan dan doa daripada kita.  Renung-renungkanlah...

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                        

Wednesday, April 23, 2014

~Kurang Manis Menghubungi...~

Teks : Fyda Adim
Foto : Mira Mokhtar

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat pagi semua.  Semoga pagi rabu ini dilimpahkan kesejahteraan, ketenangan dan keceriaan pada diri kita.  Jadikan apa yang berlaku pada kita sebagai pengalaman diri dan kekuatan.  Walaupun tidak sekuat mana, hanya dengan berdoa kunci utamanya.  Satu kekuatan pada diri adalah dengan berdoa.

Pagi ini saja nak kongsikan kata-kata ini yang aku ambil dari wechat Mira Mokhtar.  Sebagai peringatan untuk diri sendiri mahupun orang lain.

Siapa setuju dengan kenyataan ini? Rasanya bukan setakat kurang manis lagi tapi memang tidak manis langsung.  Jaga sensitiviti pasangan mereka.  Kita diberikan akal dan fikiran.  Hanya kita yang boleh menilai baik buruk perbuatan kita.  Semoga kita semua dilindungi dan tidak menjerumuskan diri daripada perkara-perkara tidak baik.  Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini.  Aku hanya berkongsi untuk mengingatkan diri sendiri.  Itu sahaja...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                         

Tuesday, April 22, 2014

~Bertuahnya...Beruntungnya...~

Teks : Fyda Adim & Blog Hanisah
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Selamat pagi selasa.  Semoga hari ini dimulakan dengan perkara-perkara baik.  InshaAllah.  Mudah-mudahan hendaknya.  Tidak ada apa yang mahu dititipkan cuma mahu berkongsi sesuatu perkara.  Diambil dari blog kawan dan saya kongsikan di sini buat tatapan semua.
 
Mengenai pergaulan suami dan penampilan isteri.  Alangkah bertuahnya dan beruntungnya jika saling melengkapi.

" Bertuahnya isteri apabila suami pandai menjaga pergaulan dengan tidak bergaul bebas dengan perempuan-perempuan yang tidak halal baginya,

dan alangkah beruntungnya suami apabila isteri dipayungi sifat malu dan tidak membenarkan kecantikkannya dinikmati oleh lelaki lain selain suaminya. " -Ustazah Siti Khadijah

Itu sahaja entri untuk pagi ini.  Sekian dulu.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                                     

Wednesday, April 16, 2014

~Debaran Itu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Ini entri untuk berkongsi rasa.  Pernah rasa berdebar-debar? Pasti semua pernah melaluinya.  Aku memang selalu begitu.  Sentiasa berdebar-debar.  Lebih-lebih lagi jika mahu ke klinik jumpa doktor.  Itu perkara yang paling aku takutkan.

Hari ini debaran itu datang lagi.  Tetap akan aku tempuh juga.  Melangkah demi mencari suatu misi.  Semoga berjaya dan dibukakan jalan.  Harap dipermudahkan jalan buatku.

Semoga debaran itu akan hilang lepas ni. Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

Friday, April 4, 2014

~Entri Malam Hari~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat malam semua.  Malam ni ada entri malam hari.  Saje nak menanti mata mengantuk.  Nak tidurkan ammar, capai ipad dulu.  Kakak nana tak ada malam ni.  Tidur rumah nenek.  Dari malam kelmarin minta nak tidur rumah nenek sebab nak ikut mak dan ayah aku pi kat masjid al-azim.  Tak apalah, bagi lepas satu malam je.  Ini punasyik-asyik aku telefon rumah mak.  Aku macam ni, kalau anak tak ada depan mata mula tak senang duduk.  Semua mak pun macam tu kan.

Okey, tak nak bebel panjang-panjang.  Marilah kita rehatkan diri dan minda setelah penat seharian bekerja.  Fikirkan untuk esok.  Banyak kerja yang menanti.  Lipat baju, basuh baju, kemas rumah.  Macam-macam.  Belum lagi termasuk kerja sampingan.  Ermmm...

Sebelum tidur jangan lupa baca doa tidur.  Itu sahaja untuk malam ini.  In sha Allah esok entri lain akan menyusul.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

Wednesday, March 12, 2014

~Doa Ketika Memulakan Tugas~

Assalamualaikum...

Salam suci kesejahteraan dan selamat pagi buat semua.  Hari ini sudah hari rabu.  Ini bermakna sudah masuk hari kelima kisah MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan.  Seperti biasa empat hari yang lalu, aku masih mengikuti perkembangan kisah MH370.  Doa yang baik-baik semoga yang datang juga baik-baik.  InshaAllah...

Sebelum memulakan tugas, amalkan doa-doa yang boleh melindungi kita.  Tak kiralah di mana juga kita berada.  Sentiasa berdoa dan berzikir.  Doa adalah senjata bagi kita sebagai orang Islam.

Harapan masih seperti biasa.  Semoga segala urusan kerja dapat berjalan tanpa sebarang kesulitan.  Mudah-mudahan...Itu sahaja entri untuk pagi ini.  Sambung buat kerja! Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Monday, March 3, 2014

~Selamat Datang Mac~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Isnin pertama di bulan Mac dan entri pertama untuk aku di bulan baru ini.  Dua hari agak sibuk yang teramat menguruskan rumah.  Memang tak sempat nak membelek laptop mahupun blog.  Bila dah sibuk melanda diri sebelah siang, malam memang masa untuk meluruskan segala urat-urat.  Hehehe...

Hari ini seperti biasa memulakan kerja dan rutin harian seperti biasa.  Selagi tak tutup mata, kerja..kerja..dan kerja.  Huh!!


Sentiasa mengamalkan membaca doa-doa yang boleh membantu kita dalam urusan kita seharian.  Kuasa doa itu hebat.  Doa itu adalah senjata buat kita.  Bulan Mac ni tak ada apa yang dinantikan.  CUma hari lahir anak buah aku Nayli dan juga cuti sekolah.  Itu sahaja yang boleh aku titipkan untuk pagi ini.  Nanti bersambung..Nak cerita kisah rumah yang sudah selesai diubahsuai.  Tunggu...Sekian.

Wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                       

Friday, February 28, 2014

~Renungan Jumaat~

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam jumaat semua.  Holaaa..Seronoknya hati bila tiba hari jumaat.  Sebab?Rehatnya panjang sedikit dari hari lain dan paling utama esok adalah hari untuk beristirehat.  Rehat ini macam mahu terjah lagi ke Romantika.  Mahu buang duit.  Hehehe...Hari ini hari terakhir bulan Februari.  Esok sudah bulan Mac.  Betapa cepatnya masa itu berjalan.

Pagi ini tidak ada apa yang menarik.  Seperti biasa melakukan tugas-tugas hakiki.  Renungkanlah ayat di bawah ini.  Semoga dapat memberi semangat pada kita jika dilanda dugaan.
 

Itu sahaja entri untuk pagi ini.  Bersambung lagi di lain entri.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Thursday, February 20, 2014

~Tiga Tanda Syukur~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Hola..Sekejap sahaja sudah menjengah ke hari khamis.  Pagi ini awal sedikit tiba di pejabat dari hari sebelumnya.  Selalu mencungap mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke tingkat dua.  Bersyukur...Walau mencungap dan termengah-mengah tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk menjalani kehidupan harian.

Bersyukur itu maksudnya berterima kasih kepada Penciptanya.  Berikut adalah tiga tanda syukur untuk dijadikan panduan buat kita.

Sama-sama kita amalkan dan sentiasa jangan lupa untuk mengucapkan rasa syukur.  Satu amalan yang baik bagi kita yang bersyukur jika melakukan sujud syukur.  In sha Allah.  Sekian dulu entri pagi ini.  Bersambung lagi di lain entri.  

Wassalam..

Aku Penulisnya,







                                                                                                       

Friday, January 31, 2014

~Rahmat Di Sebalik Dugaan~

Assalamualaikum....

Salam hari jumaat.  Selamat pagi semua.  Entri awal pagi sebab terjaga jam 5 pagi tadi.  Kononnya nak berjaga malam tadi sebab ada kerja yang nak disiapkan.  Sudahnya tidurkan anak-anak aku pun sekali hanyut.  Hari ini adalah jumaat terakhir untuk bulan Januari dan hari ini adalah cuti umum kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina.  Ging Xi Fa Xai untuk masyarakat tionghua.  Hari ini aku tidak ke mana.  Mahu menyiapkan tugasan yag penting.  Harap-harap berjayalah.  Chaiyok!chaiyok!

Dugaan...Manusia tidak lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan.  Samada kita kuat atau pun kita lemah sewaktu dugaan itu datang.  Aku kongsikan 7 rahmat di sebalik dugaan.  Semoga kita semua akan mejadi lebih kuat jika dugaan itu hadir.  Harap apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat pada semua.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3VJINcycj8CPBpZwyY2moWXu5gnL2nfp-nlb4h_KXB5oUC9Wo8Kg0cv_J4YxAJfqWUSiJhteEtLN9k_sT4l6ZucNajEqi0onFLzqbFs2v-g8jrX1bomMiFx8INzWbLcuAQOIAfHYZ5xz3/s640/blogger-image-931987008.jpg
Sekian dan selamat bercuti untuk tiga hari ini.  Masa bercuti inilah dihabiskan masa untuk bersama keluarga.  Masa yang sangat berkualiti. :D

Wassalam...

credit : nor faezah & mira mokhtar






                                                                                                                       

Friday, January 17, 2014

~Renungan Hari Ini~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Salam jumaat.  Hari ini terlewat untuk menulis di sini.  Sangat-sangat busy dengan kerja di ofis dan sibuk urusan diri sendiri.  Urusan diri sendiri tak habis-habis.  Pagi tadi sarapan dengan asben.  Menyelinap keluar sekejap.  Bersarapanlah kami berdua di Ayoob Bistro di Ayer Keroh.  Aku pesan nasi lemak ayam.  Tak agak-agak kan...Hehehe...Gambar non ado.

Hari ini saja mahu berkongsi mengenai kata-kata ini.  Sangat-sangat mendalam buat renungan dan panduan kita.  Biarlah mencari teman hidup yang menggembirakan dan menenangkan kita yang boleh menunjukkan kita jalan yang benar.

Jika kita berpegang kepada prinsip-prinsip ini in sha Allah kita akan mendapat keredhaan Allah.  Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan diberi kerahmatan dalam kehidupan.  Tidak perlu mencari yang sempurna biarlah kita hidup saling melengkapi antara pasangan kita.  Itu lebih bermakna.  Amin...

Wassalam...








                                                                                                         

Friday, December 6, 2013

~Hikmah Dan Redha~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Selamat hari jumaat yang penuh barakah dan ini adalah jumaat pertama untuk bulan ini.  Semoga jumaat ini kita semua diberikan keberkatan dalam hidup.  In sha Allah.  Sentiasa berdoa padaNya supaya kita tidak mudah lupa diri kita sebenar.  Kuasa doa adalah sesuatu yang hebat.  Setiap kali berdoa kita akan merasa dekat padaNya.

Hikmah pasti terselit di sebalik setiap ujian yang diberi.  Percayalah pasti ada walaupun pada saat itu kita akan berasa seperti sudah putus asa.  Waktu kita diduga pelbagai ujian, Allah mahu mendengar doa kita.  Mahu mendengar rintihan daripada hambaNya.  Semoga kita dapat atasi setiap ujian dengan hati yang lapang.  Semoga ditenangkan hati serta fikiran kita.

Redha itu penting untuk setiap ujian walaupun hati terkadang berat.  Selagi kita tidak redha selagi itu hati tidak tenang.  Betul tak?Tak tahulah orang lain.  Lain orang lain rasanya.  Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah - OR.  Sekian dulu entri pagi ini yang aku kongsikan mengenai hikmah dan redha berdasarkan pengamatan aku sendiri.  Jika terdapat sebarang kekurangan haraf dimaafkan kerana aku manusia yang tidak lari daripada kesilapan.

Sekian..Wassalam...