Showing posts with label Aidilfitri Stories. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri Stories. Show all posts

Thursday, June 10, 2021

Bertambahnya Usia

Assalamualaikum.

Hai semua.

Jun adalah bulan aku. Kedatangan Jun bermakna usiaku akan bertambah dan tanggal 2 Jun 2021, genaplah usia aku 38 tahun. Semakin bertambah usia. Semakin tua. Semakin dekat dengan mati. Semoga pertambahan usia ini membuatkan aku terus istiqomah dalam melakukan kebaikan dan perkara-perkara yang diredai oleh-Nya.

Tidak disangka ada yang masih mengingati hari lahir aku. Ada yang bertanya aku tak set tarikh lahir kat FB ke? Memang tak buat pun. Hanya yang rapat-rapat yang ingat tarikh lahir aku. Itu pun sudah memadai.

Cukup terharu.

Ada hadiah daripada kawan-kawan sekolah. Ada yang dari kawan-kawan kat JKM. Oh, rindunya dengan suasana kerja di JKM. Ada hadiah daripada Geng Lari. Ada hadiah daripada jiran. Ada yang daripada sepupu dan anak buah serta tidak ketinggalan keluarga aku semestinya.

Ini kejutan sehari sebelum kita lockdown. Daripada kawan sekolah aku, budak convent.

Dia hantar kat rumah mak. Kebetulan masa tu aku ke kedai. Jadi tak jumpa dia pun.

Thanks Khalisah.

Ini pula dalam pada aku baru keluar rumah mak, ada seseorang telefon. Katanya nak hantar seprais. Dah sampai depan rumah katanya. Kelam-kabut aku memandu.

Rupanya anak buah aku yang kat Shah Alam hantar seprais. Bibik sayang ko jugak.

Dan pagi hari 2 Jun, biras aku datang hantar seprais yang anak-anak order. Kebetulan biras memang buat seprais-seprais. Senang dia orang order dengan mak uda dia orang.

Biras aku jual brownies. Orang Melaka boleh cari kat page dia Mummy Brownies. Namanya Kathy Noor.

Dalam tengah hari ada orang telefon kata nak hantar makanan.

Rupanya Geng Lari yang hantar. Thanks kakak-kakak.

Dari tempoh hari teringin nak order krimpaf buntat tapi itulah rezeki daripada mereka.

Aku nak suruh anak aku keluar ambil tapi orang tu suruh aku yang keluar. Berposak sarung jubah. Mujurlah pakai mask. Tak yah berlipstick. Mujur juga mask aku tak senget.

Hadiah-hadiah siap anak aku susunkan.

Hadiah pemberian biras.

Dia beri pen. Siap ada ukiran nama. Katanya boleh guna masa nak sign apa-apa. Macam kena keluar novel kedua. Boleh sign guna pen ni.

Menjelang petang ada lagi yang datang. Konsep berjubah hari tu.

Rezeki banyak sungguh hari tu.

Rupanya daripada kawan-kawan JKM. Ada yang sudah bersara. Ada yang sudah bertukar. Terima kasih CC Noraini, Kak Rehan, Haji Gapal, Pakcik Fadil, Myra dan Kak Nisah. Kak Nisah tu sebenarnya dia ada beri hadiah lain. Dia pos telekung kat aku.

Sejadah pemberian anak sedara.

Ada ukiran nama juga.

Ini kawan aku masa kerja di JKM. Dia dulu kerja sementara. Sampai sekarang masih berkawan meskipun dia sudah jadi pegawai.

Cantik brooch pemberiannya.

Ini pemberian daripada suami. Dapat juga aku menggunakan Shogun.

Esoknya 3 Jun, aku masih hadiah lagi.

Daripada kakak sepupu aku.

Kemudian Geng Bibir bagi pokok bunga. Sudah aku letakkan di meja hiasan aku.

Tudung pemberian jiran.

Ini pula hadiah daripada Geng Kalis. Geng Kalis kawan-kawan sekolah aku.

Dia orang beri periuk ke kuali ni panggilnya. Tiba-tiba jadi bodoh. Siap sudip lagi.

Siap ada ukiran lagi kat pemegangnya.

Memandangkan lockdown, aku sambut hari lahir dengan anak-anak saja di Melaka. Suami di JB.

Anak sulung aku yang suruh berposing dengan hadiah-hadiah. Layankan sajalah. Dia yang rajin melayan benda-benda ni. Menurun daripada aku sungguh. 

Itu sahaja cerita gembira walaupun masa tu sudah menghitung hari untuk kembali ke pangkal jalan. Mahu tidaknya. Dua bulan di tempat sendiri. Dua bulan di rumah sendiri. Dua bulan aku bertenang-tenang tanpa kekusutan. Apa pun aku bersyukur Allah berikan aku peluang untuk merasai detik itu. Terima kasih juga pada suami yang mengizinkan. Alahai, air mata bergenang. Lagu pula macam sedih saja. Sedang dengar lagu Alyah, Thank You Allah. Best korang! Cubalah dengar.

Boleh layari blog aku satu lagi INI CERITERA AKU.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, June 9, 2021

Syawal Yang Tiba

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang. Baru selesai bekerja dari rumah. Tak seronok mana pun bekerja dari rumah. Lagi bertambah pening sebenarnya. Sedang fokus buat kerja, aku dok memekik. Dua dalam satu. Tangan gerak. Mulut pun sama gerak. Kalau kat pejabat mulut gerak juga tapi buat kerja sambil mengunyah. Hahaha.

Apabila kat rumah, sambil buat kerja ko pekikkan si anak suruh buat kerja sekolahlah, minta sidaikan bajulah, suruh solatlah. Eh, macam-macam tau.

Untuk Syawal kali ini, aku bersyukur kerana boleh beraya di tempat sendiri. Asbab aku bercuti panjang, aku boleh beraya di rumah sendiri. Aku boleh berada dekat dengan orang tua walaupun beberapa hari sebelum Syawal tiba, PM umumkan kita tak boleh beraya tapi aku bersyukur aku ada di sana.

Kebetulan sekolah pula PdPR, suami hantar anak-anak pulang. Jadi cuma suami saja yang perlu ulang-alik. Tiada pilihan. Masa tu, hanya itu saja jalan yang kami boleh buat. Duduk jauh lain pula cabarannya. Setelah berfikir-fikir, mengira apa yang patut, keputusan untuk Cuti Separuh Gaji diambil.

Tak nak fikir apa-apa waktu tu. Duit atau semualah sewaktu dengannya walau sesekali terfikir cukukah duit? Alhamdulillah, dua bulan masih menikmati kehidupan seperti biasa. Cukup makan cuma aku perlu menahan nafsu daripada membeli benda yang tidak sepatutnya.

Syawal disambut dengan sederhana saja. Cuma sofa-sofa yang datang itu aku beli sebelum aku bercuti. Wingchair dan sofa sampan aku sampai sedang elok nak raya. Dapatlah merasanya.

Inilah senyuman pagi raya. Hati berbunga-bunga di rumah sendiri kerana tahun lepas tak merasakan.

Kami empat-beranak saja di rumah. 

Kami berphotoshoot di belakang rumah.

Macam-macam gaya.

Tahun ini kami memilih tema hitam.

Sesi bermaaf-maafan.

Dengan budak ni dia banyak bermain. Dok tergelak-gelak.

Nana dan papa.

Giliran aku pula bersalaman dengan suami.

Kami empat beranak. Kenangan raya untuk tahun ini. 

Pejam celik sudah nak sampai ke penghujung Syawal. Raya tahun ini tidak terasa apa pun. Lebih sadis rasanya dari tahun lepas. Tahun lepas dapatlah juga kita jumpa saudara-mara. Tahun ini langsung tak boleh ke mana-mana. Semoga tahun depan kita dapatlah beraya. Rindu suasana itu.

Boleh layari blog aku lagi satu INI CERITERA AKU.

Salam pena,
Fyda Adim

Sunday, May 31, 2020

Satu Syawal Kami Di JB

Assalamualaikum.

Selamat berhari minggu. Hari ini aku kerja dari rumah. Pagi-pagi sudah melangut depan komputer sebab ada kerja yang bos suruh buat. Mujurlah kat rumah ada komputer. Kalau tidak macam mana nak bekerja dari rumah.

Sekejap saja sudah memasuki 8 Syawal 1441. Syawal yang paling ringkas sepanjang hidup dan syawal dalam sejarah kehidupan sendiri yang aku tak balik beraya dengan mak ayah. Sepanjang 37 tahun inilah pertama kalinya menyambut Syawal bukan di tempat sendiri.

Syawal pertama kami yang hanya disambut empat orang di bumi JB ini memang mengundang pelbagai rasa. Aku dan anak-anak yang tidak keruan. Suami aku dapat rasa juga dia tidak keruan tapi lelaki biasalah. Mana tunjuk.

Baiklah, dimulakan dengan cerita pagi raya. Macam biasa bangun dan bersiap. Mandi sunat dan solat subuh. Aku yang tidak pernah bersolat raya kali ini dapat bersolat raya. Ada hikmah juga untuk Syawal ini. Selalunya sibuk nak bersiap macam-macam benda.

Syawal kali ini lebih menenangkan sebab hanya perlu menyiapkan untuk diri sendiri dan keluarga saja. Selalunya pagi raya dah bersiap nak terkejar-kejar pergi rumah mak-mak mentua. Tahun ini hikmahnya begini walau hati sebak tidak dapat beraya di Melaka.

Kami di pagi raya.

Sesi bersalaman.

Ammar salam papa pula.

Macam biasa bergambarlah kami. Mujurlah beli bean bag adalah tempat nak dijadikan tempat bergambar. Di sebalik langsir tu baju suami tergantung.

Kami empat beranak.

Papa dan anak-anak.

Berswafoto kami.

Mama dan Dak Nana.


Mama dan Ammar.

Selesai bergambar dan merekod video untuk video raya, kami mulakan dengan sesi video call pula. Video call biras aku yang ada di rumah mak mentua.

Kami bervideo call dengan mak mentua pula.

Bergambar juga walau dari jauh.

Kemudian bervideo call dengan keluarga aku.

Ini pula sesi merekod video raya. Videonya sudah aku upload di Instagram dan laman muka buku.

Sambung lagi bervideo call dengan sepupu-sepapat aku dan anak-anak buah yang ada kat Melaka, Bangi dan Gombak. Walau jauh masih tetap terjalin. Biar jauh namun hati masih tetap bersatu.

Begitulah cerita Syawal kami yang serba ringkas. Alhamdulillah. Bersyukurlah kita walau Syawal disambut sebegini kita masih dapat menatap orang-orang yang kita sayang. Oh ya, gambar mak tak ada. Mak tak bersiap pun. Adik ipar cerita mak sedih. Dia kata tak raya tahun ni. Aku faham perasaan mak. Pertama kali aku tak balik. Berayalah mak dengan adik.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim