Thursday, May 31, 2018

Cuti Kuarantin

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Hari ini adalah hari kedua aku cuti kuarantin. Adriana dijangkiti chicken pox. Dugaan bulan Ramadhan. Isnin malamnya aku perasan badan dia sudah ada bintik-bintik merah. Cuak juga sebab dia baru sahaja demam. Saing dengan Ammar demam ahad tu. Alih-alih hari isnin sebelah malam tu dia kata badan dia ada biji-biji.

Aku tengok belakang badan Adriana dah penuh bintik-bintik merah. Dia sudah mula merengek kata gatal dan tergaru-garu. Mujurlah esok tu cuti wesak day. Aku cakap esoklah kita ke klinik. Malam tu mulalah aku tak lena tidur. Cepatlah siang kekdahnya.

Terasa lambat benar malam tu waktu berjalan. Risau menemani aku sepanjang malam itu. Biasalah, aku dan risau berpisah tiada. Cepat nak nervous. Sudahnya sendiri stres.

Aku keluar sebelah pagi menuju ke klinik depan taman perumahan. Dah biasa ke sana. Dekat pun satu hal jugak. Doktor sahkan Adriana chicken pox. Doktor keluarkan sijil cuti sakit dan surat pengesahan untuk aku cuti kuarantin jaga anak.

Balik dari klinik, terus cari air kelapa. Mujurlah jumpa.

Ini ubat makan. Nasib baik kali ini dia senang makan ubat.

Ubat sapu. Satu badan aku sapukan krim-krim ini. Dua hari memegang jawatan sebagai jururawat. Apaknya dok hantar whatapp. Memesan macam-macam.

Jangan bagi makan kicap. Nanti bertanda. Jangan kopek.

Begitulah lebih kurang pesanan penaja. Hahaha. Begitulah. Tahun lepas, sehari sebelum Ramadhan Ammar dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut. Ramadhan kali ini kakaknya pula chicken pox. Cerita Ammar ada di SINI. Kebetulan pula tarikh entri pun samalah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




1 comment:

Cik Rose said...

Moga diberi kesembuhan buat Adriana ....