Monday, May 21, 2018

Sukan Sekolah

Assalamualaikum.

Selamat pagi isnin.

Semoga tak ada yang 'monday blues' ya. Semoga kita bertenaga sepanjang hari melakukan tugas hakiki dan tugas harian walaupun kita berpuasa. Semoga apa yang kita lakukan dipermudahkan Allah swt. Entri pertama untuk hari ini aku nak titipkan kisah sukan sekolah anak-anak yang dibuat dalam bulan April hari itu.

Sukan sekolah tersebut diadakan pada hari Khamis sebelah petang. Dalam jam dua petang acaranya akan berlangsung. Aku amik halfday hari itu. Anak sulung masuk acara sukan jadi kenalah aku datang untuk tengok dia.

Awal-awal dia sudah pesan pada aku suruh datang ke sekolah. Aku keluar pejabat dalam 12.45 tengah hari. Kemudian balik rumah salin baju dan bersiaplah apa yang patut. Tidaklah aku nak berpanas-panasan di tengah padang dengan berbaju kurung.

Masa ini belum ramai ibubapa yang sampai. Dari jauh kelihatan khemah rumah-rumah sukan yang terdiri daripada rumah biru, hijau, kuning dan merah.

Kemudian acara perarakan masuk padang bermula.

Aku dah berdiri di tepi padang. Rasa macam buat latihan akhirat. Memang cuaca panas sangat masa ini.

Adriana yang berbaju merah dari kiri tu. Dia terpilih untuk acara larian. Ini untuk 100 meter kalau tak silap. Dia masuk 100 meter, 200 meter dengan 4x100meter. 

Itu dia dengan penuh semangat berlarinya. Aku dulu memang tak aktif sukan macam Adriana. Jadi dia bukan menurun daripada akulah. Masa ini suami belum sampai lagi dari Johor.

Setengah jam acara bermula, suami pun tiba.

Kemudian nampak Ammar pula. Katanya dia tak masuk acara. Rupanya dia ganti kawan dia. Dia yang berbaju kuning tu.

Itu dia berlari dengan penuh semangat.

Dalam pada khusyuk menengok anak-anak berlari, mata aku tertancap pada lelaki ini. Ini cikgu sekolah aku. Aku siap snap gambar dan hantar kat geng kawan sekolah tanya apa nama cikgu ni. Macam-macam versi yang keluar. Sulaimanlah, yang kata nama cikgu ni mula huruf M lah, yang tak ingat langsung pun ada. Rupanya nama cikgu ni Hashim. Huh.

Aku snap lagi gambar cikgu aku. Teruja tapi aku segan nak tegur. Haha. Jadi aku perati dari jauh. Cerita kat laki dia suruh tegur. Kalau tu boleh selfie dia kata. Sajalah tu.

Penyampaian hadiah. 

Sesungguhnya aku suka tengok anak aku. Tetiba. Sebab dulu aku tak merasa nak bersukan bagai. Tak minat satu hal. Tak terror pun satu hal. Bila lompat tinggi aku setakat lari dan tolak besi penghadang tu. Asal buat. Gitu. Terukkan.

Adriana dan gengnya.

Para pemenang bergambar dengan guru besar.

Masa ini guru besar kumpulan kuning juara keseluruhan. Kemudian umum olahragawan dan olahragawati. Ada hadiah perseorangan yang tak sempat habis bagi sebab masa dah suntuk jadi dia orang tangguh bagi masa perhimpunan. Begitulah kisah anak-anak aku di sekolah baharu mereka. Rasa mereka seronok dan aku pun turut seronok. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: