Selamat petang semua.
Sudah fikirkan mahu masak menu apa untuk juadah berbuka puasa nanti. Bulan puasa ini, mak-mak paling sibuk. Memikirkan menu-menu untuk berbuka. Rajin tengok resipi-resipi. Tak cukup buku resipi kat rumah. Khidmat pakcik google pun digunakan. Yelah, lain orang lain caranya. Air tangan masing-masing mana nak sama.
Samalah macam aku. Masa bulan puasa paling sibuk. Tiba-tiba terasa banyak sangat benda nak kena buat. Tapi kenapa masih ada ruang untuk kita berterawih dan mengaji. Ajaib kan. Penat tu memang penat. Tambah lagi mak-mak yang bekerja kemudian balik sambung buat kerja kat rumah.
Tapi percayalah. Aura bulan Ramadhan lain sangat. Tak tahulah kalau perasaan ini aku seorang saja yang rasa. Baiklah, tak mahu bebel panjang-panjang. Mukadimah aku kalau tak panjang berjela memang tak sah.
Aku nak kongsikan resipi nasi tomato. Resipi aku ringkas-ringkas aje. Main campak-campak aje pastu siap. Begitulah.
Bahan-bahan :
Bahan A
2 cawan beras (aku guna beras basmathi)
1/2 cawan susu cair
Setin tomato puri
2 sudu makan minyak sapi
Sedikit minyak masak
2 1/2 cawan air (ikut sukatan beras dan bergantung pada beras)
Kacang peas
Kiub ayam
Garam
Bahan B - Bahan Menumis
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji bawang merah - dihiris
1 inci halia
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara Memasak :
1) Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumis. Kemudian masukkan 3 sudu tomato puri dan biarkan seketika. Kemudian letak sedikit garam.
2) Beras yang sudah dibasuh masak seperti biasa di dalam periuk nasi. Sukat air dengan betul.
3) Kemudian bahan tumis itu dimasukkan ke dalam periuk nasi. Gaulkan sebati. Masukkan susu cair (ikut berapa banyak beras) dan kiub ayam. Biarkan sehingga nasi masak.
4) Bila sudah masak barulah ditaburkan kacang peas.
Itu sahaja resepi ringkas aku dalam memasak nasi tomato. Lain orang lain caranya. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
3 comments:
Nasi tomato memang kegemaran Ros. Tapi tak pernah buat. Adik lelaki Ros pula yang pandai bab masak, sampai boleh berniaga. Turun mak, pandai masak. :)
boleh copy resepi ni mkn dgn family hujung mggu ni ni
Tq for sharing.
Nanti next week mcm nak buat.
Boring dah nasi putih.
Tiap ati masak, abis dah idea ha ha ha
Post a Comment