Sunday, August 25, 2019

Kembara Ke Kota Singa

Assalamualaikum.

Tiga bulan merantau di Johor Bahru membawa kami empat beranak ke Kota Singa. Alang-alang sudah tinggal berdekatan, hari-hari dari bangunan tempat kerja aku boleh nampak Tambak Johor jadi memang ke Kota Singa adalah salah satu plan kami. Tanggal 13 Julai 2019, kami empat beranak pun menjejak Kota Singa. Pergi balik hari saja. Maklumlah dekat kan.

Selalunya dari tingkat 18, sewaktu menumpang solat di bilik PA, aku akan meninjau ke seberang sana. - Nanti bila rajin aku letakkan gambar permandangan dari bangunan pejabat aku kerja - tingkat 18.

Memang ikut perancangan nak ke Kota Singa selepas Syawal. Jadi memang ikut plan. Seminggu habis Syawal kami pun ke sana. Kebetulan masing-masing ada passport buat masa nak ke Krabi tahun lepas. Sayang kalau tak digunakan. Sudahlah nak buat passport tu payah. Akulah yang payah. Dia orang tak payah pun. Cap jari aku tak boleh dibaca. Aku kena ke JPN dulu. Rupanya ada masalah pada kad pengenalan. Sebenarnya jari aku ni memang ada masalah kalau nak scan. Jenuhlah. Macam orang asing jadinya.

Kami ke Singapore menaiki bas dari JB Sentral.

Beginilah keadaannya semasa menaiki bas dari JB Sentral. Sudahlah masa kat boarder tu ada kejadian juga. Aku juga yang bermasalahnya. Huh!

Waktu ni kami dah sampai Singapura.

Macam biasalah. Bila ke tempat orang segala papan tanda menjadi rujukan dan semua pun aku ambil gambarnya.


Kami menaiki bas.


Kemudian naik tren.

Gaya backpackers.

Apak tukang melihat map. Dia serupa tourist guide sebab apaknya sudah ke Singapura dulu dengan kawannya sebelum kami tiba di JB.

Tempat ni aku dah tak tahu kat mana. Aku dah lost masa dah jalan jauh-jauh sebab kaki aku dah sakit. Turun naik tren pastu berjalan ke Pulau Sentosa sejauh alam.

Setiap kali nak naik tren kami akan lihat papan tanda ni. Itu pun ada yang tersalah naik.

Masa ni nak berjalan ke Pulau Sentosa. Dulu masa sekolah rendah pernah sampai dengan mak ayah. Masa tu Pulau Sentosa baru aje siap.

Nampak tak Nana dia di mana-mana pun nak bergambar. Perangai siapalah dia menurun. Mak dia dah tua-tua ni agak malas bergambar.

Kalau adik memang payah sikit kalau ajak bergambar.

Cak!

Mama dan Nana.

Tibalah di Pulau Sentosa.






Kami bergambar di luar Universal Studio. Tak masuk pun.

Apak kalau amik gambar omak memanglah tak bersedia omaknya.

Suka tengok gambar ni. Macam biasa bila suruh bergaya tu omaklah photoGnya.






Kemudian kami ke Marina Bay.

Masa ni dalam shopping complex.














Waktu ni mahu ke Harbour Front.


Apaknya mengambil gambar omaknya.

Waktu ni kami nak ke Mustafa Centre.

Sebelum tu tempat terakhir kami singgah di Mustafa Centre. Tak membeli pun. Cuma window shopping saja. Aku pun tak tahu nak beli apa.

Waktu ni menunggu apaknya membeli air di Starbucks.

Kami hanya beli Starbuck saja.

Nak naik bas ada nombornya untuk balik ke JB Sentral.

Sepasang kaki mak dan anak.

Wkatu ni menunggu bas di Woodlands.

Waktu ni kami sudah menaiki bas. Tak sabar nak balik Malaysia sebab waktu ni masing-masing dah kelaparan tahap kebuluran.


Kami tiba di JB Sentral dalam pukul 9.00 malam.

Makan malam nasi ayam penyet. Sedap sekali.

Sampai Malaysia terus cari makanan sebab kat Singapore kami tidak singgah makan pun. Hanya makan roti yang dibawa dari Malaysia. Begitu kaedah berjalan yang menjimatkan. Sehari berjalan ke Singapura begitu memenatkan.

Kaki aku sampai sakit sebab pakai kasut. Masuk saja kereta terus tanggalkan kasut sebab nak bagi udara. Aku macam terasa kaki aku kurang udara seharian memakainya. Hahaha.

Kota Singa akan kami jejak lagi sebab hari itu baru cuba-cuba. Ada lagi tempat yang kami tidak sempat sampai. Satunya sebab aku sudah surrender untuk berjalan jauh-jauh. Memang kejang kaki aku. Seminggu pun tak hilang sakit. Itulah sudah selalu manja sangat. Naik kereta. Jadi bila jalan jauh-jauh tu semuanya pun sakit.

Sehingga berjumpa lagi Singapura!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Memerlukan perkhidmatan menulis, bolehlah menghubungi nombot yang tertera.
#Ghostwriter
#PenulisUpahan