Monday, January 28, 2013

~Keratan Kalendar Kuda~

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan semoga semuanya selamat hendaknya.  Bila sudah mula menaip di sini, akan ada entry selepas-selepasnya.  Percayalah!Menulis biarlah dari hati.  Jika tidak sepenuh hati, maka tidak bermaknalah sesuatu perkara.

Ok, apa aku merepek dan merapu ini?Entry kedua hari ini.  Datang rajin macam nielah.  tapi entry nie aku taip malam tadi yea.  Hendaklah aku katakan aku bukan menaip ketika waktu pejabat.  Ini adalah entry scheduled!

Ok, berapa kali ok?Berbalik kepada tajuk di atas adalah mengenai keratan kalendar kuda.  Tahu kan apa itu kalendar kuda?Aku simpan keratan kalendar kuda untuk tahun 2008 bagi bulan januari dan juga 2011 bagi bulan februari.  Sebab apa?

Sebabnya itu adalah hari lahir anak-anak aku.  Yang sebab utama kat situ ada tercatat bulan Islamnya sekali.  Jadi aku boleh ingat tarikh lahir adriana dan ammar dalam bulan Islam.  Mengikut kalendar Islam, Adriana lahir pada 11 Muharam 1429 manakala Ammar pula lahir pada 18 Rabiulawwal 1432.  Itulah sebabnya.

Sebenarnya, Kak Nisah yang ajar aku simpan kalendar kuda nie.  Itu yang aku simpan dan mungkin akan dipraktikkan untuk anak no 3, 4..Wah ada lagi erk?Heee..No komen..Ada rezeki aku terima.

Keratan kalendar kuda yang aku simpan.  Tahun 2008 dan 2011.

Ini untuk adriana.

Dan ini adalah untuk ammar.

Ada sesiapa tak yang simpan seperti ini?Pada sesiapa sahaja bolehlah dipraktikkan cara ini untuk rujukan kita nanti.  Aku simpan keratan kalendar kuda ini bersama-sama surat kelahiran mereka.  Aku pun tak tahu tarikh lahir untuk bulan Islam.  Tapi mak long aku ada tulis kat buku semua tarikh lahir kita orang dalam bulan Islam.  Sekian sahaja.  Entry ini sekadar untuk berkongsi. 





                                                                                                                       

~Cash Out Nuffnang~

Assalamualaikum...

Selamat pagi isnin.  Semalam dan kelmarin tanpa sebarang entry.  Mood malas menguasai diri.  On pc tapi lepas tue tak tahu nak buat apa.  Blur secara tiba-tiba.  Mungkin sebab aku sedang fokus terhadap sesuatu perkara.  Semoga dipermudahkanNya.

Pagi nie aku nak share tentang nuffnang.  Alhamdulillah, aku telah selamat cash out duit dari akaun nuffnang sebanyak RM111.50.  Inilah amaun yang paling banyak sepanjang aku berblogging nie.  Syukur alhamdulillah.  At least ada juga hasilnya daripada menulis di blog ini walaupun sebenarnya fokus utama bukan untuk duit.  Iye ke??Itu hanya sampingan.  Ada rezeki adalah. 

So, apa nak buat dengan duit itu?Mungkin beli something untuk kenangan diri sendiri.  Kalau beli tudung pun ok.  Mahu dapat beberapa helai memandangkan tudung aku murah-murah aje.  Nanti aku fikir-fikirkan.

Sekian dulu untuk entry pagi ini.  Hari ini ada meeting staff.  Mesti boring dengan pelbagai isu.  Dengarkan jealah.  Sob sob sob..







                                                                                                                   

Friday, January 25, 2013

~Seminar "Halal Satu Tuntutan"~

Assalamualaikum...

Barulah sempat nak update blog.  Sebenarnya malas nak update.  Pagi tadi dah bukak nak taip satu entry tapi aku tutup balik.  Tiba-tiba blank tak tahu nak tulis apa.  Lunch tadi keluar pegi pejabat pos sebab ada perkara yang perlu diselesaikan di sana.  Then ke mydin beli nasi ayam dan balik opis.  Sebelum pukul 2 tadi dah terpacak kat opis.

Dah tak tahu nak buat apa, belek-belek kamera dan baru teringat gambar-gambar hari rabu.  Aku menghadiri suatu seminar di Majsid Al-Azim bersama Kak Nisah dan Kak Mimah.  Program bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.  Kematu punggung duduk sahaja sepanjang hari.  Mengantuk usah diceritakan tapi nasiblah ustaz yang berikan ceramah pandai berlawak jenaka.  Hilang jugak kemengantukan yang menguasai diri.

Hari tue aku bawak beg besar sikit daripada selalu.  Sebabnya nak isi pelbagai kudapan.  Yang penting coklat.  Heee..Asal menguap jea mesti korek dalam beg.  Seminar ini bagus juga sebab merungkai isu halal dan gejala sosial.  Ini sempenan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka.

Jom tengok beberapa keping gambar.

Awal lagi aku sudah sampai.  Senang sikit nak cari parking.  Al-maklum pemandu yang tak berapa mahir.  Lambat sampai kang terkial-kial nak cari parking pula.

Sementara tunggu Kak Nisah makan dulu bekalan yang ada di dalam beg.  Lapar tak payah cakap.

Sedang mendengar ceramah yang di sampaikan.  Sampai-sampai selepas sesi pendaftaran disuruh sarapan pagi dulu.  Nasiblah kalau tak kebulur.  Kemudian pembentangan pertama mengenai kepentingan halal dalam kehidupan dan hak-hak pengguna yang disampaikan oleh Us. Mohd Amri bin Abdullah dari Jakim.  Dia adalah seorang panel Rancangan Tanyalah Ustaz TV9.  tak boring ceramah yang disampaikan oleh beliau.  Menguap pun kurang sebab pandai diselitkan lawak.

Masa nie aku tak ingat pasal apa.  Tapi lepas pembentangan pertama, seterusnya pembentangan kedua mengenai makanan selamat tanggungjawab semua dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Suasana di dalam Auditorium Masjid Al-Azim.

Majlis Perasmian & Pelancaran Sistem e-Jenayat.  Kemudian berhenti untuk makan tengahari dan solat zuhur.  Selepas itu, pembentangan keempat daripada Ustaz Fauzi Mustafa mengenai Penyelesaian Gejala Sosial.

Akhir sekali mini forum bertajuk gejala sosial : cegah sebelum parah dan ahli panelnya terdiri daripada PDRM dan Ustaz Mohd Izhar Ariff yang juga panel Tanyalah Ustaz TV9.  Selesai dalam jam 5 petang kemudian penyerahan sijil dan bersurai.

Itulah kisah sepanjang seharian di seminar "Halal Satu Tuntutan" yang banyak memberi pengetahuan kepada kita tentang isu halal ini.





                                                                                                                     


Thursday, January 24, 2013

~Salam Maulidur Rasul~

Assalamualaikum..

Hari ini dimulakan dengan entry sempena menyambut maulidur rasul pada hari ini.  Semalam tanpa entry kerana seharian berada di SEMINAR "HALAL SATU TUNTUTAN" serta PELANCARAN KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH SYARIAH & SISTEM E-JENAYAT PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2013M/1434H di Masjid Al-Azim, Melaka.

Salam maulidur rasul buat semua.  Rasul adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolok tandingannya.  Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya.

Sekian entry pendek untuk pagi ini. 







                                                                                                                  

Tuesday, January 22, 2013

~Need A Shoulder To Cry On~











                                                                                                                 

~What A Colourful Day~

Hope so..^___^

Assalamualaikum...

Tetiba blank tak tahu nak tulis apa pagi nie.  Hari ini ceria sedikit sebab esok.  Heee.  Dan esok mesti ceria banyak.  Siapa tahu sebab apa?sesiapa yang menunggu hari esok seperti aku mesti tahu apa sebabnya.  Mata aku nie bila pagi-pagi mengantuk jea sebab malam aku susah nak lelap.  Pasal apa erk?Padahal memang penat sangat tapi tak mahu tidur.  Malam tadi dah terlelap masa nak tidurkan anak-anak, lepas tue terjaga dalam 11 lebih terus tak boleh nak sampai pukul 2 pagi.  Terkebil-kebil aku sorang-sorang, kalih kanan tak kena, kalih ke kiri pun tak kena.  Tak tahulah jam berapa aku lelap sedar-sedar dah pukul 6 pagi.

Harapan hari ini dan untuk hari-hari yang mendatang supaya hidup ini sentiasa ceria di samping orang tersayang.  Setiap apa yang berlaku pada diri ini pasti ada hikmahnya.  Semoga apa yang berlaku lebih mematangkan diri ini.  Tidak semestinya apa yang selalu kita inginkan akan tercapai.  Mungkin akan ada yang lebih baik daripada apa yang kita impikan.  Sekian...






                                                                                                                      

Monday, January 21, 2013

~Celebrate Besday For Adriana~

Assalamualaikum...

Selamat petang.  Dah lunch?Korang lunch apa?Aku makan nasi berlaukkan sambal kupang dan tempoyak.  Yummy.  Delicious!!  Oklah nak cerita kisah semalam lagi.  Buat sedikit makan-makan  untuk besday adriana.  Tapi kali nie tak panggil sesiapa just adik aku dan mak ayah aku.  Aku tak larat nak panggil sesiapa.  Tak larat nak masak-masak bagai.  

Semalam pun aku just bake kek untuk adriana dan sempat buat pavlova.  Sambil aku nak hias pavlova adriana dengan ammar dah hentam dulu anggur-anggur aku.  Sudahnya yang pavlova last hias dengan buah strawberry.  Huih.  Anak oh anak.  Tak apa mama tak kisah pun.  Janji makan yea.

Oklah, jom tengok gambar untuk semalam.

Macam biasa kek mesti ada.

Selain kek, aku sempat buat mini pavlova.  Aku buat mini pavlova sebab senang sekali ngap jea.  Heeee.

Kemudiannya makanan ready made adalah tapau KFC.

Ini jealah makanan yang ada.

Birthday girl nak potong kek.  Apalah yang ammar tercengang tue.  Tunggu bulan depan besday ammar  yea.

Apa yang masing-masing tengok tue.  Dah lupa kejadian ini.  Ammar tue masih tak berganjak tue.  Statik jea.  Teruja ke dik tengok kek mama?Bhahaha..

Ammar qayyum yang minat terhadap makanan.  Heeee.  Tak tentu arah tengok makanan.

Eh, ada anak kecik ke?Heehe..Inilah anak buah aku Nayli Firzanah.  Rasanya nie 1st time kami bergambar berdua.  Budak nie kalau nampak aku semedangnya nak melarikan diri.  Obek tak garang ok.  Asal takut???Ini sudah ok bak kata orang jinak-jinak merpati.  Mak dia selalu kata macam tue.  Ok, mak budak nie sudah ada blog.  Sila terjah!!!Ini blog adik ipar aku.  Itu sahaja entry untuk petang ini.  Bersambung lagi loceng punch card sudah berbunyi..Dengar tak??

Love, AA
Publish!!







                                                                                                                   


~Kek Princess Buatan Mama Untuk Adriana~

Assalamualaikum...

Bertemu lagi untuk entry yang ketiga hari ini.  Jangan boring yea pada yang singgah di sini.  Di harap dapatlah meneruskan membaca di blog ini.  Kalau tak suka tak apa.  Tak ada paksaan.  Heee..Nak cerita pasal semalam.  Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran anakanda aku, adriana. 

Tidak ada apa pun untuk semalam.  Cuma sambutan kecil-kecilan antara kami adik-beradik.  Aku just buatkan adriana kek princess untuknya.  Dok sebut-sebut nak kek princess makanya mamanya dengan gigih membuat kek untuknya.  Korang jangan gelak tengok kek aku nie.  Ini kek huru-hara namanya.  Horror jugak semalam membakar sambil menjaga anak-anak.  Asben balik keje malam biasalah.  Tapi nasiblah semuanya terkawal. 

Marilah kita tengok gambar kek princess buatan aku khas untuk anak aku.  Nana happy, mama pun happy.  Itu jea yang mampu mama lakukan.

Tadaaa...Inilah first trial aku membuatnya.  Dah lama aku beli kelengkapannya cuma belum pernah mencubanya.

Seriuosly, aku tak ada idea nak mendeko kek ini.  Dan inilah hasilnya.

Hasil daripada hentam keromo yang aku buat.  Perlu dibaiki untuk masa akan datang.  Maklumlah aku tak ke kelas, belajar sendiri-sendiri jea.

Kek daripada pandangan sisi.  Alhamdulillah walaupun tidak secantik kedai, aku puas hati sebab aku dapat membuatkan untuk anak aku dan dapat menggembirakannya.  Itu sahaja daripada mama buat adriana sayang.  Sekian..

Nota kaki>>>Bulan depan besday ammar, bulan 3 pula besday nayli.  Berturut-turut besday cucu-cucu mak ayah aku.  Kalau sempat bolehlah aku buatkan kek untuk anakanda berdua.







                                                                                                                    

~Makan Sambil Memandu~

Assalamualaikum...

Hai everybody!!!Bukan busybody yea.  Heeee.  Tajuk kat atas gempak jea.  Terror bebenor kan bunyinya.  Kang ada pulak orang yang curious aku drive macam gitu.  Drive sebelah tangan ke gamaknya.  Aku pemandu amatur manalah terror sampai nak drive sebelah tangan.  Ada dua tangan gunakanlah.  Heeee.

Oklah, pendekkan cerita lately nie memang perut aku semedangnya nak lapar.  Kadang sampai tahap gigil badan.  Kurang apakah itu?Aku lagi nak berdiet perut nie nak lapar jea.  Memang dalam handbeg aku disediakan pelbagai kudapan.  Coklatlah, biskutlah dan segala jenis makanan yang boleh dimasukkan dalam handbeg aku yang sudah nyawa-nyawa ikan minta diganti.  Tunggu gaji yea.

Jeng jeng...Inilah salah satu kudapan yang ada dalam handbeg aku.  Biskut spirulina yang dibeli di Elken.  Setakat alas perut tue bolehlah.  Pagi-pagi hantar my kids pegi rumah mak memang biskut nie aku makan sambil memandu.  Tapi tidaklah masa memandu tue aku terkial-kial pegang biskut nie.  Time berhenti kat lampu merah aku makanler.  Gitulah kekdahnya.  Gila apa aku nak buat macam tue masa drive.  Amatur lagi.  Selalu fokus ketika memandu tak boleh ada gangguan.  Heeee...

Itulah ceritanya.  Kalau korang nak rasa kesedapan biskut ini bolehlah dapatkan ia dia kedai Elken.  Ada dijual di situ.  Sekian terima kasih.  Pesanan penaja yang tidak berbayar yea.  Peace yo!!








                                                                                                                    

~Isnin Datang Lagi~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Bertemu lagi kita di hari isnin hari pertama untuk setiap minggu.  Hari ini mencuba mencari kekuatan untuk melaksanakan segala kerja-kerja yang tertangguh.  Semoga aku dapat melaksanakannya dengan sebaik mungkin.  Tolak ketepi untuk semua perkara yang tidak berfaedah dan cuba pekakkan telinga untuk perkara-perkara yang tidak elok untuk didengar.

Itu sahaja untuk pagi ini.  Motivasi untuk diri sendiri apa sahaja pekerjaan yang dilakukan di kira sebagai ibadah.  Oleh itu marilah kita melakukan kerja-kerja di opis ini dengan hati yang terbuka.  Selamat menjalani hari isnin dan semoga apa yang kita lakukan mendapat manfaat dan keberkatan dalam hidup kita.  In sha allah..








                                                                                                                    

Sunday, January 20, 2013

~Selamat Hari Lahir Buat Nur Adriana Qistina Yang Ke 5 Tahun~

Assalamualaikum...

Entry ini publish tepat jam 12.45 tengahari dan waktu ini genaplah usia anak aku, Nur Adriana Qistina 5 tahun.  Tarikh 20 Januari 2008 dan tepat jam 12.45 tengahari, adriana telah dilahirkan dengan kaedah vacuum di Hospital Besar Melaka.  Bila tiba saat hari lahir anak, secara tidak langusng akan teringat detik-detik melahirkan mereka.  Saat yang tidak dapat melupakan ketika melahirkan adriana.  Sesiapa pun mungkin akan merasai seperti aku kan?

Hari ini, adriana telah melangkah ke usia 5 tahun.  Mama ucapkan selamat hari lahir buat anak mama.  Semoga adriana sentiasa menjadi anak yang solehah, mendengar kata mama dan papa, serta menjadi seorang anak yang cerdik, bijak dan akan menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti.  Amin..amin..amin..Itulah doa mama yang sentiasa mengiringi adriana.

Jom tengok gambar adriana yang agak terbaru masa kita orang berjalan-jalan minggu lepas di zoo melaka dan banda hilir.  Layankan saja gambar-gambarnya.








Inilah gambar-gambar terbaru adriana.  Hari ini adalah makan-makan sikit kat rumah untuk besday adriana.  Semoga adriana gembira dengan apa yang mama dan papa buat.  Sekian..







                                                                                                                     


~Santai Petang~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Pagi-pagi lagi sudah ada entry yea.  Tulis malam tadi sebab mata tak mahu lelap sementara menunggu sesuatu masak di dapur.  Maka haruslah update blog.  Nak cerita kisah petang jumaat.  Program yang tidak dirancang oleh kami.

Jumaat lepas, adriana tak sekolah sebab dari malam tue dah rasa panas badannya.  Pagi tue rasa lagi panas.  Kejutkan dia dah start merengek.  Nasiblah papanya keje sebelah petang.  Bolehlah handle kejap sebab mama kena pi kerja.  Kalau nana tak ok aku nak half day jea.  Terpaksa ke kerja sebab seboleh-bolehnya nak jaga cuti.

Tengahari tue asben kata nana dah ok.  Alhamdulillah.  Lega hati mama.  Balik kerja terus pegi rumah mak sebab anak-anak aku kat rumah mak.  Kebetulan ada ajak adik ipar lepak rumah aku malam tue.  Mak aku pulak ajak pegi bank.  Aku ajak sekali mak aku ikut balik rumah dan akhirnya sebelum balik kami singgah di Jusco lama untuk makan sebab mak aku nak makan wan tan mee.

 Ammar kena duduk dalam troli.

Nayli yang sudah boleh berjalan.  Tak lama lagi lajulah dia jalan.

Sedang menunggu nenek.  Ammar bergambar dulu.

Nenek tukar kad member aeon.  Dah expired.

Settle tukar kad kami pegi makan.  Makanan telah pun diorder.

Yummy.  Wan tan mee.  Mira mokhtar, sila jangan jeles.  Hikhikhik..Nanti kita pi makan yea.  Buat masa nie boleh layan gambar jea dulu.

Sup yang kami tambah.

Nayli, tengok obek.  Kalau tengok obek serius jea muka budak nie.

Ammar yang sibuk nak pegi kat playground.

Dan ini kad aeon member aku.  Dah tukar yea so bolehlah kita berbelanja.  Lepas makan kita orang terus balik sebab nak kejarkan tengok maharaja lawak.  Kalau masuk shopping mall memang makan masa.  Nasiblah bukan time gaji kalau tak memang memborong jea kerjaannya.  Oklah sekian dulu.  Oh hari ini adalah hari istimewa buat anak aku, adriana.  Tunggu next entry yea..