Showing posts with label eBook Competition 2013. Show all posts
Showing posts with label eBook Competition 2013. Show all posts

Monday, June 10, 2013

~Mini Ipad Gadget Baruku~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Dah lunch?Mestilah sudahkan.  Aku pun selesai lunch di Mydin tadi.  Makan nasi ayam bersama Myra Mokhtar.  Keluar tengahari ni pun sebab nak ke bank.  Kenyang sekali perutku ini.  Hari ni semuanya berjalan dengan lancar.  Setakat inilah.  Jangan menjelang petang ada yang tak lancar pula.

Berbalik kepada tajuk di atas, aku nak share ye bukan nak show off tentang gadget baru aku ni.  Aku bukan beli pun mini ipad ni.  Ini adalah hadiah kemenangan aku daripada ebook competition 2013 yang aku sertai bulan Mac yang lepas.  Alhamdulillah, rezeki buat aku menjelang hari lahirku yang lepas.  Ini hadiah untuk diri sendiri.

Ada orang yang bertanya samada aku mahu menjualnya ataupun tidak.  Jawapannya TIDAK.  Setakat ni memang tak terlintas nak jual.  Aku sayang nak jual sebab ini hadiah kemenangan aku dalam penulisan.  Penat berhempas pulas siang malam memikirkan idea untuk menulis.  Inilah hasilnya yang buat aku mampu tersenyum sendiri.

Mungkin ini juga salah satu pembakar semangat buat aku untuk terus dalam dunia penulisan.  Walaupun aku hanya penulis blog sendiri.  Aku tetap suka!!!Nak tengok mini ipad aku?

Tadaaa...Inilah rupanya.  Masa ni masih di dalam kotak.



Inilah rupa sebenarnya.  Asben aku yang susun rupa ini.  Kenangan buat aku sebab menang.
Ipad aku telah punya sarung.  Asben yang belikan.  Kira hadiah hari jadilah. :D
Ipad ini sudah mula digunakan!!!Selamat beripad!!Hehehe






                                                                                                                    

Thursday, June 6, 2013

~Sahabat Pena~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Kejap dah hari khamis kan.  Esok sudah jumaat.  Lepas tu kejap je dah buka sekolah.  Bermulalah kembali rutin harian seperti biasa.  Bangunkan adriana, keluar awal dari rumah, hantar adriana ke sekolah bla..bla..bla..

Entri pagi ni aku nak ceritakan mengenai sahabat pena.  Sahabat pena yang dijalinkan hanya di facebook.  Berjumpa dari memasuki pertandingan ebook dan seterusnya menjadi sahabat atau kenalan.  Ada di antara sahabat pena ini yang dijadikan kawan 'chatting' di facebook.  Berkongsi cerita dan bertanyakan pendapat mengenai minat yang sama.

Nasiblah sahabat pena ini ada yang tidak kedekut ilmu langsung untuk berkongsi segala info tentang minat yang sama.  Ada yang sudi memberi tunjuk ajar serta pendapat.  Apa yang penting kata-kata semangat daripada sahabat pena ini yang membakar semangat untuk meneruskan minat ini.  Harap-harap dipermudahkan segalanya. 







                                                                                                                     

Wednesday, May 29, 2013

~Invited To A Winner's Ceremony~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua!!!Salam hari rabu.  Semoga hari-hari yang kita lalui baik-baik saja.  Itu yang selalu diharapkan.  InshaAllah.  Mudah-mudahan sentiasa diberi keberkatan dalam menempuh hari-hari mendatang.

Isnin lepas, aku dapat kiriman email daripada organizer Ebook Competition.  Emailnya berbunyi seperti yang tertera di dalam gambar.  Aku dah print screenkan email yang dikirimkan pada aku.

Jemputan menghadiri ke majlis yang dianjurkan oleh mereka.  Esok adalah harinya dan aku akan menghadiri majlis tersebut bersama sahabat aku Mira Mokhtar sambil ditemani oleh SIL.  Dia memang patut ada.  Terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong dan memberi ruang kepada kami.  Dan tidak lupa juga kepada semua yang sentiasa memberi kata-kata positif kepada aku.  Nantikan entri mengenai majlis itu pula ye.

Sekian...







                                                                                                                     

Monday, May 20, 2013

~Saya Menang Ipad Dari Ebook Competition~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua.  Hari isnin yang tenang.  Tenang buat diriku untuk melakukan kerja-kerja.  Alhamdulillah.  Entri ini aku tulis untuk aku kongsikan tentang kegembiraan aku jumaat lepas.  Rezeki di hari jumaat buat aku.  Kegembiraan berganda apabila Mira Mokhtar juga turut menang. Kami sama-sama menulis hingga ke penamat.  Kali kedua aku menang Ipad.  Yang pertama aku dapat dari Dutch Lady tahun lepas.  Syukur sangat-sangat.  Rezeki anak-anak.

Masih ingat lagi tentang ebook yang aku tulis bertajuk Dia, Pilihan Hatiku?Aku ada mintak korang download ebook tersebut.  Dan keputusannya telah diumumkan jumaat lepas setelah sekian lama aku menanti keputusannya.  Mood berdebar-debar, risau.  Pelbagai perasaan menyelubungi diri ini.

Pada sesiapa yang sudah dan berkesempatan untuk download ebook aku tu, ribuan terima kasih aku ucapakan pada kalian.  Jika ada kekurangan terhadap cerita itu, harap dimaafkan kerana aku bukanlah seorang penulis profesional.  Aku menulis berdasarkan apa yang aku rasa.  Banyak lagi yang aku perlu belajar.

Inilah hadiah yang ditawarkan untuk 5 orang pemenang.

Alhamdulillah.  Nama aku tersenarai juga di kalangan 5 orang itu.  Walaupun tidak mendapat tempat pertama sekurang-kurang ada juga yang aku perolehi sebagai dorongan aku pada masa akan datang.  InshaAllah semoga dipermudahkan dengan apa yang aku cuba lakukan.

Sekali lagi terima kasih kepada semua.  Terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.  Sayang korang!!!Tidak dilupakan juga kepada suami yang menyokong aku dan juga anak-anak.

Sekian dulu entri tengahari ini.






                                                                                                     

Friday, April 26, 2013

~Berakhirlah Sudah Pertandingan eBuku 2013~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Aku tak ke mana hanya duduk di opis dan sedang menikmati sebungkus nasi lemak sambil menail entri ini. Seperti yang sudah sedia maklum, tengahmalam tadi berakhirlah Pertandingan eBuku. Berakhirlah sesi berkempen aku untuk meminta kawan-kawan download hasil aku di e-sentral. Maka, berakhirlah segala-galanya.

Dan sekarang hanya menanti keputusan bagi pertandingan ini. Menanti dengan penuh debaran. Aku tidak suka menanti kerana penantian itu satu penyeksaan. Aku bukanlah jenis orang penyabar. Kena belajar untuk menjadi seorang yang penyabar. Yakin boleh!!

Sesi berkempen yang mengambil masa selama sebulan. Tak habis-habis berkempen memohon jasa baik kawan-kawan untuk download karya aku. Pada sesiapa yang sudah berbuat demikian, hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat aku ucapkan. Doakan aku berjaya. Cewahhh, macam nak ke mana je. Pada yang tak download tu tak mengapa. Aku faham mungkin korang tak sempat.

Pengumuman penting!

Hari ini adalah hari terakhir untuk muat turun PERCUMA semua ebuku yang dipertandingkan (25 April 2013, sehingga 11.59pm).

Pemenang akan diumumkan pada bulan May nanti berdasarkan jumlah muat turun di Maxis Ebuuk dan eSentral.


Aku copy paste dari FB eBook Competition. Pemenang akan diketahui pada bulan Mei nanti. Sama-samalah kita nantikan keputusan. Doakan untuk aku dan juga Mira Mokhtar ye. :D







                                                                                                                       

Wednesday, April 24, 2013

~Sedutan Novel Dia, Pilihan Hatiku~

Assalamualaikum..

Selamat tengahari. Korang dah lunch?Alhamdulillah, aku sudah selesai menikmati hidangan untuk tengahari ni. Turun awal jam 12.30 tengahari ke cafe kerana kelaparan. Mata mengantuk bagai digam-gam gara-gara makan ubat batuk. Mengantuk yang teramat sangat.

So, untuk menghilangkan mengantuk marilah mengupdate blog. Menulis sesuatu di sini buat tatapan semua terutamanya pada kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku.

Aku sajikan dengan sedutan daripada novel Dia, Pilihan Hatiku yang sedang dalam Pertandingan Ebuku 2013. Kepada sesiapa yang masih belum lagi download novel ini, diharap dapatlah melakukan sedemikian. Bantuan korang amat diperlukan dan sangat dihargai.

Inilah antara sedutan yang aku print screen. Jika terdapat kekurangan silalah bagi teguran dan komen yang membina yang boleh aku ambil sebagai pengajaran. Sekian dulu entri untuk tengahari ini.







                                                                                                            

Friday, April 19, 2013

~Pertandingan Ebuku 2013 Dah Nak Berakhir~

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku kembali untuk menulis entri. Waktu lunch tidak ke mana jadi masa yang diperuntukkan selama 2 jam ni aku habiskan di depan pc ni untuk update blog. Kalau tengok pada tajuk aku untuk entri kali ni masih lagi berkisarkan mengenai pertandingan ebuku 2013.

Memandangkan sudah mahu sampai ke penghujung yang tinggal lebih kurang 6 hari lagi untuk aku mempromosikan tentang novel yang aku tulis. Segan pulak nak kata novel. Heeee...Hari terakhir untuk download adalah 25 April 2013.

So, inilah antara list untuk top ten setakat 18 April lepas. Aku just print screen dari FB Ebook Competition 2013. Terselit sedikit perasaan gembira di dalam hati. Tapi biarlah ia akan berkekalan hingga ke penghujung.


Carta top ten setakat semalam. Macam carta lagu pulak. Aku dan mira mokhtar panggil Carta Hati. Heee. Kawan aku dah happy sikit bila karyanya sudah berada di no 5. Doakanlah kami ye kawan-kawan.

Pada sesiapa yang masih belum download, sudi-sudikanlah untuk download ebook aku ye. Cara-cara untuk download ada di SINI. Aku memerlukan bantuan daripada kamu semua untuk terus kekal dalam carta hati itu. Kalau korang tak nak baca pun tak apa, cukuplah sekadar menyokong aku. :D

Inilah hadiah untuk top 5. Mudah-mudahan ada rezeki buat aku dan juga kawan aku. Amin...Sekian dulu entri aku, nanti bersambung lagi.

Love,
A.A (Alfidah Adim)

Publish!!







                                                                                                                   

Thursday, April 11, 2013

~Dia Pilihan Hatiku,Pengubat Sakit Saya~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Cuaca mendung je di luar sana. Da lunch ke?Tengahari ni saya dibelanja orang. Alhamdulillah rezeki untuk hari ni. Semoga dimurahkan rezeki pada orang yang belanja saya.Kenyang sekali. Bila sudah kenyang secara automatik mata sudah mula menunjukkan mahu terlelap.

Untuk mengelakkan diri daripada tertidur saya mengambil keputusan untuk menulis di blog ini. Biarlah hilang rasa mengantuk yang menghantui diri. Nak cerita tentang ni lagi. Selagi tidak habis tarikh tamatnya selagi itu aku mahu menceritakannya di sini.

Sesungguhnya aku gembira walaupun itu hanya pencapaian yang teramat kecil sahaja. Hanya itu yang mampu aku lakukan untuk menggapai apa yang aku impikan.

Masih berkisarkan tentang pertandingan ebuku yang aku serta. Hanya menulis berdasarkan apa yang aku rasa sesuai dan logik. Akan tetapi aku sendiri rasa benda yang aku tulis jadi tidak logik. Heee. Abaikan saja.

Inilah pengubat sakitku minggu ni. Setelah membaca apa yang tertera di SINI, hanya senyuman yang terukir di bibir. Aku happy tapi ia masih dalam penilaian. Belum sampai kemuncak masih perlu untuk bertungkus lumus mempromosikan tentang ebook ini.

Seperti tidak percaya, kedudukan ebook saya yang berjudul Dia Pilihan Hatiku dari tempat keempat naik ke tempat kedua. Jangan terlalu yakin kerana keputusan masih boleh berubah kerana tarikh tamat untuk download ebook ini akan berakhir pada 25 April 2013. Apa yang aku harapkan agar korang sudilah membantu serta menyokong aku. Kepada sesiapa yang sudah download ebook aku ribuan terima kasih aku ucapkan. Apa yang terkurang harap dapat memberikan komen yang membina kepadaku. Pada sesiapa yang masih belum melakukan, sudilah kiranya membantu aku. Kalau tak nak baca pun tidak mengapa, hanya sokongan yang diperlukan.

Sekian.







                                                                                                                     

Wednesday, April 3, 2013

~Dia, Pilihan Hatiku - Qaseh Qistina~

Assalamualaikum...

Rehat ni tak keluar ke mana.  Perut sendat terlampau.  Semalam kelaparan tak ada makanan.  Hari ni bawak bekalan ada rezeki lain orang beri.  Itu yang terlebih-lebih kenyang.  Okey, masih mahu berceritakan perihal pertandingan e-buku yang aku masuk.

Sesiapa yang masih belum membacanya bolehlah download di SINI.  Sesiapa yang sudah baca diucapkan ribuan terima kasih.  Bolehlah berikan komen yang membina untuk aku.  Aku baru berjinak-jinak ke arah ini.  Tak tahulah hingga ke peringkat mana.

Ini adalah keputusan top 10 untuk minggu kedua.  Download boleh dibuat sehingga minggu keempat bulan April iaitu tarikh akhir 25 April ini.

Aku masih berada di no 4.  Keputusan tidak berganjak sejak minggu pertama.  Semoga boleh dikekalkan hingga ke penghujung.

Yang menariknya kisah tentang pertandingan e-buku ini ada dikeluarkan di akhbar berita harian minggu lepas.  Aku ketinggalan untuk mendapatkan akhbar ini.  Ebook aku adalah salah satu daripada 25 manuskrip yang menjadi tajuk di slot Sastera akhbar Berita Harian.  Muka ada senyum..^___^

Langkah-langkah untuk download ebook ada di SINI.  Bolehlah dijadikan sebagai rujukan.  Terima kasih semua pada yang menyokong.





                                                                                                                   

Monday, April 1, 2013

~Nak Mintak Tolong Korang Download-eBook Competition 2013~


Assalamualaikum....

Selamat tengahari korang!!!Dah lunch belum??Aku mestilah dah lunch.  Mana boleh makan lewat dari waktu yang sepatutnya.  Nanti menggigil satu badan.  Heeee.  Selalu over!!Alhamdulillah kenyang untuk tengahari ini.

Okeylah, nak cerita serba sedikit mengenai eBook Competition ni.  Ini sebenarnya adalah sesuatu yang tidak dijangka.  Saat-saat akhir aku join competition ni atas semangat dari seorang kawan aku masa darjah 1 kemudian aku ceritakan pada seorang sahabat mengenai competition dan dia yang memberi semangat untuk join competition ini.  Akhirnya aku dan sahabatku hantar juga manuskrip kami setelah berminggu-minggu berhempas pulas menyiapkan manuskrip itu.  Tak pernah-pernah bersemangat waja sebegini rupa.  Bak kata sahabat aku hantar je.  Kalah belakang cerita.  Ermmm,  okey!!Aku kuatkan semangat juga untuk menulis hingga ke penghujung.

Dan alhamdulillah, ebook yang aku pertaruhkan bertajuk Dia, Pilihan Hatiku telah tercalon sebagai finalis pertandingan eBook 2013 yang dianjurkan oleh Maxis ebuuk dan juga e-Sentral.  Aku saja mencuba untuk menulis dan tidak semua apa yang aku tulis itu akan disukai oleh orang lain.  Itu hanya khayalanku.  Apa yang aku tulis datang dari imaginasiku. :D  Pada mulanya memang segan nak war-warkan di sini atau di mana-mana tapi memandangkan eBook Competition ini, pemenangnya berdasarkan download tertinggi maka aku terpaksa menebalkan mukaku berbelas-belas inci untuk meminta jasa baik kalian untuk download eBook aku.  Jikalau korang punya kelapangan dan kesudian bacalah eBook percuma khas daripadaku.  Tapi jika tak download mungkin korang sibuk.  Aku faham.  Tapi diingatkan tiada paksaan.  Kalau download pun aku sangat-sangat berterima kasih kerana korang sudi menyokong aku.

Oleh itu, untuk readers yang datang singgah di blog aku ini secara sengaja ataupun tidak sengaja nak mintak jasa baik korang untuk download eBook aku di SINI.  Oh ye, ebook ini boleh didownload sehingga 25 April 2013 ini.  Download adalah secara PERCUMA!!Jangan risau ye.

Inilah tajuk ebook yang aku tulis.  Dia, Pilihan Hatiku.  Semoga dipermudahkan olehNya.  Amin.

Dan di sini aku tunjukkan sedikit langkah-langkah untuk mendaftar di e-Sentral.  Sangat mudah!!Korang gunakan Mozilla atau Chrome.

Langkah Pertama.

Korang ke laman web e-Sentral.  Tekan SINI.  Kemudian korang register dekat aku tandakan petak warna merah tu.

Langkag Kedua

Selepas tekan Register, akan terpapar kotak ini.  Korang isikan segala maklumat dan bila selesai tekan register itu.

Langkah Ketiga

Selesai register, baru korang boleh login.  Tekan login tu dan korang masukkan username dan password korang.  Then baru login.

Langkah Keempat

Korang akan berada di portal e-Sentral.  Klik more pada petak merah tu.

Dan inilah senarai finalis bagi pertandingan eBook 2013.  Cari eBook aku yang bertajuk Dia, Pilihan Hatiku yang aku tandakan petak merah tu.  Kemudian klik Add To Library.

Bila sudah klik Add To Library, akan tertera seperti ini.  So korang tekan Reader yang aku tandakan petak merah tu.

Akan keluar ini dan korang tekan OK.

Langkah Kelima

Selepas tekan OK akan keluar sebegini.

Langkah Keenam

Korang masukkan username dan password yang sama then tekan LOGIN itu.

Kemudian akan keluar sebegini.  Maknanya korang sudah di bawa ke reader.e-sentral.com.  Klik saja cover eBook tersebut untuk didownload.  Tunggu sebentar.  Kalau tak keluar cover eBook pun korang tekan je.

At last, eBook aku sudah pun boleh dibaca!Kalau korang sudi nak membaca cerita aku, bacalah.  Kalau tak nak baca pun tak apa.  Janji korang dah download.  Boleh gitu?Heeee..

Selesai!!!Terima kasihlah pada korang yang sudi download eBook aku ini.  Jasa korang amat dihargai.  Doakan semoga aku berjaya.  Kalau korang ada apa-apa masalah untuk download eBook aku bolehlah email kepada aku di alfidah83@gmail.com.

Semoga terhibur membaca eBook aku yang tidak seberapa itu.  Sangat mencabar untuk aku menulis novel versi pendek itu.  Jika korang ada sebarang komen yang membina bolehlah tinggalkan komen.  Aku memang mengalu-alukan.  Aku hanya budak baru belajar.

Sekian terima kasih.

Oh ye.  Terlupa pulak.  Ini khas buat sahabat aku yang bersengkang mata bersama-sama menyiapkan manuskrip walaupun tempat kami berlainan.  Yelah, dok rumah lain kan.  Itulah detik-detik yang tidak boleh dilupakan.

Sebagai penutup entry ini, kalau korang nak baca eBook lain selain eBook aku yang tak seberapa itu yang menjadi finalis pertandingan eBook 2013, sudilah kiranya korang download juga eBook sahabatku yang bertajuk Kisah Cinta Kita.  Cara-cara untuk download adalah sama seperti yang aku tunjukkan di atas.  Dia juga sahabat saya dan kami bersaing secara sihat!!Betulkan kawanku??Heeee..Tolong ye kawan-kawan.  Jasa korang amat kami kenang.  Terima kasih atas sokongan anda semua.  Apa yang terkurang dalam penulisan kami itu datangnya dari kami yang hanya manusia biasa.

Thanks again!!