Showing posts with label Our Stories. Show all posts
Showing posts with label Our Stories. Show all posts

Monday, May 30, 2016

Family Gathering Di Alaa Kassim

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sudah masuk hari isnin. Isnin depan kita akan bertemu bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak. Semoga kita akan berkesempatan dan masih diberi peluang dan ruang untuk menjalani ibadah puasa. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam mengerjakan ibadah puasa yang akan tiba nanti.

Jumaat lepas, ajak mak ayah aku dan family adik aku untuk makan di Alaa Kassim. Kedai ikan bakar di Crystal Bay. Sudah sekian lama nak makan bersama di kedai bersama keluarga aku. Jadi jumaat lepas aku dan suami pun plan untuk malam itu. Mulanya ayah aku tak nak ikut. Katanya tak sihat. Aku whatsapp mak suruh pujuk ayah. Aku nak semua orang ada. Mak whatsapp balik, kata ayah ikut. Baru bersemangat aku bersiap. Lepas maghrib kita orang keluar. Aku bertolak dari rumah dan dia orang dari rumah mak akulah. 


Masa kami tiba, memang ramai orang. Aku dan asben terus memilih ikan, udang, sotong dan macam-macam lagi.


Sedang menunggu hidangan sampai di meja.


Selfie laki bini.

Beberapa minit menunggu makanan pun sampai. Budak-budak tu dah hadapkan dulu sotong goreng tepung.

Laki aku ajak budak-budak ni bergambar.


Tengok si anak teruna saya. Betapa cerianya dia bergambar. Dua bungkus nasi lemak mamat tu makan. Dia bab makan tidak dapat dipisahkan. Kalau cik kak sebelah dia tu memang payah. Makan pun boleh nangis. Neng Yatimah sungguh dia tu. Ikut siapa?Entah tak tahu. Hahaha...

Salam pena,



Thursday, February 18, 2016

Entri Random Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selesai makan tengahari. Hari ini aku bawak bekal. Makanya bolehlah bersantai di pejabat. Tak perlu nak keluar. Keluar karang macam-macam mahu dibelinya. Lagipun misi berjimat cermat perlu diteruskan. Jangan boros.

Itu yang dapat tulis entri ini waktu rehat. Mata ni tak mengantuk pula. Nak paksa tidur tak mahu lelap. Apa kes?

Baiklah, berbalik kepada tajuk di atas. Entri ini entri rojak. Cuti tahun baru cina selama empat hari. Aku pun dah lupa apa yang aku buat masa tu. Yang aku ceritakan di sini yang masih dalam ingatan.

Bermula dengan hari sabtu. Aku dan blogger Mira Mokhtar ke majlis perkahwinan officemate. Aku abwak Adriana je. Ammar tinggal dengan papa. Kebetulan masa tu ada orang sedang pasang lampu dan kipas. Kisah kipas dan lampu di lain entri ye.

Inilah pengantinnya. Officemate kita orang hat perempuan. Semoga berkekalan hingga ke jannah.

Ini hari ahad. Paginya kami keluar bersarapan.

Ammar siap bertopi.

Kalau makan di kedai ini, aku mesti makan ayam gorengnya. Sedap!

Kemudian kami ke Mr.DIY. Ada barang yang mahu dicari.

Yang penting cari mangga. Mangga kat rumah banyak dah berkarat.

Ini hasil membeli di Mr. DIY.

Kemudian balik masak pula. Ini lauk-pauknya.

Ini hari apa aku tak ingat. Isnin tu pagi tunggu orang setllekan lampu kemudian pergi rumah adik ipar aku. Ada kenduri arwah. Kemudian balik rumah mil. Ini kisah hari selasa. Kita orang pergi sarapan kemudian balik tu singgah kebun bunga. Nak tanya pasal rumput karpet.

Kemudian balik tu masak nasi tomato. Mula-mula aku ajak suami shell out kat kedai. Sekali tu malam balik dari rumah MIL, dia pinjam dulang mak dia. Asben aku ajak makan dalam dulang. Jadi tengahari tu kami empat beranak makan dalam dulang. Itu sahaja kisah empat hari kami bercuti di rumah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Sabtu Dipenuhi Program Keluarga

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Pagi semua. Semoga pagi kalian baik sahaja. Tidak huru-hara untuk mak-mak yang menguruskan anak-anaknya ke sekolah. Aku? Semuanya masih dalam keadaan terkawal walaupun menguruskan lima hari secara sendirian berhad. Setakat lima bulan ni, belum lagi kes-kes kritikal berlaku. Yelah, dok kalut menguruskan anak-anak mana tahu terlupa pakai seluar kecik ka.

Belum sampai tahap itu. Kalau dah terlupa memang kritikal sekali.

Bila, tiba khamis hati ini ada sedikit kelegaan. Sebab apa? Esok suami hantar anak-anak ke sekolah. Hari cuti dia jumaat sabtu kan. Jadi aku boleh bersantai-santai di setiap pagi jumaat.

Bila bersama di hujung minggu, masa inilah yang diperuntukkan sebaik mungkin. Macam-macam program. Sana sini. Kadang tak tercapai dek akal. Hehehe. Masa itulah nak mengemas rumah, masa itulah nak memasak, masa itulah ada jemputan. Belum lagi hal-hal lain.

Sekurang-kurangnya masa itu terisi dengan sempurna. Sabtu lepas pun seharian jugak kami keluar. Pagi tu suami minta aku masak nasi lemak.

Makan pagi merangkap makan tengahari. Nasi lemak, sambal daging bersama temannya petai dan adik beradiknya yang lain.

Lepas zohor, kita orang keluar hantar si kakak untuk kelas taekwandonya di sekolah.

Kelas taekwando dari jam 2.00 petang ke 4.00 petang. Sementara menunggu si kakak habis, kami tiga beranak berjalan pergi The Shore. Sempat terjah Mr.DIY dan melabur di situ. Tak habis-habis.

Anak teruna aku. Tiga hari lagi umurnya genap lima tahun. Kenapa cepat sangat membesar?

Kemudian sebelah petang, lepas Asar kami ke Little Nana pula. Ada majlis pembukaan. Adik aku dah sound suruh datang. Inilah menu-menunya.

Dari kiri tu ayah pada adik ipar aku, baju merah itu ayahanda aku dan sebelahnya kawan baiknya.

Antara tetamu yang hadir.

Ini pula bahagian jual beli. Ada yang membeli dulu baru makan. Ada yang makan baru beli. Aku lepas makan baru terjah tempat ni. Melayang jugak RM.

Bila aku ada budak baju ungu tu memang aku culik. Hehehe. Mak apak dia sibuk melayan tetamu, jadi Naura dengan obeklah. Obek kan menumpang kasih dengan Naura. Hehehe. Obek jangan over hokey.

Salam pena,



Wednesday, December 30, 2015

Majlis Resepsi Sebelah Lelaki

Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Entri terakhir untuk majlis perkahwinan adik ipar aku. Memang aku nak tulis sebelum melangkah ke tahun baru. Sudah agak lama entri ini tersimpan secara draf makanya gigih juga menyusun ayat-ayat untuk entri ini.

Baiklah, sebelah lelaki dibuat pada hari minggu. Aku adalah salah sorang yang tak menang tangan hari tu. Sudahlah tidurku jam 4.00 pagi kemudian jam 7.00 pagi sudah dikejutkan. Banyak yang mahu dilakukan. Itu pun nasiblah masak secara katering. Kalau sendiri cuba bayangkan betapa huru haranya kami.

Pagi itu berzanji dan baca doa selamat untuk anak buah asben. Panggil orang masjid.

Ini meja pengantin.

Kami wajib bergambar di photo booth hasil kerja keras kami sampai lewat pagi. Mata panda je masing-masing.

Kawan opis aku.

Bertudung hijau tu pun kawan pejabat.

Flower girl kami pada hari itu. Anak dara berdua ni memang fefeeling princess. Jadi mak-maknya bagilah tugasan ini.

Ready to go girls! Bunga tangan tu aku rembat kat Romantika. RM15.00 satu tu.

Biras yang gila-gila.

Biras aku dengan membernya.

Candy booth kami.
Aku dan asben di photo booth. Ini je gambar yang ada.

Kek pengantin.

Pengantin potong kek pula. Itu pun dah terlupa nak keluarkan kek ni. Potong kita-kita orang aje masa tu.

Ini pula sesi mengemas. Uh! Perkara yang paling melemahkan. Memunggah seronok nak berkemas tu bercintanya.

Khemah pun hari tu jugak dibukaknya scalop-scalopnya. Panggil scalop kan. Hentam sajalah labu oi. Itu sahaja cerita untuk tiga hari sepanjang majlis berlangsung. Sekian dan wassalam.

Salam pena,





Wednesday, December 23, 2015

Family Day Kastam Part 2

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Hari ini hari akhir bekerja sebelum bercuti empat hari. Memang ditunggu-tunggu. Kalau ada cuti memang aku dah sambung cuti minggu ni. Tapi apakan daya cuti sudah tidak berbaki. Maka bertabahlah sehingga ke akhir tahun. Sabarlah cuma berbaki beberapa hari saja lagi.

Baiklah, bersambung dengan entri family day part 2. Lemau betul kalau kena tulis entri bersambung-sambung. Nak termuntah rasanya. Bertabahlah. Jangan kerja separuh jalan. Ahakss...

Hari kedua di Rompin Beach Resort, sebelah pagi itu adalah aktiviti bebas. Ikut gaya lah nak buat apa. Nak kuak lentang ke, nak meniarap ke, apa-apa saja janji bahagia. Jangan kacau orang sudah!Pagi tu kami sarapan di resort je. Lagipun memang disediakan untuk sarapan aje.

Empat beranak yang sedang menikmati sarapan.

Anak dara aku. Berialah makan tu. Punya seksa nak suruh dia ni makan. Boleh bawak gaduh.

Ini menu pagi aku. Lepas sarapan aku balik bilik. Membongkang. Laki den bawak anak-anak mandi kolam. Aku memang hentam tidur. Nikmat betul. Bukan senang nak dapat masa tidur yang berkualiti. Hahaha...

Kemudian lepas zohor, kita orang keluar mencari makanan tengahari. Keluarlah kami dari resort dan berpandukan GPS sampailah kami di sebuah kedai makan. Inilah makanan laki den.

Ini untuk aku.

Lepas makan kami ke pantai. Bukan main dua beradik ni.

Anak dah besar dapatlah bergambar berdua. Adriana yang jadi tukang tangkap gambar. Kejap je kita orang melepak kat tepi pantai. Ombak bukan main kuat menghempas pantai. Kemudian kita orang balik resort sebab sebelah petangnya ada sukaneka. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,