Showing posts with label Festive Stories. Show all posts
Showing posts with label Festive Stories. Show all posts

Saturday, May 16, 2020

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia, buat kawan-kawan aku yang bergelar pendidik serta guru-guru aku yang pernah mengajar aku dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pensyarah di Politeknik.
.
Aku ingin dedikasikan ucapan Selamat Hari Guru buat guru yang pernah mengajar aku pada suatu ketika dulu di sekolah-sekolah berkenaan dari tadika hingga ke politeknik.
.
1) Cikgu di Tadika Sacret Heart
2) Cikgu di Sekolah Rendah Convent Infant Jesus (1)
3) Cikgu di Sekolah Menengah Infant Jesus Convent
4) Pensyarah di Politeknik Ungku Omar
.
Notakaki: Dalam gambar ini ada antara kawan-kawan aku yang bergelar cikgu juga.


Salam pena,
Fyda Adim


Friday, September 28, 2018

Sambutan Merdeka 2018

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Salam jumaat.

Hampir sebulan diperam entri ini. Biasalah, sibuk. Itu sahaja jawapan yang ada untuk semua ini. Kalau aku tidak menulis di sini, aku menulis di sana. Menulis di blog yang satu lagi dan juga ada medium-medium lain. Banyak sangat yang nak ditulisnya.

Hari merderka macam biasa. Bawa anak-anak untuk meraikan hari merderka. Setiap tahun acara ini tidak akan kami tinggalkan. Setahun sekali wajiblah pergi. Mencipta kenangan bersama anak-anak. Mereka seronok. Menyaksikan perarakan. Melihat kenderaan-kenderaan yang berarak.

Dulu, ayah aku adalah sesekali bawa aku. Itu yang sekarang aku bawa anak-anak pula. Biar dia orang pula akan teringat zaman kanak-kanak mereka.

Orang ramai sudah memenuhi tepi jalan.

Mak dan anak-anak.

Kontinjen daripada pejabat aku, Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Kemudian Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Walaupun bukan asben yang masuk berarak tapi aura kastam itu tetap kuat. Tetap teruja kalau nampak pasal kastam.



Yang sedang menengok ke arah sini jiran aku. Dalam pada aku menyorok amik gambar dia boleh perasankan aku.

Bersama anak officemate.



Aku letak kereta kastam di sini.

Sebelum balik sempat bergambar dengan pakcik aku.

Itu sahaja entri ringkas untuk pagi ini. Oh ya, kalau ada sesiapa yang mahu menempak naskhah Pengasuh Dari Neraka boleh hubungi aku ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Tuesday, September 11, 2018

Hijrah 1440

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Bila dah malam ni sampailah ke penghujungnya cuti yang panjang. Seharian hari ini kononnya cadang nak menulis tapi itulah selalu yang dirancang itu tidak akan menjadi. Bila belum sampai masanya, berjela-jela tulis senarai kerja yang nak dibuat. Tapi sudahnya hanya tercatat atas kertas ajelah. Hari ini memang tak jadi apa. Fikiran terganggu selagi kereta belum ada depan mata.

Hari ini kita menyambut tahun baru bulan Islam. Sudah 1440 Hijrah. Semoga dengan memasuki tahun baru Islam akan membuat penghijrahan yang lebih baik pada diri sendiri. Tidak perlu membandingkan diri kita dengan orang lain. Cukuplah menjaga diri sendiri dulu.

Ubah diri kita dulu sebelum mahu mengubah orang lain. Kalau tak mampu nak ubah diri sendiri macam mana kita nak ubah orang lain pula. Sama-samalah kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Contohnya, kalau kuat membawang, bawa-bawalah diri kita cari aktiviti lain. Begitulah sebaliknya.
Persekitaran yang baik juga mendatangkan kesan yang baik pada kita.

Image may contain: text
Apa-apa pun selamat menyambut Tahun baru Islam.
1 Muharam 1440H.

Semoga kita dapat menambah segala amalan kebaikan kita di tahun baru ini demi bekalan kita di sana nanti. Kita perlu meninggalkan sesuatu demi sesuatu yang lebih baik.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Thursday, September 8, 2016

Perarakan Hari Kebangsaan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Sempena meraikan Hari Kebangsaan rabu lepas, aku anak-beranak seperti biasa akan turun padang. Hah. Macam bunyi YB gamaknya. Memang setiap tahun asben akan bawak kita orang tengok perarakan hari kebangsaan.

Anak-anak pun suka. Maknya lagi suka tak terkira. Walaupun minggu lepas sibuk dengan persiapan perkahwinan anak buah namun kami mencuri sedikit waktu untuk menyaksikan perarakan. Awal pagi masing-masing dah bangun. Kejutkan anak-anak. Dia orang dah tahu jadi senanglah masing-masing nak bangun. Taklah maknya memekik rupa tarzan jadian.

Sarapan dulu. Sampai awal belum mula berarak pun. Mamat ni memang jual mahal kalau disuruh bergambar.

Anak-anak dara ni dah semangat dengan benderanya.

Masing-masing dah amik tempat.

Umat manusia sudah mula memenuhi kawasan ini.

Kami laki bini sibuk bergambar.

Atok dan cucu-cucunya.

Sampai tak nampak mata.

Pergi cantik, belum balik dah rupa gini si Nayli ni. Anak tudung dah nak tutup mata.

Kontinjen daripada pejabat aku.

Suka tengok yang badan beruniform.

Ini kalau tak silap kontinjen polis.

Kenderaan Kastam.

Kereta kebal pula. Budak-budak memang suka.

Sebelum balik kita orang isi perut dulu. Lepas tu, aku terus pergi rumah kakak sepupu aku sebab dah janji nak buatkan hantaran. Itulah kisah untuk minggu lepas. Nanti aku kongsikan cerita di hari pernikahan dan persandingan anak buah aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Sunday, September 20, 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Selamat berhujung minggu. Aku seperti biasa hari ahad di rumah aje. Tak ke mana. Buat kerja rumah, melayan anak-anak, kerja di dapur yang tak pernah habis. Biasalah kan hujung minggu memang menjadi surirumah sepenuh masa.

Seperti biasa baru ada kelapangan mahu menulis blog ini dan berkesempatan mahu berkongsi cerita tentang hari merdeka. Lama sungguh terperam dalam ruangan draf. Memang tidak kali sign in aku akan pandang sekali lalu dan kemudian log out semula.

Hari merdeka tempoh hari kami sekeluarga memang pergi tengok orang berbaris. Setiap tahun asben akan bawa kita orang. Aku lagilah memang dah terbiasa pergi sebab dulu ayah aku pun rajin bawa masa aku kecik-kecik dulu. Jadi kali ini biarlah anak-anak pula merasa suasana pagi hari merdeka.

Port biasa kami di depan UTC Hang Tuah Mall.

Sementara nak tunggu dia orang berarak kita orang sarapan dulu. Tahun ni anak buah aku, Nayli ikut sekali.

Tiga generasi. Kali ini mak ayah aku pun turut sekali. Aku yang ajak. Dia orang asyik memerap ka rumah aje. 

Perbarisan sudah bermula. Aku bawa anak-anak tengok di tepi jalan manakala mak ayah aku duduk je di kedai mamak tu.

Kontinjen yang pertama.

Beria ammar tengok sampai tak terpusing bila suruh amik gambar. Anak dara berdua tu memang kepantangan bila suruh bergambar.

Kami laki bini pun mahu berselpie.

Budak berdua tu bersemangat. Fokus memang tak lari. Sambil tengok mulut masing-masing tak berhenti-henti bercakap. Itu sahaja entri ringkas untuk tengahari ini. Akhirnya dapat juga aku update blog ini dengan cerita merdeka kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, October 29, 2014

~Salam Maal Hijrah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Blog Mira Mokhtar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam 5 Muharam 1436H. Empat hari menyepi dari dunia blogger. Blogger lah sangat kan. Kekangan masa, kebuntuan, kekosongan. Macam-macam yang menghantui diri. Bila semangat mahu menulis ada, tiba masanya boleh blur. Kosong. Sudahnya tinggalkan saje blog ini begitu tanpa entri terbaru.

Sebelum terlambat, aku mengambil kesempatan mahu mengucapkan Salam Maal Hijrah buat pembaca di blog ini yang secara langsung mahupun tidak. Moga dengan melangkahnya ke tahun baru ini dengan semangat yang baru di dalam diri. Tinggalkan apa jua perkara pahit yang boleh dijadikan pengalaman hidup dan iktibar.

Semoga tahun 1435H yang pergi akan menjadi pengalaman kehidupan indah pada kita semua. Biarlah yang manis dijadikan kenangan, yang pahit dijadikan pengalaman dan iktibar.  Semoga tahun baru ini kita akan dapat memperbaiki diri kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Thursday, October 23, 2014

~Bersantai Di Rumah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google & Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat malam semua. Hari ini betul-betul sibuk sejak dari pagi usai Subuh hingga ke malam. Tak ke mana pun cuti Deepavali ni. Hanya bersantai-santai di rumah. Tak santai pun sebenarnya. Buat kerja rumah. Kalau dapat bersantai, bergolek-golek sambil menonton televisyen. Bahagianya dunia.

Memang tak dapatlah detik-detik itu. Kalau bergolek maka tak berasaplah dapur. Jadinya memang banyak kerja satu hari ini. Ini pun taip entri ni guna hp sambil berbaring.


Sarapan pagi nasi goreng sardin dan keow teow goreng kerang. Masak banyak jadi bawak makan ke tengahari.


Selesai di dapur, bersihkan habuk-habuk. Sekian lama tak bersihkan.


Kemudian, selesai membuang habuk, aku menyapu. Satu rumah. Dari dapur hingga ke ruang tamu.


Bila dah habis menyapu, maka mengemop pula.


Projek di petang hari. Chistart. Nak buat crust shell nya dulu.


Kemudian, tiba-tiba terajin nak meroti. Pertama kali buat roti. Selalu beli je kan. Bila google nampak ramai orang buat roti sendiri. Jadi hati membuak-buak mahu mencuba.


Ini roti loyang kedua. Buat dua loyang sebab tak puas hati dengan roti loyang pertama. Mula-mula tu rotinya tak gebu. Kali kedua baru lembut sedikit. Kena cuba lagi.


Kemudian untuk makan malam, aku masak nasi minyak, ayam masak merah dan acar timun.


Sepanjang aku kat dapur, budak ni tak habis membongkar. Dah tidur pun kat sebelah aku ni. Keletihan.

Itu sahaja entri untuk hari ini. Pelbagai kerjaan bila duduk di rumah. Takkan pernah habis. Okeylah, itu sahaja entri tengahmalam daripadaku. Akhir kata, happy deepavali untuk kawan-kawan India. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid