Tuesday, May 29, 2018

Kisah Ramadhan: 8 Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Entri kedua untuk hari ini. Hari ini agak lambat keluar entri kedua. Kalut dengan anak-anak yang tak sihat. Kisah 8 Ramadhan yang aku ingat. Aku ke bazaar petang itu. Kebetulan petang itu kereta diparkir dekatlah juga dengan tapak bazaar. Nak cari kuih aje sebab suami balik hari itu dan bercadang mahu bawa kita orang berbuka di luar.

Jadi aku belilah beberapa jenis makanan yang boleh kami empat beranak makan sebagai alas perut. Lepas membeli aku dan anak-anak menuju ke kereta. Malangnya, ada kereta menghalang di belakang kereta aku. Dua puluh lima minit juga menunggu dalam kereta.

Aku dah memikirkan jangan sampai nak berbuka tuan kereta ni tak sampai-sampai. Dalam masa nak cepat ada sahaja halangannya. Jadi aku dan anak-anak menanti dengan penuh sabar. Dalam sabar tu aku bebel jugak.


"Manalah orang punya kereta ni."

Sampailah ada seorang lelaki tua menegur Adriana yang kebetulan tingkapnya dibuka.

"Nak keluar kereta ke?"

Aku sempat memandang guna cermin pandang belakang.

"Nasiblah orang tua." Aku lontar kata.

"Mama jangan marah-marah. Bulan puasa. Berdosa." Dak Adik menegur.

Baiklah. Mama tak marah. Macam ustaz pulak aku rasa anak aku tu. Haha.

Kami berbuka dengan beralaskan perut ini sahaja.

Itulah Masjid Al-Azim.

Kemudian ke Masjid Al-Azim untuk berterawih. Suami balik dapatlah terawih jauh sikit. Masjid ni berdekatan dengan rumah mak.

Selesai terawih.

Terus ke Pak Putra pekena roti nan. Memang kegemaran ini. Aku pesan cheese nan. Sedap sekali dimakan dengan ayam tandoori dan tawa prawn. Sedap. Cubalah ke sana bagi yang belum pernah rasa. Nama kedainya Pak Putra.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

Lom pernah ke pak putra.
Permah sampai, tapi tutup hu hu hu...