Pages

Thursday, May 24, 2018

Kisah Ramadhan: 6 Ramadhan

Assalamualaikum.

Entri kedua untuk hari ini. Sepanjang bulan Ramadhan ini, semangat untuk bercerita perihal menu berbuka. Seronok aku tengok mak-mak yang berkongsi menu juadah berbuka. Datang rajin boleh mencubanya sekali. Kadang kita mak-mak ini sudah kebuntuan nak masak apa bila hari-hari sudah masuk ke dapur.

Bila tengok ada yang berkongsi rasa seronoklah. Orang kata tak baik. Tapi ambillah pendekatan yang baik-baik dan sudut pandangan yang positif. Kalau kita fikir positif, maka positiflah jadinya. Begitulah sebaliknya. Janganlah kita bersangka buruk. Manusiakan memang itu perangainya. Suka sangat bersangka buruk terhadap sesuatu perkara.

Untuk 6 Ramadhan yang lepas, aku cuti daripada memasak. Entah kenapa hari itu serba tak kena badan. Letih semacam. Nak mendaki tangga kat pejabat tu pun aku terasa cam nak mengensot aje. Teruk benarkan.

Sebenarnya, sebelah pagi sebelum ke kerja aku dah siap tanak nasi. Kononnya balik nanti nak goreng aje nasi itu sebagai juadah berbuka. Memang itu plan asal. Mungkin isnin lepas yang aku sibuk masak mee basah dan bubur caca. Hari tu pun memang keletihan sebab terkejar-kejar. Balik memang awal. Jam 4.00 petang aku dah balik. Sampai rumah kalau tak singgah kedai lebih kurang 4.20 petang macam itulah. Dah masuk dapur tengah sibuk-sibuk berhenti kejap. Keluar jemput Dak Adik kat sekolah agama. Kemudian singgah param sebab Dak Kakak nak cari tepung pelita. Balik sambung masak.

Huh.

Letih yang amat. Malam terbongkang jadinya. Lepas isyak aku terlelap kejap. Kemudian tengok drama Nur dan barulah aku solat semula. Itu pun tengok drama pun lebih banyak terlelap. Jadi kisah nak goreng nasi terpaksa dilupakan. Balik aku singgah kedai tomyam dan pesan lauk.

Rezeki juga hari itu bila mana jiran tetangga selang dua lorong daripada rumah hantar mesej menerusi aplikasi whatsapp. Rupanya dia suruh singgah rumahnya ambil lauk asam pedas ayam.


Ini semua lauk yang bukan aku masak. Lauk kedai dan ehsan jiran. Alhamdulillah. Anak-anak pun macam biasa. Berselera makannya. Daging masak merah, kailan ikan masin, asam pedas ayam, kuih-muih dan nescafe ais. Dia pun malas air pun beli kat kedai. Ish ish ish. Itu sahaja entri ringkas. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



1 comment:

adianiez AIDA said...

Bula penat, pe pon x dpt buat ekk.
Syukur ada rezeki dari jiran2. Alhamdulillah.