Showing posts with label Saje-saje Stories. Show all posts
Showing posts with label Saje-saje Stories. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Air Purifier Di Rumah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Entri ketiga untuk hari ini. Semalam gigih menaip entri-entri ini untuk nampak yang blog aku masih lagi aktif. Kebelakangan ini memang sibuk itu sebab tak dapat nak menulis di blog ini. Bila tak tulis blog terkenang-kenang pula dengan blog ni.

Makanya untuk minggu ini akan adalah beberapa entri yang akan aku kongsikan di sini. Entri kali ini aku nak kongsikan mengenai air purifier. Perlu atau tidak? Katanya air purifier ini untuk bersihkan udara dan untuk hilangkan bau yang kurang enak di dalam rumah. Aku pun kurang pasti akan kenyataan ini.

Tapi asben memang dah lama usha nak beli air purifier. Aku ikut aje. Apa yang dia nak beli aku okey je. Banyak tempat jugak kita orang survey. Memula ke Aeon lah. Mana lagi selebihnya seurvey di internet. Makanya terbelilah tanpa sengaja air purifier secara online. Asben yang pilih sebab dia yang bayar. Aku ikut aje, benda ada dalam rumah aku gunakanlah sebaik mungkin. Hahaha..

Inilah bentuk air purifier kita orang. Harga dalam RM100++. Tak silap akulah. Serius, tak ingat! Aku dah gunakan dan suka gunakan. Katanya bagi aura positif. Balik rumah mesti aku pasang benda alah ini supaya aku sentiasa mendapat aura positif. Hahaha. Poyo sangat. Taklah, baunya pun wangi. Terasa kesegarannya. Gitulah. Itu sahaja perkongsian aku untuk petang ini. Mana tahu kalau korang berminat bolehlah beli juga. Ada dijual di mana-mana dengan harga yang berbagai-bagai. Nak yang murah, surveylah yang murah. Nak yang mahal, belilah yang mahal. Ikut kemampuan okey.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, November 25, 2015

Hari Gaji Mesti Semua Orang Suka!

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sekejap saja kita sudah berada di hari rabu. Aku seperti biasa melakukan tugas sebagai seorang ibu dan pekerja untuk hari-hari biasa ni. Pagi bergegas menghantar anak-anak ke rumah emak. Cuti sekolah ni tidaklah huru-hara sangat. Hehehe...

Paling best jalan pun tak jem. Kuranglah tekanan perasaan di waktu pagi. Kalau waktu sekolah, awal pagi sudah diragut kebahagiaan. Sepanjang jalan stress. Hahaha...Jem sana sini. Mahu berkejar ke tempat kerja nak mencari parking pula. Kemudian mahu memanjat tangga pula hingga ke tingkat dua. Begitulah kehidupan.

Hari ini biasalah hari yang ditunggu-tunggu buat semua kakitangan kerajaan. Hari gajikan. Bulan ni aku rasa lambat sangat masa berlalu. Bila hari gaji ni biasalah menguruskan hutang-piutang. Selesaikan bil yang bermacam-macam.

Sudah tolak semua hutang-hutang barulah boleh berbelanja untuk diri sendiri. Aku ni menunggu gaji macam-macam hal berlaku bulan ni. Mana yang kereta nak kena betulkan, sandal yang tapaknya sudah kehausan. Tunggu masa je nak tercabut tu. Jadi bolehlah kot nak beli yang murah-murah aje. Janji tidak berkaki ayam kan. Okeylah, sekian entri ringkas untuk pagi ini. Selamat hari gaji dan selamat berbelanja secara berhemah! Wassalam.

Salam pena,








Thursday, May 14, 2015

Harapan Hyperact

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam pembuka bicara buat pagi yang indah. Pagi ini ke kerja dipermudahkan. Tidaklah kelam-kabut. Masih boleh mencari ruang-ruang untuk bersantai apabila mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke pejabat.

Dalam perjalanan ke tempat kerja aku ditemani radio Era. Biasalah pagi-pagi ni suka dengar telatah tiga orang dj radio yang kelakar tu. Kemudian artis jemputan kumpalan Hyperact. Tiga hari lepas dengar Ronnie penyanyi kumpulan telah disingkirkan. Kasihan. Aku minat gila dengan suara Ronnie tu. Sedap sangat. Lagu kumpulan tu pun aku minat. Salah satunya adalah lagu Harapan. Aku tahu lagu ni dari drama Seindah Sakura lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sanda.

Lirik Lagu Harapan - Hyper Act

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali
 

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku

 
Ooo
 

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

 

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna
 

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu


Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
 

Solo. C/O 

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya
 

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/ 

Itu sahaja entri untuk pagi ini. Kalau datang mood dan idea akan menyusul lah entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, February 25, 2015

~Dugaan Cermin Kereta Pecah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang. Lagi setengah jam mahu pulang. Kepala pun sudah berdenyut-denyut. Badan pun dah rasa bisa-bisa. Rasa nak demam pun iye. Semalam tak tahan dah aku telankan panadol. Hari ini masih lagi dalam keadaan mamai-mamai gitu.

Berbalik kepada tajuk, kisah cermin kereta aku pecah. Berlaku seminggu sebelum kenduri di rumah. Hati mahu menangis tapi terkenangkan yang pecahkan cermin tu adalah laki sendiri maka aku kenalah mengukir senyuman di hujung bibir. Semanis yang boleh. Siap bagi kata-kata semangat lagi. Benda nak jadikan. Kalau tak boleh berjimat. Kalau cermin tak pecahlah. Boleh tambah-tambah barang untuk kenduri.

Tak apa, bukan rezeki kita di situ. Belajar berlapang dada. Kisahnya pagi ahad, asben aku mesin rumput. Agaknya terlampau bersemangat nak membersihkan rumah, maklumlah nak kenduri kan, tercampak batu ke arah kereta aku yang diparkirkan di garaj.

Aku kat dapur masa tu. Tak tahu cerita. Asben ke belakang cakap " Cermin kereta pecah." Itu je. Selamba. Aku jawab "Kereta sape?" Dan...

Bila tahu kereta aku, terus aku meluru ke depan. Beginilah keadaannya. Retak seribu. Nasib kena cermin kecik ni.

Esoknya bawa pi kedai Dr. Cermin. Saje bermurah hati nak bagi duit kat sini. Hahaha.

Kejap je dia orang betulkan dalam setengah jam dan selepas setengah jam duit pun terbang RM150. Bukan duit aku pun, duit laki den tapi sayang duit tu!!!!Oklah, barang yang lepas usah dikenang. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



Monday, September 15, 2014

~Cuti Sekolah Bermula~

Teks : Fyda Adim
Foto : Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi isnin. Ada sesiapa yang sambung cuti? Aku tak cuti sebab sayang cuti yang berbaki nyawa-nyawa ikan.Mana tahu cuti yang berbaki lebih diperlukan untuk perkara-perkara lain. Minggu ini cuti sekolah. Kali ini kami anak-beranak tidak ke mana-mana. Berehat di rumah saja. Anak-anak pun bercuti di rumah. Waktu aku ke kerja mereka di rumah nenek, petang di rumah sendiri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWkpisuaF-MbAohWU3J78Aeh-TxlbA9SlYKdQhnCvLzCYpZadCkCx2jBp7_uk1PuTmkvIa_79iqJ_f_T71Yug22pHTzapfyEwLBrIptgWl0OBA-EJgUqaiyMZsfolX56GtVnAhHPnkhyphenhyphens/s640/blogger-image--1953012404.jpg
Pagi ini ke kerja pun santai-santai. Tidak ada adegan menjerit dan berlari-lari anak di dalam rumah. Ini gambar masa cuti sekolah bulan 3 hari itu. Kami bercuti di KL aje. Tunggulah cuti sekolah bulan november ini. Itu sahaja dan sekian.

Wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

Wednesday, June 25, 2014

~Hari Gaji~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Selamat hari rabu.  Selamat hari gaji! Bangun pagi bersemangat sedikit mengenangkan hari ini hari gaji.  Lebih ceria dari semalam.  Hehehe...Bukan memikirkan mahu shopping, memikirkan mahu membayar apa-apa yang patut.  Memang itulah rutin setiap kali gaji.  Memang sudah senaraikan hutang-hutang dan sebagainya.  Itulah yang selalu dilakukan setiap bulan.  

Jadinya, selesai menolak hutang-hutang barulah boleh bernafas nak membeli sedikit apa yang mahu dibeli.  Tak boleh membazir.  Berjimat-cermat sikit walaupun dalam hati memberontak mahu membeli bermacam-macam.  Ini pun terbayang-bayang Kedai Romantika.  Berhantu betul! Huh! Okeylah, itu sahaja cerita pagi ini.  Mahu sambung kerja.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                        

Friday, May 30, 2014

~Jujurlah Sayang~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum....^_____^

Selamat tengahari semua.  Salam jumaat buat anda anda yang singgah di sini secara kebetulan ataupun memang pembaca tegar blog ini.  Ada ke yang baca? Tak kisahlah kan.  Harap semuanya baik-baik sahaja.  Mudah-mudahan lebih baik daripada semalam.  Itulah hendaknya bagi setiap orang di muka bumi.  Sentiasa mahu yang baik-baik sahaja.

Hari ini tidak ada apa yang mahu dikongsikan.  Fikiran tengah stress.  Kerja menimbun sebenarnya tapi aku tak nak stress sangat.  Itu sebabnya tidak ada masa mahu menitipkan blog ini pagi tadi.  Ini masa rehat bolehlah mencoretkan sesuatu.


Jujur! Suatu sifat yang membawa ke arah kebaikan dan kebaikan itu akan membawa ke syurga.  Jujur itu luas maksudnya.  Jujur pada kerja, jujur pada pasangan, jujur pada diri sendiri serta orang sekeliling kita.  Bila kita jujur dengan diri kita sendiri makanya kita akan jujur dengan orang lain juga.  Jujur itu sesuatu yang indah dan membawa keberkatan.

"Jujur itu di hati, Memang sukar untuk dibukti, Andai ia tidak dimiliki, Entah apalah erti, Hanya membuat pedih hati... Jujur bukan sekadar untuk menjaga hati, Ia umpama azimat penguat iman di hati, Jika jujur dipandang sepi, Hilanglah percaya pengikat hati, Palsulah segala kasih sayang sejati, Bersama meniti titian cinta Ilahi..."

Itu sahaja entri untuk petang ini.  Mata mengantuk mahu melelapkan sedua minit sebelum memulakan kerja sebentar lagi.  Semoga jujur itu sentiasa tersemat dalam diri kita.  Jujurlah sayang! Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

Wednesday, May 28, 2014

~Selamat Bercuti Sekolah~

Teks :Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum....^____^

Selamat petang semua.  Huh! Barulah berkesempatan mahu mencoretkan sesuatu di sini.  Seharian kesibukan melanda.  Mahu kejar beberapa perkara yang belum tentu terkejar.  Semalam akibat mahu berkejaran perkara-perkara yang penting sampai pening kepala.  Bukan setakat pening-pening lalat.  Tahan ajelah.  Mengadu kat abang jebat yang berada di luar negeri.  Bukan jauh pun luar negeri, ke KL aje.

Hari ini sudah bermula episod cuti sekolah.  Dapatlah merehatkan diri untuk dua minggu ini daripada terkejar-kejar mengejar masa untuk ke sekolah mahupun ke tempat kerja.  Banyak sungguh episod berkejaran dalam entri ini.

Buat anak-anak, selamat bercuti sekolah termasuklah anakku.  Hehehe...Cuti sekolah kali ini tidak ada merancang ke mana-mana atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.  Bersantai sahaja di dalam negeri dan juga di rumah.  Misi mengumpul duit dan membataskan perbelanjaan.  Itu sahaja entri petang ini.  Sekian...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                         

Sunday, May 25, 2014

~Kembali Berfungsi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat malam semua.  Anak-anak sudah lama beradu.  Aku sempat layan drama kat internet.  Tiba-tiba rindu drama kegemaran.  Bila anak-anak sudah beradu dapatlah maknya bersantai-santai di depan komputer setelah seharian menjadi tarzan jadian.  Nasiblah gajah, singa mahupun orang hutan tak datang ke rumah tatkala mendengar jeritan batinku.  Huhuhu...Hihihi...Hahaha...Ok tak kelakar.  Saja nak buat lawak bodoh malam-malam cam gini.

Okeylah, nak cerita pasal komputer aku.  Akhirnya kembali berfungsi setelah berbulan-bulan merajuk mematikan diri.  Rosak! Aku mati kutu.  Sejak komputer aku mematikan diri mulalah episod berebut laptop dengan abang jebat.  Memang tak suka.  

Jadi sekarang tak perlulah berebut lagi dengan asben.  Semalam gigih dia betulkan komputer aku.  Jadi bolehlah menulis seperti biasa.  Blog oh blog.  Itu sahaja entri malam ini.  Bersambung lagi.  Nak layan tengok drama.  Orang lain sibuk tengok badminton.  Aku je yang tak ada perasaan.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

Thursday, May 15, 2014

~44 Hari Lagi Menjelang Ramadhan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Sekejap saja sudah hari khamis.  Minggu ini aku bekerja hanya tiga hari.  Itu yang terasa cepat masa berjalan.  Bila sudah bekerja rutin kembali seperti biasa.  Uruskan anak-anak, rumah dan yang sewaktu dengannya.

Hari ini aku puasa.  Mahu melunaskan hutang iaitu puasa ganti.  Bila dikira pada kalendar lagi 44 hari sahaja lagi untuk makan siang.  Ramadhan makin hampir.  Ramadhan akan tiba.  Bahangnya seakan sudah dirasai.  Moga diberi peluang dan kesempatan untuk menemui Ramadhan lagi.  Itu sahaja entri untuk pagi ini.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                         

Thursday, March 6, 2014

~Pahit Manis Kehidupan~

Assalamualaikum...

Salam buat semua pembuka bicara pagi ini.  Selamat pagi khamis.  Mulakan hari kita ini dengan lafaz bismillah.  Semoga apa yang dirancangkan untuk hari ini dan juga hari-hari mendatang dipermudahkan segala urusannya oleh Allah Taala.  

Sekejap sahaja sudah hari khamis.  Begitulah kehidupan harian yang dilalui baik yang bekerja atau tidak bekerja, pasti ada pahit dan manisnya.  Seperti kata-kata ini, yang pahit tidak semestinya racun, yang manis tidak semestinya madu.

Sumber : Google

Terkadang apa yang kita rasa baik untuk kita tidaklah baik seperti yang dijangka.  Begitulah sebaliknya.  Kita kenalah sentiasa berlapang dada menerima apa yang sudah tertulis buat kita.  Walaupun terkadang hati ini seakan pasrah dan bukan ke arah keredhaan.  Buangkan perasaan itu sejauh yang boleh.  Bersyukur dengan sepenuh hati atas nikmat yang diberi.

Sekian sahaja entri pagi ini.  Macam pakar motivasi pula.  Apa yang terkurang harap dimaafkan kerana saya hanya penulis blog picisan.  

Wassalam...

Aku Penulisnya,





                                                                                                                       

Tuesday, March 4, 2014

~Selamat Pagi Selasa!~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Cuaca pagi ini agak sejuk.  Lebih-lebih lagi aku duduk betul-betul bawah penghawa dingin ni.  Memang sejuk tak terkata.  Pagi ini tak keluar sarapan sebab hari ini kerajinan berlipat ganda.  Bawa bekalan dari rumah.  Makanya makan saja bekalan yang dibawa.  Misi berjimat cermat.  Huhuhu...

Semoga misi aku ke arah penjimatan berjaya.  Hehehe..Marilah kita renungkan kata-kata di bawah untuk dijadikan kekuatan diri.
 
Sekian dulu entri pendek pagi ini.  Mahu menyambung kembali tugasan hakiki.  Nanti sambung lagi ye dengan entri yang lain...

Wassalam...

Aku Penulisnya,




                                                                                      

Wednesday, February 26, 2014

~Percayalah...~

Assalamualaikum...

Salam buat semua dan selamat pagi.  Sudah sampai ke hari rabu.  Sekarang ni mengira nak cepat hari jumaat je.  Kemudian beristirehat di rumah untuk dua hari setelah lima hari penat bekerja.  Penat ke?Mahu tak penat! Terkejar sana terkejar sini menguruskan hal rumahtangga.  

Okeylah, hari ini tidak ada apa yang menarik.  Cuma gembira sedikit kerana rumah sudah siap.  Tinggal nak cat saja lagi.  Nanti cerita lain pasal rumah.  Cuma kata-kata di bawah ini aku kongsikan dari FB Power Root.  Renung-renungkanlah...

Doa itu kekuatan diri.  Kuasa doa itu memang suatu yang menakjubkan.  Sentiasa berdoa pada Allah Taala untuk kebahagiaan sendiri.  Senyuman itu penyeri hidup.  Sekian dulu...

Wassalam...

Aku Penulisnya,




                                                                                                                                                   



Tuesday, February 25, 2014

~Bila Hari Gaji~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Hollaaaa...Hari ini tak sempat nak menulis entry.  Kesibukan melanda.  Hari ini datang mood nak makan je.  Stress ke apa aku ni?Oh iye, hari ini sudah gaji untuk kakitangan kerajaan termasuklah aku.

Seperti biasa, bila hari gaji macam-macam benda yang ada dalam fikiran ni.  Nak beli itu, nak beli ini.  Tapi kena tolak ketepi dulu segala hutang piutang.  Tiap bulan kira apa yang nak dibayar.  Begitulah kebiasaannya bila hari gaji.

Oleh itu, pada semua belanjalah secara berhemah.  Peringatan untuk diri sendiri supaya tidak menjadi terlalu boros.  Aku kalau membeli tak adalah nak beli baju tiap bulan.  Kalau buku dan novel tu memang tak bolehlah nak elak.  Mesti nak terbeli.  Pujuk diri sendiri pun tak jalan.  

Oklah, itu sahaja untuk cerita petang ini.  Bersambung lagi di lain entri.  Perut macam nak meletup makan yong tau fu banyak sangat ni.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Sunday, February 16, 2014

~Jangan Terlalu Baik~

Assalamualaikum...

Selamat malam semua.  Holaaaa...Jarang sekali ada entri tengah malam daripada aku ye.  Oleh kerana mata tidak mahu lelap, aku menulislah di sini.  Apa lagi yang boleh aku buat.  Menghadap laptop sambil makan aiskrim.  Anak-anak sudah ke alam mimpi.  Aku yang do terkebil-kebil sebab tadi dah tertidur sebenarnya.  Macam biasa, nak tidurkan anak mak sekali tidur.  Hehehehe...

Okeylah, nak kongsikan sesuatu malam ini.  Ada sahabat sharekan pada aku di FB.  So aku sharekan di sini pula.  Aku suka jadikan blog sebagai pengantara. :D

Jangan terlalu baik ye...Nak buat baik biarlah bertempat.  Buat baik salah, buat jahat lagilah salah.  Terlalu baik dengan orang, lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak sepatutnya akan membawa kepada padah.  Bila sudah terlalu baik akan bertukar menjadi akrab.  

Secara lahiriahnya, kita yang menentukan corak perjalanan hidup kita.  Semua bergantung pada niat dan hati kita.  Jika memasang niat yang tidak baik akan terpesonglah diri kita.  Wallahualam....Sekian dulu entri tengahmalam ini.  Ada misi yang perlu diselesaikan...Berjumpa di lain entri...

Wassalam...








                                                                                                                     

Wednesday, February 12, 2014

~Kiki Dalam Kenangan~

Assalamualaikum...

Selamat hari rabu.  Selamat tengahari semua.  Hari ini agak sibuk seperti biasa tapi awal sedikit dapat menulis di sini.  Tengahari nak keluar untuk menjayakan misi bersama Mira Mokhtar.  Hahaha...Harap-harap berjayalah dan tercapailah misi kami berdua.  amin..amin..amin...

Okeylah, pasal tajuk di atasa..Siapa itu Kiki?Uhuk uhuk uhuk..Eh ni batuk ke nangigs.  Sedih pulak.  Kiki adalah seekor binatang peliharaan di rumah.  Ari tu asben beli sugar glider.  Yang pertama tu pun namanya Kiki dah besar sikit dalam 5 bulan tapi tak lama lepas tu mati.  Entah mana silapnya.

Kemudian beberapa minggu lepas, asben ajak beli lagi.  Kami beli di Tesco.  Harga seekor RM160.  Aku memang tak pernah pegang tapi pernahlah kejap Kiki ni duduk belakang aku dah terjerit-jerit.  Huhuhu...Itu sebab aku tak boleh pelihara kucing.  Serba serbi penakutnya.

Tapi yang ni baru dua bulan.  Beli dekat  Tesco.  Memang manja.  Tapi yang sedih semalam baru mati.  entah apa silapnya.  Dah dua ekor sugar glider mati.
 
Tengok tu.  

Kiki dalam kenangan.  Siapa pernah jaga sugar glider?Apa silap kita orang aku pun tak tahu.  Dia tak makan ke?Baru beli vitamin kat Kiki kelmarin tengok dia bertenaga sikit dari sebelumnya.  Sudahnya semalam mati juga.  Itu sahaja kisah untuk tengahari ini tentang sugar glider kita orang bernama Kiki.  Sekian.

Wassalam..






                                                                                                          

Thursday, February 6, 2014

~Kemaruk Photogrid~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari dan selamat hari khamis.  Sekejap sudah menjengah ke hari khamis dah sudah 6 hari kita berada di bulan kedua untuk tahun ini.  Februari?Apa ada dengan Februari?Bulan ini adalah bulan kelahiran my lil hensem boy Ammar Qayyum.  Seperti biasa tahun ni sambutan ala kadar dan secara bersederhana sahaja seperti meraikan Adriana tempohari 6 tahun. Hanya kami anak-beranak.  Kalau mama rajin buatlah kek sebiji tapi masa kakak aku tak buatkan sebab kekangan masa.  Mood pun non ado jadi beli yang kek comel je.

Okeylah, tajuk lain mukadimahnya lain ek.  Memang akuler tu.  Panjang berjela kut mukadimah aku ni.  Pasal photogrid ni je nak cerita.  Kemaruk sangat.  Apa saja gambar.  Hehehe.  Tak ada kerjaan gamaknya.  Adalah beberapa gambar yang aku buat.  Jom tengok...




Itu sahaja entri untuk hari ini.  Nanti bersambung lagilah ye.  Sekurang-kurangnya blog aku ni masih lagi punya entri walaupun sehari sekali atau beberapa hari sekali.  Hehehe...Sekian...Wassalam





                                                                                                          

Thursday, October 31, 2013

~Spontaneous Thursday - My Husband Is My Bestfriend~

Assalamualaikum...

Selamat pagi khamis.  Wah tajuk nak gempak.  Ini namanya entri mengedik dan sebab tak ada modal nak cerita apa kat blog ini.  Boleh cam tu?Terjumpa benda ni di fb tapi dah terlupa siapa yang share benda ini.  Tiba-tiba menarik minat.  Memang betul kan kata-kata itu.  Silalah akui.  Walaupun kadang-kadang ada yang tergigit lidah.  Hehehe.  Macam lagu Saloma 'sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri.' :D

I like!!!

Aku dan dia.  Dia roomate, housemate dan soulmate.  InshaAllah semoga kekalnya selamanya.  Sebenarnya entri ini lebih kepada rindu!!!Ok sekian...






                                                                                                        

Friday, September 6, 2013

~Keredhaan Ilahi~

Assalamualaikum....

Salam pagi jumaat buat semua.  Hari ini hari terakhir syawal kan?Aku confuse sebab semalam tak silap aku dengar kat radio syawal terakhir adalah semalam.  Hari ni sudah 1 Zulkaedah.  Apa-apa pun kalau hari ni hari terakhir syawal, aku ucapkan salam syawal.  Semoga bertemu lagi pada syawal tahun depan.

Semoga hari ini dilimpahi rezeki.  Tidak ada perkara-perkara yang menghilangkan mood.  Biarlah emosi ni berada dalam keadaan stabil.

Hari ni baki hari yang tinggal adalah 62 hari.  62 more days to survive!Untuk aku berdikari bersama anak-anak.  Tak sabar mahu kembali seperti sediakala.  Tak sabar!Tak sabar!







                                                                                                        

Monday, September 2, 2013

~September Sudah~

Hello september!!Ada apa dengan september?Tiada apa pun sebenarnya cuma teruja bila berganti bulan baru.  Ogos ke september.  Tapi masih ada banyak hari yang perlu ditempuhi...

September ni, 22hb ni adriana ada persembahan tarian.  Papa dia yang beria suruh join tapi papa dia tak ada pula.  So mama yang akan menjadi penyokong terhebat buat nana.  Bagaikan roti dan kaya...Eh, itu lagu mama pi audition kotex.  Hehehe...

Tunggu pulak bila september ini akan berakhir.  Ada lagi 28 hari lagi.  Ok, fikir yang indah-indah so hari-hari yang dilalui mungkin menjadi indah jugak.

Ok.  Babai..