Showing posts with label Apen Famili. Show all posts
Showing posts with label Apen Famili. Show all posts

Saturday, February 24, 2024

UMRAH 2023

Assalamualaikum.

2024 sudah berada di bulan kedua. Aku barulah terhegeh-hegeh nak menulis di blog ini. Sudah bersawang. Lama dah aku tak menulis. Baik menulis di blog atau menulis manuskrip. Semuanya ke laut dalam. Itu ajelah modalnya kan.

Blogwalking pun dah lama tak buat. Rindu kawan-kawan blog. Rindu zaman blog. Hari ini sempena malam Nisfu Syaaban aku ke sini untuk meluahkan rasa rindu pada bumi Madinah dan juga Mekah. Tersangat rindu.

Oktober 2023, kami sekeluarga dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya. Perasaan yang sukar diungkapkan. Sangat. 

Untuk permulaan, aku kongsikan sekeping gambar kami di bumi Madinah. Bumi ketenangan. Rindu suasana tidur, solat, masjid dan makan. Melupakan hal dunia seketika demi ketenangan yang sukar dicari di mana-mana.

MasyaAllah, bila melihat foto ini terasa sebak.

Nanti aku sambung lagi ya. Jumpa lagi!



Wednesday, June 9, 2021

Syawal Yang Tiba

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang. Baru selesai bekerja dari rumah. Tak seronok mana pun bekerja dari rumah. Lagi bertambah pening sebenarnya. Sedang fokus buat kerja, aku dok memekik. Dua dalam satu. Tangan gerak. Mulut pun sama gerak. Kalau kat pejabat mulut gerak juga tapi buat kerja sambil mengunyah. Hahaha.

Apabila kat rumah, sambil buat kerja ko pekikkan si anak suruh buat kerja sekolahlah, minta sidaikan bajulah, suruh solatlah. Eh, macam-macam tau.

Untuk Syawal kali ini, aku bersyukur kerana boleh beraya di tempat sendiri. Asbab aku bercuti panjang, aku boleh beraya di rumah sendiri. Aku boleh berada dekat dengan orang tua walaupun beberapa hari sebelum Syawal tiba, PM umumkan kita tak boleh beraya tapi aku bersyukur aku ada di sana.

Kebetulan sekolah pula PdPR, suami hantar anak-anak pulang. Jadi cuma suami saja yang perlu ulang-alik. Tiada pilihan. Masa tu, hanya itu saja jalan yang kami boleh buat. Duduk jauh lain pula cabarannya. Setelah berfikir-fikir, mengira apa yang patut, keputusan untuk Cuti Separuh Gaji diambil.

Tak nak fikir apa-apa waktu tu. Duit atau semualah sewaktu dengannya walau sesekali terfikir cukukah duit? Alhamdulillah, dua bulan masih menikmati kehidupan seperti biasa. Cukup makan cuma aku perlu menahan nafsu daripada membeli benda yang tidak sepatutnya.

Syawal disambut dengan sederhana saja. Cuma sofa-sofa yang datang itu aku beli sebelum aku bercuti. Wingchair dan sofa sampan aku sampai sedang elok nak raya. Dapatlah merasanya.

Inilah senyuman pagi raya. Hati berbunga-bunga di rumah sendiri kerana tahun lepas tak merasakan.

Kami empat-beranak saja di rumah. 

Kami berphotoshoot di belakang rumah.

Macam-macam gaya.

Tahun ini kami memilih tema hitam.

Sesi bermaaf-maafan.

Dengan budak ni dia banyak bermain. Dok tergelak-gelak.

Nana dan papa.

Giliran aku pula bersalaman dengan suami.

Kami empat beranak. Kenangan raya untuk tahun ini. 

Pejam celik sudah nak sampai ke penghujung Syawal. Raya tahun ini tidak terasa apa pun. Lebih sadis rasanya dari tahun lepas. Tahun lepas dapatlah juga kita jumpa saudara-mara. Tahun ini langsung tak boleh ke mana-mana. Semoga tahun depan kita dapatlah beraya. Rindu suasana itu.

Boleh layari blog aku lagi satu INI CERITERA AKU.

Salam pena,
Fyda Adim

Friday, February 5, 2021

Berpindah Rumah

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Kesibukan membuatkan aku datang ke sini sebulan sekali. Bertambah sibuk sebelum sekolah bermula kami sekeluarga sibuk mengemas kerana berpindah rumah. Berpindah rumah tidak pernah terlintas dalam fikiran aku selain berpindah terus balik ke Melaka.

Harapan tetap harapan.

Begitulah. Harapan untuk balik ke Melaka semula memang tersangat tinggi tahap kesepuluh. Namun segalanya sudah diaturkan oleh Sang Pencipta.

Tuan rumah ingin menjual rumahnya dan kami kenalah bergerak keluar dari rumah tersebut dengan perasaan yang sukar diungkapkan. Sebenarnya, aku sudah serasi dan selesa tinggal di situ walaupun pada mula kedatangan aku dan anak-anak, kami agak sukar menyesuaikan diri.

Maklumlah, mahu mendaki anak-anak tangga hingga ke tingkat empat sampai semput lebih-lebih lagi kalau bawa barang sebeban. Rasa nak menangis.

Ada masanya, kereta kena blok dan kau kenalah menolak kereta. Begitulah struggle kami awal-awal dan ada masa termerungut. Biasalah, bila sudah biasa berasa di zon selesa kita memang ada masa di luar kawalan.

Beginilah keadaan kami sebelum berpindah. Berminggu-minggu berkemas masukkan barang dalam kotak. Rasa macam tak banyak barang tapi entah mana datang barang-barang ni. Hahaha.

Mulanya sudah rancang untuk berpindah awal tetapi tiba-tiba PKP. Jadi kena mohon kebenaran dengan pihak pengurusan untuk bawa masuk barang dan akhirnya 15 Januari 2021 barulah kami dapat masuk.

Keadaan yang paling apabila mahu membawa turun peti ais dan mesin basuh.

Aku hanya memandang dari jauh sahaja.

Barang-barang yang sudah dibawa keluar.

Separuh lori juga penuh dengan barang-barang kami. Padahal barang besar hanya peti ais dan mesin basuh. Yang lain semuanya kotak-kotak.

Perpindahan pun bermula. Rumah baharu tidak jauh sangat dengan rumah lama sebab kami masih nak dekat dengan sekolah dan tempat pengasuh.

Selamat sampai di tempat baharu.

Beginilah keadaan kami.

Satu hari juga aku mengemas. Aku pula tak boleh tengok benda-benda tak bersusun jadi memang hari tu juga aku siapkan. Susun semuanya biar nampak elok. Kalau tidak memang tidak senang duduk.

Lepas siap semuanya barulah badan terasa sakit-sakit sana sakit-sakit sini. Begitulah kejadiannya. Pejam celik dah tiga minggu lebih juga kami di rumah baharu. Alhamdulillah selesa walaupun lagi selesa di rumah sendiri kan tetapi apa nak buat. Sudah kehidupan merantau. Kita hadaplah dulu.

Salam pena,
Fyda Adim

Friday, January 1, 2021

Selamat Datang 2021!

 

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baharu semua.

Selamat tinggal 2020 yang penuh cabaran. Tahun yang masing-masing punya cerita yang tersendiri. Tahun yang 'struggle' untuk semua. Tahun yang tidak pernah terlintas dalam kepala kita semua perlu duduk di rumah untuk jangka masa yang agak lama.

Namun ada hikmahnya di sebalik yang berlaku. Kita sendiri boleh rasainya sendiri. Tapi yang paling tidak boleh dilupakan apabila tak balik beraya. Sejarah dalam hidup. Tak pernah-pernah aku tak pernah balik beraya. Tua-tua begini merasa tak balik beraya.

Sudahnya menangislah tepi tingkap nako rumah flat tingkat empat masa malam raya. Sampai terasa tak nak dengar takbir raya. Asal dengar aku menangis.

Begitulah cerita. 

Kami tidak balik ke Melaka sebab sibuk nak berpindah rumah. Tuan rumah nak jual rumahnya jadi kami kenalah beransur mencari persinggahan yang lain sementara merantau di bumi JB ini. Bilalah boleh balik rumah sendiri?

Soalan yang masih belum ada jawapannya.

Kami berempat di malam tahun baharu menikmati nasi lemak dengan lauk-pauknya yang sedap di tepi jalan. Kami memilih paru dan kerang sambal. Nasinya yang membangkitkan selera. Bertambah-tambah kami semuanya.

Angka baharu untuk kami berempat meskipun belum tiba harinya tapi sudah melangkah ke tahun baharu kan.

41
38
13
10

Itulah angka baharu kami. Semoga kami bertambah baik dari segi iman, akhlak, dan semuanya daripada tahun lepas. Semoga kami semakin matang dan sentiasa berkasih-sayang selamanya.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim

Sunday, May 31, 2020

Satu Syawal Kami Di JB

Assalamualaikum.

Selamat berhari minggu. Hari ini aku kerja dari rumah. Pagi-pagi sudah melangut depan komputer sebab ada kerja yang bos suruh buat. Mujurlah kat rumah ada komputer. Kalau tidak macam mana nak bekerja dari rumah.

Sekejap saja sudah memasuki 8 Syawal 1441. Syawal yang paling ringkas sepanjang hidup dan syawal dalam sejarah kehidupan sendiri yang aku tak balik beraya dengan mak ayah. Sepanjang 37 tahun inilah pertama kalinya menyambut Syawal bukan di tempat sendiri.

Syawal pertama kami yang hanya disambut empat orang di bumi JB ini memang mengundang pelbagai rasa. Aku dan anak-anak yang tidak keruan. Suami aku dapat rasa juga dia tidak keruan tapi lelaki biasalah. Mana tunjuk.

Baiklah, dimulakan dengan cerita pagi raya. Macam biasa bangun dan bersiap. Mandi sunat dan solat subuh. Aku yang tidak pernah bersolat raya kali ini dapat bersolat raya. Ada hikmah juga untuk Syawal ini. Selalunya sibuk nak bersiap macam-macam benda.

Syawal kali ini lebih menenangkan sebab hanya perlu menyiapkan untuk diri sendiri dan keluarga saja. Selalunya pagi raya dah bersiap nak terkejar-kejar pergi rumah mak-mak mentua. Tahun ini hikmahnya begini walau hati sebak tidak dapat beraya di Melaka.

Kami di pagi raya.

Sesi bersalaman.

Ammar salam papa pula.

Macam biasa bergambarlah kami. Mujurlah beli bean bag adalah tempat nak dijadikan tempat bergambar. Di sebalik langsir tu baju suami tergantung.

Kami empat beranak.

Papa dan anak-anak.

Berswafoto kami.

Mama dan Dak Nana.


Mama dan Ammar.

Selesai bergambar dan merekod video untuk video raya, kami mulakan dengan sesi video call pula. Video call biras aku yang ada di rumah mak mentua.

Kami bervideo call dengan mak mentua pula.

Bergambar juga walau dari jauh.

Kemudian bervideo call dengan keluarga aku.

Ini pula sesi merekod video raya. Videonya sudah aku upload di Instagram dan laman muka buku.

Sambung lagi bervideo call dengan sepupu-sepapat aku dan anak-anak buah yang ada kat Melaka, Bangi dan Gombak. Walau jauh masih tetap terjalin. Biar jauh namun hati masih tetap bersatu.

Begitulah cerita Syawal kami yang serba ringkas. Alhamdulillah. Bersyukurlah kita walau Syawal disambut sebegini kita masih dapat menatap orang-orang yang kita sayang. Oh ya, gambar mak tak ada. Mak tak bersiap pun. Adik ipar cerita mak sedih. Dia kata tak raya tahun ni. Aku faham perasaan mak. Pertama kali aku tak balik. Berayalah mak dengan adik.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim



Friday, January 31, 2020

Sambutan Bulan Januari

Assalamualaikum.

Hai.

Entri penutup Januari kerana ceritanya pun terjadi dalam bulan Januari. Jadi harulah dititipkan di sini kerana bagi aku ini perkara paling manis yang berlaku di bulan Januari. Macam biasalah, kalau nak jumpa sekali harung haruslah buat function sebegini.

Balik Melaka masa Raya Cina. Sejak merantau ini memang setiap perayaan yang datang aku terasa nak sambut. Hari itu Krimas. Cuti lama juga. Nak jadi Santa Claus. Raya Cina aku terasa nak jadi singa ke naga erk? Dulu aku ke anak-anak aku panggil badak. Hahaha.

Majlis kecil-kecilan ini hanya menjemput keluarga sahaja. Pada mulanya rancangan biras aku sebab nak buat hari lahir anak-anaknya yang lahir bulan Januari dan juga hari lahir Nana yang jatuh bulan Januari juga. Memandangkan sebab masa itu anak-anak buah aku balik, aku cadangkan buat kat rumah aku. Jadi sebelah suami boleh datang, sebelah aku pun boleh datang.

Senangkan?

Hidup ini jangan terlalu complicated sangat. Benda yang boleh dimudahkan kita mudahkanlah. Nak jumpa asing-asing memang payah kan jadi kita buat majlis semua datang setempat. Aku boleh jumpa sebelah suami. Aku boleh jumpa sebelah aku. Bajet-bajet artis jumpa peminat kau ni.

Majlis bermula selepas Asar. Suami nak buat belakang rumah. Konon-kononnya konsep garden gitu. Bahagian luar dia dengan anak-anak yang berkemas. Cuci sana cuci sini. Aku sibuk di dapur.

Oleh sebab ramai meminta aku buat lasagna, jadi aku buatkanlah setelah sekian lama disuruh buat. Kalau tak ada majlis macam ini ingat aku rajin ke nak masak beria.

 Kuah laksa nyona. Air tangan mak aku.

 Apam yang diorder oleh biras.

Backrop yang siap dipasang. Mujurlah ada barang-barang candy booth sendiri. Pakai saja apa yang ada.

Brownies cheese hasil air tangan biras aku.

 Biras aku sedang menyusun candy booth.

 Lagi sorang tu sepupu aku.

 Belon tu biras aku yang buat sendiri.

Anak buah aku dan apaknya sedang membakar ayam.

Kanan biras aku nombor 4. Kiri kakak sepupu aku.

 Biras aku sedang buat fruit tart.

Itulah tiga orang kanak-kanak yang diraikan. Dari kiri: Alya, Emma dan Nana.

Semua sedang siap-siap masa ini.

 Kakak sepupu aku dan anak-anaknya.

 Creampuff order saja. Sedap.

Aku dan anak-anak buah. Kurang sorang sebab adik ipar aku tak ada. Dia tak sihat.

 Kami dan budak yang sambut hari lahir.

Mak ayah dan makcik aku.

 Ini pula jiran aku. Kira jiran yang rapat lagi pun rumah sebelah-sebelah saja.

Sedondon itu anak-anak buah. Yang sorang itu cucu aku ya. Entah apa yang disembangkan.

Sebelum pulang, haruslah bergambar sekali lagi, lagi dan lagi.

Itu sahaja cerita untuk bulan Januari. Kenangan manis haruslah disimpan agar suatu hari akan dikenang semula dan pasti akan dirindui. Kenangan akan tetap menjadi kenangan dan tidak mungkin akan berulang lagi.

Salam pena,
Fyda Adim