Tuesday, June 2, 2015

Tiga Puluh Dua Tahun


Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Mencuri sedikit masa sebelum tidur menitipkan sesuatu di sini pada hari yang sangat bermakna. Sebelum ia melabuhkan tirainya izinkan aku berbicara di blog kesayangan. Tanggal 2 Jun adalah hari ulangtahun kelahiran aku. Hari ini genaplah usiaku 32 tahun.

Maka hari ini dengan rasminya aku berganjak ke satu lagi angka yang baru. Tiada yang perlu dirahsiakan tentang umurku. Semoga dengan peningkatan usia ini aku akan menjadi lebih matang dan sentiasa diberi kekuatan dalam menempuh dugaan hidup yang ada pasang surutnya. Apa yang aku harapkan sentiasa diberi kebaikan dan kebahagiaan pada diri ini. Bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas di muka bumi Allah untuk menjalani kehidupan harian bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang. Tanpa mereka hidup aku tidak bermakna. Begitu juga adanya kedua ibu bapa aku. Bersyukur yang tidak terhingga.

Gambar terkini pada usia yang baru. Tadi aku cuti nak berjalan punya pasal dengan si mira mokhtar. Pergi makan dan karok. Seronok. Itu sahaja titipan untuk hari ini. Nanti aku ceritakan pula kisah aku hangout dengan mira di lain entri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

ibuayu said...

happy belated birthday fyda...muda lagi tu...