Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Semoga semua berada dalam baik-baik aje. Diharap hari ini lebih baik daripada semalam. Hari ini hari akhir bulan Sya'ban. Maknanya hari akhir kita makan siang. Esok sudah mula berpuasa.
Berbalik kepada tajuk entri, bersambung lagi dengan cerita percutian singkat dan dekat kami di Putrajaya. Entri ini kesinambungan daripada entri INI. Petang jumaat tu lepas balik jumpa kawan lama, asben sudah pun habis mesyuaratnya. Rehat kejap kemudian lepas solat Asar asben bawa anak-anak turun mandi pool. Aku meluruskan kaki dekat bilik.
Dalam pada berehat asben whatsapp suruh turun. Lepas tu mak aku pun whatsapp beritahu adik aku dalam perjalanan ke Putrajaya. Nak jenjalan jugak. Kemudian aku terus bangun dan solat. Tak jadi nak berehat. Kemudian turun turun bawah.
Mamat ni memang suka berenang. Suka dalam takut.
Tengok je tak naik pun.
Kamera agak blur. Aku, adik ipar dan anak-anak.
Dari Putrajaya kita orang terus pi makan kat Old Town. Dah tak tahan kelaparan. Nak ke Floria kereta bukan main banyak. Tak turun pun.
Tengok anak-anak aku dah keletihan. Sebelah meja kita orang meja adik aku.
Selesai makan kita orang balik hotel. Adik aku balik Putrajaya sebab dia orang tidur rumah kakak dia orang.
Sesampainya kami di hotel. Blur lagi gambar ni. Tak apalah janji ada kan. Itu salah satu kenangan kami. Bersambung lagi dengan entri terakhir kami di Putrajaya. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment