Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi isnin. Kembali lagi pada hari ini dengan entri yang sudah ditaip awal. Cuma diauto publish. Jadi entri ini bukan ditaip pada waktu bekerja ye. Sila ambil maklum. Huhuhu...
Entri kali ni mengisahkan percutian singkat dan tidak dirancang pun. Buat keputusan isnin lepas hari pertama cuti sekolah. Kebetulan asben ada meeting khamis dan jumaat jadi asben kata teruslah kiranya bercuti. Aku terus mohon cuti. Selasanya hari jadi aku dan masa tu baru booked hotel. Asben booked dekat IOI Palm Garden. Dekat dengan IOI City Mall.
Hari rabu sebelah malam dalam jam 9 kita orang bertolak ke Putrajaya. Sampai Putrajaya tepat 12 tengah malam. Esoknya khamis seharian aku dan anak-anak duduk di hotel je. Makan, tidur. Tidur, makan. Aku bawak macam-macam bekalan makanan termasuklah nasi dan sambal sardin. Sebelah malam barulah asben bawak jenjalan. Ke manakah?
Nampak Magnum. Eh tak ramai orang. Tempoh hari masa pergi pesta buku singgah kat Mid Valley tak dapat rasa. Ramai orang. Beratur panjang. Siapa yang nak?? Aku tak nak. Hehehe...
Bayar dulu kemudian pilih tiga jenis bahan yang nak ditabur atas aiskrim. Ada kacang, badam, macam-macam. Pilih tiga je. Jangan nak lebih-lebih.
Duduk kat luar untuk menikmati aiskrim seketul tu. Nampak aku dok pegang. Sayang nak makan. Hahaha..Gilir-gilir gigit aiskrim seketul tu empat beranak. Asal merasakan.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment