Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Harap semua baik-baik aje. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah Taala. Hari ini badan lesu. Keletihan yang melampau-lampau. Sudah beberapa malam juga aku tak masak. Lagipun cuti sekolah anak-anak tak tidur kat rumah. Nak tidur rumah nenek. Asben pun sibuk. Jadi terkontang-kantingler aku sensorang. Lagipun tempoh hari kita orang pun baru balik bercuti.
Berbalik kepada tajuk di atas, sejak kebelakangan ini aku mengalami insomnia. Tahu kan apa itu insomnia? Bila malam je mata aku terkebil-kebil tak mahu lelap. Puaslah aku paksa namun tak juga berjaya. Malam tadi hampir jam dua pagi mata aku masih segar-bugar. Suami dan anak-anak sudah selamat bermimpi bagai agaknya.
Bila malam susah nak tidur siangnya kepala pun semacam aje. Ini pun dok menguap beberapa kali ni. Rasa dah berpuluh kali. Bila malam tak nak pulak tidurnya. Dah macam bayi dalam hari pulak. Hehehe...
Sedikit perkongsian daripada wikipedia. Tadi aku google untuk cari tentang insomnia ni. Mari kita tengok apa puncanya.
Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau
ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia
biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan
minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia
organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. [1][2] Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan
atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu
aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab
yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.
Jika mahu info lebih lanjut boleh klik di SINI.
Semoga penyakit susah tidur aku ni cepat berakhir. Itu sahaja perkongsian untuk petang ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment