Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Menjelang petang fikiran bercelaru memikirkan mahu berbuka apa nanti. Mahu masak apa pula hari ini. Tapi hari ini encik suami ajak berbuka di luar. Aku ikut aje apa kehendaknya. Balik nanti masak untuk sahur macam semalam. Goreng nasi aje.
Sebelum balik jam 4.30, mari aku nak kongsikan sedikit entri dari blog Kak Aina emir tentang sebuah kemaafan yang menarik. Bukan mudah mahu memaafkan seseorang yang telah melukai hati kita. Namun kita harus belajar untuk memaafkan juga. Mari baca titipan Kak Aina Emir.
Dipetik dari blog Kak Aina Emir
Di hari baik dan bulan yang baik, eloklah kita berbual tentang yang
baik-baik. Dalam pada itu, sesungguhnya sebagai insan yang lemah, pasti
kita pernah lakukan kesilapan dan kesalahan. Tak mungkin kita dilahirkan
sebagai 'Perfect person' kerana, sehebat mana sekalipun manusia itu,
tiada yang sempurna. Bermakna memang tiada yang tak buat silap dan
kesalahan dalam hidupnya.
Pun begitu, sekiranya ada yang lakukan kesalahan dan kesilapan kepada
anda, tetapi dia meminta maaf pada anda dan menyesal di atas
perbuatannya yang lepas, memang eloklah kita sebagai manusia yang
beriman, turut memaafkannya. Itu lebih baik daripada tidak mahu
memaafkannya.
Kadang-kadang manusia melakukan kesalahan dan kesilapan kerana tidak
sedar bahawa dirinya dirasuk oleh syaitan dan iblis. Seperti yang saya
sentuhkan sebelum ini, syaitan dan iblis berada di mana-mana sahaja
untuk merasuk manusia dan manusia itu memang mudah dirasuk syaitan.
Paling malang kerana kadang-kadang kita tidak sedar yang kita menjadi
rapat dan teman kepada syaitan atau iblis yang bertopengkan manusia.
Kita sangkakan itulah teman kita, teman yang kita boleh percaya,
tahu-tahu dialah syaitan yang menjelma sebagai manusia, lalu kita
terpedaya dan mula melakukan kesalahan dan kesilapan. Nauzubillah min
zalik. Memang ramai di antara kita manusia yang seringkali terperangkap
dalam tipu daya syaitan. Kita sangkakan yang kita lakukan kebaikan
tetapi rupa-rupanya ia adalah muslihat syaitan untuk membelit kita.
Bulan yang baik ini, jadikanlah masa yang ada dengan memberi fokus untuk
muhasabah diri dan perbaiki diri kita. Kalau sedar yang iman sedang
goyah, perbetulkan dan tegapkanlah.
Sebagai insan mulia, kita ampunkanlah mereka yang menyesal di atas
kesilapan yang berlalu. Kalau mereka ikhlas meminta maaf, kita
sepatutnya ikhlas juga untuk memafkannya. Mungkin yang minta maaf itu
adalah teman baik kita, anak-anak kita, kawan sekerja kita, pasangan
kita, adik-beradik kita dan siapa-siapa sahaja yang dekat dengan kita.
Semestinya bukan mudah untuk meminta maaf, sebaik-baiknya kita hargai
permintaan mereka yang menyesal itu.
Move forward... dan lupakanlah perkara lama yang mungkin pernah
memudaratkan kehidupan anda. Allah maha mendengar dan maha
mengasihani... kalau kita doa dan minta agar Allah swt memberi
ketenangan jiwa kepada kita, insyaa-Allah kita akan berasa lega.
Jauhkanlah diri daripada manusia yang sebenarnya syaitan, kerana manusia
yang begini, pasti mampu merosakkan iman dan kehidupan. Nauzulillah.
Semoga kita dilindungi Allah swt selalu. Aamiin.
Wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment