Monday, June 22, 2015

Kisah 4 Ramadhan

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Hari pertama bekerja di bulan Ramadhan. Moga dipermudahkan segala urusan sepanjang bulan mulia ini dan juga untuk bulan-bulan seterusnya. Pagi tadi tiba di pejabat awal dari kebiasaannya. Sahur jam 4.45 pagi terus kejut adriana. Kemudian asben pun bangun. Jam lima kami bersahur dan terus saja bersiap. Tidak boleh lelap lagi kalau tak mahu terlajak.

Semalam kami berbuka di rumah saja. Tidak ke mana-mana dan aku bercadang mahu masak di rumah. Dua hari lepas tidak berbuka di rumah memandangkan berbuka di rumah mak mertua dan esoknya pula berbuka di rumah mak.

Jadi semalam aku masaklah lauk apa yang ada memandangkan hari gaji belum kunjung tiba. Kebetulan tempoh hari mak aku ada bagi ikan keli empat ekor. Sedang eloklah tu kan. Nak masak macam-macam banyak barang yang sudah kehabisan. Mari tengok menu ringkas yang aku sediakan untuk suami dan anak-anak.

Ikan keli goreng berlada.

Selain lauk ikan keli, aku masakkan sup ayam untuk anak-anak. Yang lain sayur kubis bunga goreng dan juga nugget dan kentang. Itu sahaja menu ringkas kami sekeluarga. Biarlah janganlah melebih-lebih. Takut membazir. Itu sahaja perkongsian aku.

Sekian dan wassalam.

Nota : Entri sepanjang Ramadhan adalah untuk kenangan aku sekeluarga. Tidak ada niat mahu menunjuk-nunjuk cuma sekadar berkongsi. Itu sahaja.

Salam pena,
Fyda Adim




No comments: