Friday, May 29, 2015

Sebuah Kemaafan

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Kembali menitipkan sesuatu di blog ini. Pagi tadi ada majlis bacaan yassin kemudian disusuli dengan majlis 'Jasamu Dikenang'. Majlis perpisahan buat sahabat baik merangkap seperti kakak padaku iaitu Kak Hanisah. Selesai sudah majlis perpisahan buatnya. Ada sendu dalam hati tapi hati ini merelakan pemergiannya demi masa depannya juga.

Sempena hari yang penuh keberkatan ini marilah kita tanamkan dalam diri kita sifat memaafkan. Walaupun diri ini memang teramat payah memaafkan seseorang namun aku sebolehnya memujuk hati untuk memaafkannya. Itu yang lebih baik.

“…Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (Q.S.Asy-Syura : 40). “Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.”(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

Semoga sentiasa ada kerahmatan dan kebahagiaan daripada sebuah kemaafan yang dihulurkan. Itu saja yang sentiasa aku pohonkan. Sekian dan wassalam.
 
Salam pena,




No comments: