Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Kembali menitipkan sesuatu di blog ini. Pagi tadi ada majlis bacaan yassin kemudian disusuli dengan majlis 'Jasamu Dikenang'. Majlis perpisahan buat sahabat baik merangkap seperti kakak padaku iaitu Kak Hanisah. Selesai sudah majlis perpisahan buatnya. Ada sendu dalam hati tapi hati ini merelakan pemergiannya demi masa depannya juga.
Sempena hari yang penuh keberkatan ini marilah kita tanamkan dalam diri kita sifat memaafkan. Walaupun diri ini memang teramat payah memaafkan seseorang namun aku sebolehnya memujuk hati untuk memaafkannya. Itu yang lebih baik.
“…Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (Q.S.Asy-Syura : 40). “Rasulullah SAW
bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang
akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau
menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan
denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan
maafkanlah orang yang telah menzalimimu.”(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).
Semoga sentiasa ada kerahmatan dan kebahagiaan daripada sebuah kemaafan yang dihulurkan. Itu saja yang sentiasa aku pohonkan. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..