Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Tiga hari tanpa khabar berita di blog ini. Kesibukan melanda dan didatangi dek kepenatan yang bertalu-talu. Sibuk sebab menguruskan majlis pertunangan anak buah aku. Biasalah anak nak bertunang mak-maknya memang sibuk. Bak kata uminya dia hulur jari dapat cincin. Ahaks...
Okaylah, sabtu lepas adalah hari hari guru. Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar aku dari tadika hingga aku memasuki Politeknik. Dan ucapan yang tidak terhingga buat guru-guru yang mengajar anak-anak aku. Jasa kalian amat dihargai dan tidak terbalas.
Jumaat lepas aku dah bawakkan siap-siap hadiah untuk cikgu-cikgu adriana dan ammar. Jenuh aku membalut hadiah-hadiah tu. Itu sahaja yang termampu diberikan buat cikgu-cikgu mereka. Terima kasih yang tidak terhingga atas jasa cikgu-cikgu. ^____^
Salam pena,
No comments:
Post a Comment